|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
|
Lucu
| 14. |
Dalam satu kelas darjah satu,seorang ustaz bertanya kepada pelajarnya..
"kamu hendak ke mana?...syurga atau neraka?..siapa yang hendak ke syurga..angkat tangan...!!"
maka semua pelajarnya pun mengangkat tangan kecuali seorang murid.
Kemudian ustaz itu pun bertanya lagi,siapa hendak ke neraka?".....
semua pelajar tidak mengangkat tangan termasuk seorang murid tadi...dengan kehairanan ustaz itu bertanya..bila saya tanya nak masuk syurga..awak tak angkat tangan..bila saya tanya nak ke neraka pun awak tak angkat tangan....habis awak nak ke mana??".
.Jawab murid itu.."saya tidak mahu pergi ke mana ustaz..bapa saya suruh saya datang sini belajar,dia pesan..jangan pergi kemana-mana,tunggu sampai dia jemput"....
|
| 15. |
Minah pergi ke sungai untuk mencuci baju. Ketika baru mulai hendak mencuci, dilihatnya seekor ikan tersepit di antara celah-celah batu dan mengelupar.
Lalu Minah menghampirinya, si ikan berkata, "Kalau kamu menolongku, aku akan mengabulkan tiga permintaanmu. Tapi ingat, apa yang kamu minta membuat suamimu mendapatkannya sepuluh kali ganda."
Minah pun menolong ikan tersebut dan minta supaya wajahnya diubah menjadi cantik. "Tapi suamimu akan menjadi paling tampan di dunia," kata ikan mengingatkan.
"tidak menjadi masalah," jawab Minah.
Abrakadabra? jadilah Minah wanita yang amat cantik.
Permintaan kedua, Minah ialah ingin menjadi kaya. "Ingat, suamimu akan sepuluh kali lebih kaya," kata ikan.
"Ah, tidak menjadi masalah. Miliknya kan milikku juga." Abrakadabra? jadilah Minah orang yang kaya.
"Lalu permintaan ketiga?" tanya ikan.
"Aku ingin mendapatkan SERANGAN JANTUNG RINGAN.
|
| 16. |
Pada suatu hari di sebuah rumah sakit jiwa ada 2 orang pesakit jiwa. Seorang bernama ZAHID dan seorang lagi bernama ROZALI.
Satu hari ROZALI sedang bermain-main di sekitar kolam renang,tetapi disebabkan tidak berhati-hati ROZALI terjatuh ke dalam kolam yang boleh dikatakan dalam. Sedangkan ROZALI tidak tau berenang. Melihat kawannya yang sedang tenggelam ZAHID segera melompat ke dalam kolam tersebut untuk menolongnya.
Ketika itu doktor sedang memerhatikan gelagat mereka berdua dan doktor itu berasa yakin bahawa pesakit yang bernama ZAHID sudah sembuh.
Buktinya ketika kawannya sedang dalam kesusahan, dia terus menolongnya. Dan keesokan harinya.......
Doktor :"ZAHID, saya ada 2 berita untukmu. Yang satu berita baik, tetapiyang satu lagi berita buruk. Saya akan memberitahukan berita baiknya dulu. Berita baiknya iaitu awak tidak lama lagi akan segera keluar dari rumah sakit ini karana saya melihat kau menolong ROZALI. Tetapi berita buruknya ROZALI ditemuikan mati tergantung diri di dalam kamar mandi selepas awak menolongnya."
ZAHID : "Wah terimakasih, tuan Doktor kerana izinkan saya keluar dari rumah sakit ini. Tetapi kalau mengenai ROZALI itu, dia bukannya tergantung diri,tuan Doktor.....
Dokter : "ah…., abis mengapa ...?!?"
ZAHID : "Selepas saya tolong dia, saya yang gantung dia dikamar mandi supaya cepat kering ,tuan doktor, kan kasihan dia kebasahan..."
Dokter :"?!@# |
| 17. |
Suasana di dalam sebuah kelas?
Cikgu : Amin sila tunjukkan Afrika terletak dimana
Amin: (sambil menunjukankan peta kedudukan Afrika)sini cikgu
Cikgu : Sekarang giliran johan pulak....siapakan menjumpai Afrika
Johan : Amin cikgu(jawap Johan dengan bangganya)
|
| 18. |
Sue tidak pernah ambil kisah mengenai satu kotak hitam misteri milik suaminya yang tersorok di bawah katil mereka. Sudah 20 puluh tahun kotak hitam itu di situ. Satu hari ketika membersihkan bilik, Sue tidak dapat menahan perasaan ingin tahu isi kandungan kotak hitam itu. Sue terperanjat dan hairan apabila dalam kotak hitam itu ada tiga biji telur ayam dan wang tunai RM3,000. Dia cuba menyelesaikan misteri itu dengan bertanya kepada suaminya: "Kenapa abang letak 3 biji telur ayam di bawah katil kita?" Suaminya terperanjat beruk tetapi masih mampu menjawab: "Sayang, setiap kali abang curang kepada mu, abang letak satu telur ayam sebagai tanda penyesalan". Sue terdiam tetapi mampu mengawal kemarahannya kerana tiga kes curang dalam tempoh 20 tahun mereka bersama masih boleh dimaafkannya. Kemudian sue bertanya lagi: "Tapi abang kenapa ada duit RM3,000?" dengan suara terketar-ketar suaminya menjawab: "setiap kali telur itu cukup sedozen abang jual dan duit abang letak dekat situ".
|
Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama…sila email ke channelindianmuslim@hotmail.com
|