Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Tahukah Anda
  • Rasulullah bersabda: Tidak lurus iman seseorang hamba itu, sehingga hatinya lurus dan hatinya tidak akan lurus sehingga lurus lidahnya. Hadith riwayat daripada Anas I Saidina Umar r.a berkata: Sesiapa yang banyak percakapannya, maka banyaklah salahnya dan orang yang banyak salahnya, maka banyaklah dosanya, dan orang yang banyak dosanya, maka neraka adalah lebih layak baginya. I Pengajaran Kita digalakkan bercakap perkara yang baik-baik dan diminta diam daripada perkara yang tidak baik terutama sekali di Rumah Allah (Masjid). .


  • Perlantikan bagi sesuatu jawatan merupakan amanah kepada pemimpin. Pelantikan mestilah kepada orang yang paling layak memikulnya. I Sabda Nabi saw: Sesiapa yang melantik seseorang sebagai pegawainya untuk urusan umat Islam, sedangkan di kalangan umat itu ada orang yang lebih diredhai oleh Allah darinya, maka dia sudah mengkhianati Allah, RasulNya dan juga Orang Mukmin. (Hadith riwayat Hakim) .


  • Sabda Nabi s.a.w: "Apabila engkau bermaksud menyebut 'aib orang lain, maka sebutkanlah 'aib diri mu sendiri". (Hadith Riwayat Rafi'i) I Keterangan 'Aib adalah kecacatan atau sesuatu yang tidak baik yang ada pada diri seseorang. Kita ditegah daripada menyatakan 'aib orang lain, padahal kita sendiri pun tidak terlepas daripada yang demikian. Jangan seperti kata pribahasa, Kuman nun di seberang laut nampak, Gajah di depan mata tak nampak

Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1