JavaScript Source Code 2002: BG Effects: Star Field

Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • Umar Al Khattab memberi galakan kepada para sahabatnya supaya bekerja untuk mencari rezeki, tidak terkecuali golongan ulama' yang menghafaz al Quran (qurra'), katanya: * "Sesungguhnya apabila saya tertarik dengan seseorang, saya bertanya mengenainya: Adakah dia mempunyai pekerjaan? Kalau mereka menjawab: Tidak! Maka jatuhlah nilainya pada pandangan saya". * "Hai para qurra': carilah rezeki, jangan kamu menjadi bebanan kepada orang lain!" * Selamat Bekerja.


  • Definisi Waqaf Di dalam al Quran dan Hadith tidak terdapat perkataan Waqaf. Walau bagaimanapun konsep waqaf dapat difahami melalui perkataan "kebajikan" yang disebut di dalam al Quran dan "sedekah jariah" dalam Hadith. * Waqaf dari segi bahasa membawa makna "menegah/membeku" atau "menahan". * Menurut istilah syara', waqaf bererti menahan harta dan memberikan manfaatnya ke jalan Allah * Dr. Mohammad Al Ahmadi Abu Al Nur (Bekas Menteri Waqaf Mesir) "Waqaf adalah harta atau hartanah yang ditahan oleh pemiliknya sekira-kira dapat menghalang penggunaannya dengan dijual ataupun dibeli atau diberikan sebagai pemberian dengan syarat dibelanjakan faedahnya atau keuntungannya atau hasil mahsulnya kepada orang yang ditentukan oleh pewaqaf " .


  • Kefahaman Membawa Kebaikan Sabda Rasulullah saw: "Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka akan diberikan kepadanya kefahaman agama-Nya" (b) Kefahaman Membawa Ketinggian Sabda Nabi saw: "Mereka yang terbaik di masa jahiliyyah, maka merekalah yang terbaik di masa Islam, apabila memiliki kefahaman (agama)." (c) Kefahaman Mesti Diutamakan Al Imam Hassan Al Banna ketika menggariskan 10 rukun baiah, yang pertama sekali mengikut susunannya ialah "Al Fahmu" (Kefahaman) kemudian barulah diikuti dengan "Al Ikhlas" (Keikhlasan). (d) Keutamaan Kefahaman Ke Atas Semata-Mata Hafalan Prof. Dr. Yusuf Al Qardhawi menyebut di dalam buku "Fiqh Keutamaan": Islam mengkehendaki kaum Muslimin memahami dan mengerti ajaran-ajarannya, bukan setakat mempelajarinya secara sambil lewa tanpa pengertian yang benar. (dengan menghafal semata-mata)..


  • Keutamaan pada perspektif Shari'at Islam ialah mendahulukan kualiti ke atas kuantiti dan jumlah. Jumlah bilangan yang banyak dan besar bukanlah menjadi suatu ukuran, akan tetapi kebaikan itu diukur mengikut mutu dan kualitinya (A) Sabda Nabi saw: "Seorang Mukmin yang kuat lebih disukai dan disayangi Allah daripada seorang Mukmin yang lemah." (Hadith riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah r.a) (B) Rasulullah saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah Taala telah mewajibkan al ihsan (kesempurnaan) dalam segala sesuatu. Apabila kamu melaksanakan (hukum) bunuh, maka lakukanlah dengan sempurna(teliti). Jika kamu menyembelih (haiwan), kerjakanlah dengan sempurna (dan teliti). Tajamkanlah mata pedangmu sehingga sembelihan kamu tidak merasa sakit (pedih) (Hadith riwayat Imam Muslim dari Shadad Ibn Aus r.a.) (C) Sabda Nabi saw: Sesiapa yang membunuh cicak dengan sekali pukul, maka ia akan mendapat ganjaran seratus kebaikan, dan yang dengan duakali, maka mendapat ganjaran yang kurang dan yang tiga kali, maka mendapat ganjaran yang lebih sedikit lagi." (Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad bin Hanbal, Abu Daud, Al Tirmizi dan Ibn Majah) * Pengajaran Apabila sesuatu perbuatan itu tidak dapat dinilai semata-mata kerana banyaknya, demikian juga umur seseorang manusia tidak hanya dinilai kerana panjangnya. Berapa ramai orang yang dianugerahkan umur yang panjang namun tidak ada keberkatan dalam hidupnya, tetapi berapa ramai mereka yang berumur sederhana, namun seluruh hidupnya telah diisi dengan pelbagai amal kebajikan dan kerja-kerja yang berfaedah. .


