|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
Tahukah Anda 
- Rasulullah pernah berpesan
kepada Abu Zar ra:
"Hendaklah kamu membaca al Quran, kerana al Quran itu
cahaya bagimu di dunia dan tabungan (pelaburan)
bagimu di langit (akhirat kelak).
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
(B)
Rasulullah juga bersabda:
"Barang siapa mendengar al Quran,
beliau akan dianugerahkan pahala yang berlipat ganda.
Orang yang membacanya diberikan cahaya
di hari qiamat"
(Hadith Riwayat Abu Hurairah)
(C)
Sabdanya lagi:
"Sesungguhnya al Quran ini ialah hidangan Allah,
terimalah hidangan-Nya seberapa yang mampu,
Sesungguhnya ia merupakan tali Allah,
cahaya yang terang dan penawar yang bermanfaat,
pelindung bagi yang berpegang kepadanya,
keselamatan bagi yang
mengikutnya....
(Al Hadith).
- Pagi Isnin, 12 Rabi'ul Awal,
Aminah binti Wahab telah melahirkan
Nabi Muhammad s.a.w. di kawasan Bani
Hasyim di Mekah.
*
Tiga peristiwa besar
berlaku pada hari
kelahirannya:
(a)
Api yang disembah oleh orang-orang Majusi
di Negara Parsi padam, sedangkan ianya tidak
pernah padam di dalam sejarah
penyembahannya.
(B)
Lapan buah gereja yang terletak di tepi
pantai Buhaira' telah roboh dipukul
gelombang
(C)
14 batang Salib yang tersergam
gagah di Kota Parsi telah
jatuh dan patah.
(Buku Sirah Rahiq Makhtum).
- Allah swt memberi penghormatan kepada
orang-orang yang beriman sebagai ummah terbaik
melalui firmannya yang
bermaksud:
"Kamu adalah sebaik-baik ummah
yang dikeluarkan di kalangan manusia,
jika kamu menyuruh melakukan kebaikan,
mencegah kemungkaran dan kamu
beriman kepada
Allah".
(Surah Ali Imran ayat 110)
*
(Doa Kualiti)
Allah mengajar kita supaya berdoa meminta kebaikan
dan kecemerlangan bukan sahaja di dunia tetapi juga
di akhirat:
"Wahai Tuhan kami, kurniakanlah
kepada kami, kebaikan (kecemerlangan)
di dunia ini dan kebaikan (kecemerlangan)
juga di akhirat nanti dan selamatkanlah
kami daripada azab api
neraka".
(Surah Al Baqarah ayat 201)
*
Kesimpulan
Sebagai manusia yang lemah, kita perlu sentiasa
ingat bahawa tiada jalan pintas untuk mencapai
kehidupan yang berkualiti. Ianya datang dari ilmu,
amalan yang berterusan, ikhlas dan diiringi dengan
rahmat Allah.
.
- Firman Allah Taala:
"Sesungguhnya
orang-orang yang membaca
Kitab Allah dan mendirikan sembahyang serta
membelanjakan daripada apa yang kami kurniakan
kepadanya secara rahsia mahupun secara terang,
mereka itulah orang yang mengharapkan
perniagaan yang tidak
akan merugikan".
(Surah Fatir Ayat: 29)
(b)
Abu Umamah Al Bahili berkata:
Aku dengar Rasulullah saw bersabda:
"Bacalah olehmu akan al Quran,
sesungguhnya ia akan datang pada hari
qiamat untuk memberi syafa'at
kepada tuannya".
(Hadith Riwayat Muslim)
(c)
Othman bin Affan berkata:
Sabda Rasulullah saw:
"Sebaik-sebaik kamu ialah orang yang
belajar al Quran dan
mengajarnya".
(Hadith Riwayat Bukhari)
(d)
Sabda Nabi saw:
Barang siapa membaca satu huruf daripada kitab Allah,
maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan akan
digandakan sepuluh seumpamanya. Aku tidak kata "Alif,
Lam, Mim" itu satu huruf, tetapi "alif" satu huruf,
"lam" satu huruf dan "mim" satu huruf.
(Hadith Riwayat Termizi)
*
Pengajarannya
Marilah kita berusaha membaca
dan membudayakan
al Quran.
- Nabi saw. pernah bersabda yang
bermaksud:
"Aku merupakan keturunan kepada dua penyembelihan"
Penyembelihan yang pertama:
Iaitu penyembelihan yang dilakukan oleh
Nabi Allah Ibrahim terhadap anaknya Ismail" kerana
nabi Muhammad adalah daripada
keturunan nabi Ismail.
