Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • Setiap penciptaan Allah mempunyai hikmatnya yang tersendiri sama ada kita mengetahui hikmatnya ataupun tidak! Serangkap syair berbunyi: "Betapa banyak bagi Allah rahsia yang tersembunyi, begitu mendalam sehingga tersembunyi daripada fahaman orang bijak." Diceritakan bahawa seorang lelaki dan anaknya berada di bawah sepohon tamar di dalam kebun. Anaknya terfikir untuk berdebat dengan ayahnya lalu berkata: "Wahai ayahku, lihatlah kepada perbezaan yang berada di hadapan kita. Di manakan hikmat yang ayah sebutkan kepadaku dulu bahawa Allah Maha Bijaksana dan Maha Mengetahui? Lihatlah kepada pokok tembikai yang kecil ini, buahnya begitu besar sekali. Sebaliknya pokok tamar yang besar dan tinggi ini, buahnya begitu kecil jika dibandingkan dengan buah tembikai. Mengikut logiknya, buah tamar mestilah sebesar buah tembikai sesuai dengan pokoknya yang besar. Lalu si ayah berkata kepada anaknya, "Wahai anakku, moga-moga di sisi Allah terdapat suatu hikmah yang kita tidak ketahui." Kemudian kedua-duanya merebahkan badan untuk berehat.Ketika si anak hampir melelapkan matanya, sebiji buah tamar jatuh menimpa mukanya, lalu dia menjerit kesakitan. Si ayah bertanya: "Kenapa?" Jawap anaknya, "sebiji tamar jatuh dan menimpa saya. Lalu bapanya berkata, "Wahai anakku, bersyukurlah kepada Allah kerana ia tidak sebesar buah tembikai." Sesungguhnya manusia lemah untuk mencapai (memahami) kesemua hikmat kejadian Allah SWT. Apa yang termampu difikirkan ialah sebagaimana yang diucapkan oleh malaikat dalam surah Al-Baqarah: 32 "Maha Suci Engkau Ya Allah, Tidak Ada Ilmu Bagi Kami Kecuali Apa Yang Engkau Ajarkan Kepada Kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana." (Fatwa masa kini Dr Yusof Al-Qardawi Jilid: 1, m/s:328).


  • Pada suatu malam Umar bin Al Khattab keluar untuk melihat suasana rakyatnya. Apabila sampai di sebuah rumah, Umar terdengar suatu dialog di antara seorang ibu dan anak perempuannya. Ibu: Wahai anakku! campurkan air ke dalam susu. Anak: Apakah ibu tidak mendengar larangan Amirul Mukminin (Umar bin Al Khattab) melarang dicampurkan susu dengan air? Ibu: Di mana Amirul Mukminin? Dia tidak melihat kita. Anak: Subhanallah! Sekalipun Amirul Mukminin tidak melihat kita, tetapi Tuhan Amirul Mukminin melihat kita. Umar Al Khattab, merasa taa'jud terhadap akhlak dan agama yang dimiliki anak tersebut. Umar lalu meletakan sedikit tanda pada rumah itu. & Sebaik sahaja sampai di rumahnya Umar bertanya: Ada sesiapa di kalangan kamu yang ingin berkahwin? Anaknya A'sim menjawab: Saya, wahai ayahku. Umar pun pergi meminang anak penjual susu tersebut Tahukah anda? Daripada keluarga mukmin dan mukminah inilah, lahirnya manusia yang membawa keadilan di dalam pemerintahannya iaitu Umar Bin Abdul Aziz (Sirah Umar Bin Abd. Aziz. oleh Ahmad Isa A'syur m/s: 3.


  • Mengikut sebuah hadith dari Abu Said Al Khudri, surah al Fatihah boleh digunakan bagi mengubati pesakit yang tersengat binatang, iaitu dengan membacanya sebanyak tujuh kali, kemudian ditiup tempat gigitan tujuh kali. Dari peristiwa yang berlaku di dalam sirah, para sahabat nabi telah berjaya mengubati ketua suatu qabilah yang digigit ular (dengan izin Allah) melalui bacaan surah al fatihah. Dari peristiwa tersebut, kita memahami bahawa al fatihah itu boleh digunakan sebagai penawar bisa. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Fatihatul Kitab (Surah Al Fatihah) itu adalah ubat bagi segala penyakit." Untuk Penawar: tidak kira penyakit apa, bacaannya ialah Al Fatihah dan Selawat Sifa' .


  • Pembedahan dada yang dilakukan oleh Malaikat Jibril as. terhadap Nabi Muhammad saw. berlaku sebanyak dua kali. * Pertama: Ketika baginda berumur empat tahun semasa baginda dibela oleh Halimatul Saadiah. * Kedua: Berlaku di Masjidil Haram sebelum berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj..


  • Sabda Nabi saw: ! Bulan Rejab Bulan Allah Bulan Sya'ban Bulanku Bulan Ramadhan Bulan Umatku (Al Hadith) ! Kelebihan Beribadat Bulan Rejab ! Sabda Nabi saw yang bermaksud: "Barangsiapa yang berpuasa 3 hari dan beribadat pada malamnya seolah-olah dia berpuasa 3,000 tahun. Bersembahyang pada malamnya diampunkan 70 dosa, ditunaikan 70 hajat di saat di dalam kuburnya, 70 hajat pada hari kiamat, 70 hajat di saat ditimbang pada Mizan dan 70 hajat pada Sirat." (Al Hadith) .


  • Allah swt. memberi penghormatan kepada peniaga yang jujur dan amanah di dalam perniagaannya dengan dibangkitkan serta di tempatkan bersama para nabi dan siddiqin (orang-orang yang benar) dan orang yang mati syahid. .



Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1