|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
|
Lucu
| 5. |
Kelas yang tadi bercempera tiada guru, kini menjadi senyap sunyi. Ini adalah kerana guru yang paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang seperti Jin yang tidak ada Shamsudin. Kalau hendak tahu ikutilah pelajaran cikgu ini. Nama cikgu ialah ?
Murid-murid : Selamat pagi, cikgu
Malik : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
Murid-murid : Kenapa Selamat pagi,petang dan malam cikgu!
Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Malik : Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik . Hari ini cikgu nak uji kamu semua tenteng perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawad dengan sepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu,faham?
Murid-murid: Faham, cikgu!
Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid : (senyap )
Cikgu : Pandai
Murid-murid : Bodoh
Cikgu: Tinggi!
Murid-murid: rendah
Cikgu : Jauh!
Murid-murid: Dekat!
Cikgu : Berjaya!
Murid-murid: Usno!
Cikgu : Salah
Murid-murid: Betul
Cikgu : Bodoh
Murid-murid: Pandai
Cikgu : Bukan
Murid-murid: Ya
Cikgu : OH,tuhan
Murid-murid: OH hamba
Cikgu : Dengar ini
Murid-murid: Dengar itu!
Cikgu : Diam!
Murid-murid: Bising!
Cikgu : Ini bukan pertanyaan bodohBodoh
Murid-murid: Ini ialah jawapan pandaiPandai
Cikgu : Mati aku
Murid-murid: Hidup kami
Cikgu : Rotan baru tau
Murid-murid: akar lama tau
Cikgu : Malas aku ajar kamu
Murid-murid: rajin kami belajar cikgu
Cikgu : Kamu gila
Murid-murid: Kami siuman
Cikgu : Cukup cukup
Murid-murid: Kurang kurang
Cikgu : Sudah
Murid-murid: belum
Cikgu : Mengapa kamu bodoh sangat?
Murid-murid: sebab saya seorang pandai
Cikgu : Oh melawan
Murid-murid: Oh mengalah
Cikgu : Kurang ajar
Murid-murid: cukup ajar
Cikgu : Habis aku
Murid-murid: Kekal kami
Cikgu : o.k pelajaran sudah habis
Murid-murid: k.o pelajaran baru bermula
Cikgu : Sudah,bodoh
Murid-murid: belum,pandai
Cikgu : berdiri
Murid-murid: duduk
Cikgu : Saya kata usno salah
Murid-murid: Kami kata berjaya betul
Cikgu : bangang kamu ni
Murid-murid: cerdik kami ini
Cikgu : Kamu semua ditahan tengahari ini
Murid-murid: dilepaskan malam ini
Cikgu : (senyap dan mengambil bukan lalu keluar
Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid merasa lega kerana guru yang paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walau bagaimanapun, mereka merasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi, tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang lagi.
|
| 11. |
Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.
"Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut.
"Ayah, ayah, cepat la yah,"
Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni.". Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"
"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta. Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza.
"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.
"Tak ada apa la sayang, rileks...cepat sikit kita sampai kampung nanti."
"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa....jangan laju sangat bang, Liza takut." Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya.
"Rileks Liza.tak ada apa-apa," Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
"Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.
"Sudah la tu bang."
"Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa...." Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai. Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan ....di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan.....
BANG!!�
"Usin....bangun Sin," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi....mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya.
Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya. Emaknya memandang Usin tepat-tepat.
"Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?" Usin masih terus menangis.
PANGGG!!�
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar.......dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut!
.
|
Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama�sila email ke [email protected]
|