Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • Piala Dunia FIFA 2002 adalah yang pertama kali dianjurkan bersama oleh dua buah negara, iaitu Jepun dan juga Korea Selatan. Ia juga merupakan yang pertama diadakan di benua Asia.


  • Selama tiga hari (18-21 Ogos, 1998), enam ribu kanak-kanak di Tallinn, Estonia mendirikan menara tertinggi di dunia diperbuat daripada blok-blok LEGO, pada ketinggian 24.91 meter. Mereka terpaksa mendepani hujan dan angin kencang untuk menyempurnakan usaha mereka, yang diiktiraf secara rasmi oleh Guinness Book of World Records. Wang yang dikumpulkan dalam acara itu didermakan buat Hospital Kanak-kanak Tallinn..


  • Orbit bulan mengelilingi bumi tidak berada pada satah yang tetap. Laluan orbit bulan beralih ke atas dan ke bawah sepertimana sekeping duit syiling yang sedang berputar ketika ia hampir berhenti. Ini menjelaskan kenapa bulan kelihatan lebih ke utara atau ke selatan pada masa-masa tertentu dalam setahun...


  • Catatan Greek purba menyebut bahawa piramid-piramid di Giza, Mesir dibina oleh ratusan ribu hamba abdi. Hakikatnya, pembinaan menakjubkan itu dilaksanakan oleh peladang yang menantikan banjir tahunan Sungai Nil surut, serta golongan artisan dan pakar pembinaan. .


  • Ibu negara Perancis adalah Paris, sementara di Mongolia adalah Ulan Bataar. Tetapi tahukah anda bahawa Afrika Selatan secara rasminya memiliki 3 ibu negara? Ketiga-tiganya adalah Cape Town (majlis perwakilan), Pretoria (eksekutif), dan Bloemfontein (kehakiman.


  • Daripada keseluruhan sumber air di dunia, hanya 2.5 peratus adalah air tawar. Selebihnya merupakan air laut masin yang masih belum digunakan secara meluas untuk bekalan air bersih. ..


  • Matahari adalah bintang paling dekat dengan Bumi. Bintang yang kedua paling dekat adalah Alpha Centauri yang berjarak 250,000 kali lebih jauh berbanding matahari. .


  • Nahas udara terburuk di dunia setakat ini (31 Disember 2002) adalah perlanggaran antara dua pesawat jumbo Boeing 747 di Tenerife, Kepulauan Canary, pada 27 Mac 1977, dalam kabus tebal. Seramai 582 orang terkorban .


  • .Malaysia memiliki dua "hari lahir" - 31 Ogos 1957 iaitu apabila Tanah Melayu (Malaya) mengisytiharkan kemerdekaan daripada British, dan 16 September 1963 iaitu apabila Persekutuan Malaysia dibentuk. .



Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1