Penyembelihan kedua:
Peristiwa penyembelihan Abd. Muttalib
terhadap anaknya Abdullah (ayah kepada
nabi Muhammad),
apabila dia bernazar jika dikurniakan
10 orang anak,
maka akan dikorbankan salah seorang
untuk dipersembahkan
kepada berhala. Setelah undian dibuat akhirnya
undian jatuh
kepada ayah nabi Muhammad iaitu Abdullah.
Apabila Abd.
Muttalib berusaha melaksanakan niatnya,
maka seluruh
kaum keluarganya membantah dan
meminta
supaya dibuat penebusan.
Akhirnya Abdullah
bin Abd Muttalib ditebus dengan
100 ekor unta..
- Pertengahan Tahun Ke 5
Kenabian
(Bulan Zulhijjah)
*
Berlaku 4 peristiwa besar dalam
tempoh 4 minggu
(1)
Islamnya Hamzah bin Abd. Muttalib
(2)
Selepas tiga hari islamnya Hamzah,
diikuti oleh
Umar bin Al Khattab
(3)
Nabi Muhammad menolak tawaran
Quraish untuk memberi pangkat,
harta, kedudukan dan
lain-lain
(4)
Abu Talib telah memanggil seluruh
Bani Hashim untuk berjanji
setia bagi mempertahankan
Rasulullah..
- Rasulullah s.a.w. pernah berpesan
kepada Abu Dzar r.a:
"Hendaklah kamu membaca al Quran,
kerana al Quran itu cahaya bagimu di
dunia dan tabungan (pelaburan) bagimu
di langit (akhirat kelak).
(Hadith riwayat Ibnu Hibban)
(b)
Rasulullah juga bersabda:
"Barangsiapa mendengar al Quran,
beliau diberikan pahala yang berlipat ganda.
Orang yang membacanya diberi cahaya
di hari qiamat".
(Hadith riwayat Abu Hurairah)
(c)
Sabda Nabi s.a.w:
"Sesungguhnya al Quran ini ialah
hidangan dari Allah, terimalah hidanganNya
seberapa yang mampu. Sesungguhnya al Quran
ini tali Allah, cahaya yang terang dan penawar
yang bermanafaat, pelindung bagi yang
berpegang kepadanya, keselamatan
bagi yang mengikutnya".
(Al Hadith).
- (Mendapat Keampunan)
Sabda Nabi saw...
"Sesiapa yang menghabiskan masa
petangnya dalam keletihan akibat daripada
pekerjaan yang dijalankan oleh tangannya
sendiri maka ia akan diberi
keampunan".
(b)
(Tangan Disayangi)
Baginda saw.
pernah mengucup
tangan salah seorang sahabat yang
bengkak kerana penat
bekerja, sambil
bersabda:
"Inilah tangan
yang disayangi oleh Allah
dan rasulNya"
(c)
(Pahala Sedekah)
Sabda Nabi saw:
"Tanaman dan buah-buahan
yang dimakan oleh manusia,
burung atau binatang
diberi, pahala
kepada tuannya".
- (Menyombong diri)
Para sahabat pernah bertanya
kepada Rasulullah saw. mengenai orang yang
berpakaian cantik, bersepatu baik
dan rambut bersisir kemas.
Adakah mereka digelar orang yang takbur?
Nabi bersabda:
"Bahawa ini bukanlah takbur
dan sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah
menyukai sesuatu yang cantik".
*
Semangat ini telahpun dipraktikkan
oleh Hassan Al Basri, seorang ulama'
tabi'en yang terkenal.
*
Pada suatu hari beliau memakai pakaian yang cantik dan kemas dianggarkan 4000
dirham. Apabila tindakannya itu ditegur oleh rakannya yang bernama Farqad As
Subki, beliau menjawab:
"Wahai Farqad!
Bukan kelembutan dan kehalusan pakaian ku ini
menjauhkan diriku dari Allah, dan bukan pula kasarnya
pakaian mu itu, akan mendekatkan diri
mu kepada Allah".
*
(Kesimpulan)
Islam amat menggalakkan hambanya,
sentiasa berada di dalam keadaan bersih, kemas,
cantik, berharta dan tidak melarat yang akan
menyusahkan orang lain.
Yang penting kelebihan tersebut
tidak menjadikan kita
sombong dan lalai dari menunaikan
tanggungjawab terhadap Allah
dan Masyarakat..
|