|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
|
Lucu
| 8. |
Seorang ahli biologi sedang menkaji kebolehan katak puru melompat.Dia melepaskan seekor didalam makmalnya dan meyergah katak ini supaya ia melompat.
Sepantas kilat katak itu melompat.Kemudian dia mencatat dalam bukunya."katak dengan emapat kaki mampu melompat sejauh 160 sentimeter".
Kemudian dia memotong kaki depan katak itu,lalu meyergahnya."lompat!lompat!lompat!!!.
Bersusah payah katak itu melompat.Jaraknya begitu pendek.Selepas mengukurnya,ahli bialogi itu mencatat didalam bukunya"katak dengan dua kaki hanya melompat 60 sentimeter".
Kemudian dia memotong kaki belakang katak.Sekali lagi dia menjerit."Lompat!lompat!lompat!"Namun tidak ada perubahan.
Lalu ahli bialogi itu mencatat didalam bukunya."Katak tanpa kaki,hilang pendengaran.".
|
| 9. |
Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru...al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya..!!
Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya...ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya..stationerynya la...tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu......berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang ni...lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk... masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar - juta2x...pura pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya:duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah... sibuk sikit...maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar...kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu?? Dengan selamba pelanggan itu kata...
"Err...encik...saya ni dari Syarikat Telekom... datang nak sambung talian talipon...!!"
.
|
| 10. |
Seorang lelaki telah pergi ke kedai jam untuk membaiki jamtangannya. Setelah melihat sekali imbas, si pembaik jam bertanyakan tentang harga jam itu.
"Seribu ringgit, " jawab lelaki itu dengan bangga.
"Awak telah ditipu, ini jam tiruan, bukan asli. Di mana awak beli?"
Dengan perasaan marah lelaki itu menjawab,
" Di sinilah! "
.
|
| 11. |
Selepas berjaya mencuri tiga ekor ayam, seorang pencuri segera pergi mendapatkan seorang pembeli ayam.
" Saya hendak menjual ayam-ayam ini , " katanya.
" Dari mana kamu dapat ? " Tanya pembeli ayam.
" Saya mencurinya , " jawab pencuri itu.
" Tidakkah kamu tahu mencuri itu salah di sisi undang-undang dan berdosa di sisi agama ? "
" Saya tahu, " jawab si pencuri , " sebab itulah saya tak mahu simpan ayam-ayam ini . "
.
|
| 12. |
Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas barang-barangnya ke dalam beg.
"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.
Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
" Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ini ! "
Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "
|
Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama�sila email ke [email protected]
|