|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
|
Lucu
| 5. |
Awak dan gaduh merupakan 2 orang sahabat baik...suatu hari tu sedang mereka berjalan2 dihutan, tiba2.....gaduh hilang...lalu pergilah awak ni melaporkan kepada polis akan kehilangan gaduh itu.......
Awak : Tuan2 saya nak buat laporan..
Polis : Siapa nama awak?
Awak : Awak.
Polis : (Dengan nada marah polis tu bertanya lagi)Siapa nama awak?
Awak : (dengan nada marah jugak menjawab, awaklah!
Polis : (dengan marah)Ooo,awak datang sini nak cari gaduh ya...
Awak : (Senyum)Ya,ya mana tuan tahu saya nak cari gaduh..
Polis : ?????
.
|
| 15. |
Pada suatu hari , Seorang pesakit mental bernama Hassan terlepas dari Hospital Tumpoi.Disebabkan dia ni gila , maka dia pun nak terbang macam burung.Jadi dia pun panjat tiang lampu dan cuba terbang.
Nasib baiklah doktornya menyedari kehilangan Hassan.Jadi dia menghubungi Polis dan ambulans segera setelah diberitahu oleh seorang lelaki tentang keadaan Hassan.Doktor ini segera ke tiang tersebut . Tanpa disedari doktor tersebut,kawan Hassan,Mansor pun mengikut doktor itu sekali.
Apabila samapai,Polis dan Ambulans telah pun tiba.Seorang anggota polis mengacukan pistol dan menyuruh Hassan turun.Tetapi Hassan enggan.Doktor itu pula mengambil pisau dan mengacu kepada Hassan supaya turun tapi tidak dilayan.Akhirnya Mansor membawa gergaji besi dan berkata "Kalau kau tak turun,aku potong tiang besi ini karang .......,",dengan segera Hassan turun dan terus pulang ke hospital.
Semua orang hairan tentang apa yang berlaku.
Nak tau apa yang terjadi sebenarnya. Sebenarnya Hassan tahu yang polis dan doktor tadi hanya menipu saja.Mereka tidak akan sanggup membunuhnya. Jadi Hassan pun tidak turun dari tiang.TETAPI dia tahu yang Mansor tu gila dan orang gila akan buat apa yang dia cakap.Jadi dia pun turunlah.
|
| 16. |
2 Orang menaiki kepesawat dengan berkacamata hitam sambil berjalan dengan perlahan-lahan seakan-akan takut terjatuh. Beberapa penumpang menganggap kedua-duanya buta. Kedua-dua orang itu masuk ke dalam pesawat dalam kabin pilot. Ternyata mereka adalah pilot dan co-pilotnya.
Pesawat pun berlepas di landasan, ketika jaraknya tinggal 50 meter pesawat tidak terbang.. 20 meter.. 10 meter... Penumpang mula yakin bahawa kedua pilot itu buta dan semuanya berteriak "Aaaaaaaaaaarrrggghhhh...."
Dengan jeritan itu pesawat itu pun terbang, sukses. Penumpang yang tadi berteriak-teriak itu pun lega karana ternyata mereka tidak buta.
Sementara itu di ruang kabin pilot terdengar bisikanl, "Untung mereka berteriak, kalau mereka tak berteriak kita berdua pun pasti sudah mampus." kata pilotnya
|
| 16. |
Pada suatu pagi, penduduk kampung dikejutkan oleh suatu kemalangan, iaitu seorang tukang roti yang terjatuh di tepi jalan karana mengelak sebuah kereta yang meluru laju kearahnya.roti-rotinya berterabur jatuh kejalan raya. Karana berasa kasihan, seorang yang tengah berjogging menyeberang jalan untuk menolong tukang roti.
Setelah sampai dekat penjual roti, dia pun dengan nada penuh keprihatinan bertanya pada penjual roti, " Ada apa, bang?".
penjual roti sambil mendongak kepalanyalalu menjawap,"Ada roti keju, roti daging, roti coklat, semuanya masih segar....".
|
| 16. |
KONON otak orang Malaysia sangat digemari dan jadi rebutan di antara calon penerima otak manusia. Di bursa pasaran gelap, harga otak manusia Malaysia dikhabarkan paling tinggi. Setiap hari habis semua otak yang disediakanuntuk dijual. Semua orang binggung bin ajaib memikirkannya. Mengapa bukan otak orang afrika yang terkenal cerdas-cerdas itu yang diburu? Mengapa bukan otak orang-orang Jepun, yang tersohor memiliki kemampuan tinggi dalam bidang teknologi tidak direbut? Atau, mengapa tidak otak orang Cina yang sudah terkenal luas dalam bidang perniagaan tidak direbut? Mengapakah otak manusia diMalaysia sahaja dicari? Setelah dilakukan kajian terhadap jurasic park maka terpecahlah rahsia ini apabila di temuramah dengan seorang penerima otak . Maka jawaplah ia bahawa "Habis,macam mana orang tak minat kat otak orang Malaysia sebab rata-ratanya masih kosong kerana jarang mengunakannya"
|
Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama�sila email ke [email protected]
|