  • Nabi Muhammad saw merupakan nabi yang terakhir. Tidak ada lagi nabi selepas daripadanya. * Sabda Nabi saw: Aku dan Para Anbiya' sebelumku, ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya, kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi. (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim).


  • Nabi Muhammad saw merupakan nabi yang terakhir. Tidak ada lagi nabi selepas daripadanya. * Sabda Nabi saw: Aku dan Para Anbiya' sebelumku, ibarat satu bangunan yang dibina oleh seorang laki-laki. Lalu ia membinanya dengan baik dan dipercantikkannya, kecuali pada tempat sekeping batu-bata pada suatu sudut. Maka orang ramai datang mengelilinginya dan kagum melihat dan berkata mengapa tidak diletakkan seketul batu-bata di tempat yang kosong itu, maka akulah batu-bata itu dan akulah penyudah segala Nabi. (Hadith Riwayat Bukhari Dan Muslim).


  • Rasulullah saw dikurniakan anak lelaki bernama Ibrahim hasil perkongsian hidup dengan Mariah Al Qibtiyyah. Tetapi taqdir Allah menentukan bahawa umurnya tidak panjang. Rasulullah dan para sahabat bersedih di atas apa yang berlaku. * Gerhana * Secara kebetulan pada hari kematian Ibrahim berlaku gerhana bulan dan matahari. Orang ramai berkata: Telah gerhana bulan dan matahari kerana bersedih atas kematian Ibrahim. * Rasulullah lalu bersabda: Sesungguhnya bulan dan matahari merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana yang berlaku bukan disebabkan (bersedih) di atas suatu kematian ataupun kehidupan. BUKTI Al Imam Muslim meriwayatkan di dalam bab Gerhana Bulan Dan Matahari bahawa Ahli Falaq terkenal, almarhum Mahmud Basya berkata: "Aku telah membuat perkiraan yang terperinci bahawa matahari telah gerhana hampir sepenuhnya di Madinah pada pukul 8.30 pagi bersamaan 27 Januari 632M bersamaan 29 Syawal 10H." (Rujukan: Kitab Sirah An Nabawiyyah oleh Abu Hasan Ali An Nadawi m/s 416).


  • Adalah dimaklumkan bahawa Insya Allah Gerhana Matahari akan berlaku seperti berikut: * Tarikh: 29 Rabiul Awal 1419 (Sabtu) (22 Ogos 1998) Jenis Gerhana: Gerhana Matahari Cincin (Separa) Masa Mula: 7.11 Pagi Masa Maksima: 8.22 Pagi Masa Tamat: 9.48 Pagi Altitut Ketika Maksima: 18 Peratus Matahari Dilindungi Bulan: 94% Marilah kita sama-sama menunaikan solat sunat Gerhana ini * CARA SOLAT GERHANA * Sembahyang sunat gerhana adalah sunat muakkad bagi lelaki dan perempuan * Lebih afdhal dilakukan secara berjamaah sekalipun boleh dilakukan bersendirian. * Jumhur ulama' mengatakan solat ini dilakukan dua rakaat, dan disetiap rakaat dua kali ruku' kemudian diikuti dengan khutbah setelah selesai. * Rakaat Pertama Berdiri, kemudian niat sembahyang. Lafaz Niat: "Sahaja aku sembahyang sunat gerhana (matahari) dua rakaat .. (Imaman/makmuman) kerana Allah Taala" Membaca al Fatihah dan surah kemudian ruku' selepasnya I'tidal dan berdiri bagi kali kedua Membaca al Fatihah dan surah, kemudian ruku' selepasnya. I'tidal dan berdiri dengan Thoma'ninah. Sujud yang pertama, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua Bangkit dari sujud untuk rakaat kedua. * Rakaat Kedua Berdiri kali pertama selepas bangkit daripada sujud. Membaca al Fatihah dan surah kemudian ruku' selepasnya I'tidal dan berdiri bagi kali kedua Membaca al Fatihah dan surah kemudian ruku' selepasnya I'tidal dan berdiri Thoma'ninah Sujud yang pertama, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua Membaca Tahiyyat kemudian memberi salam Khutbah Doa * Selamat Menunaikan Solat....



Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1