> JavaScript Source Code 2002: BG Effects: Star Field

Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Lucu


6. Tersebutlah kisah dua orang sahabat karib yang bernama mus dan bun.
Mus mempunyai sebuah syarikat besar dan Bun pula seorang jurutera yang terkenal.
kedua-dua sahabat ni sering menunjuk-nunjuk diantara satu sama lain.nak dijadikan cerita..... Mus dan Bun mempunyai seorang opis boy yang sering dimarahi oleh bosnya kerana terlalu bodoh.
kerana terlampau fed-up gila dengan kebodohan pekerjanya maka Mus pun pergilah mengadu dengan rakan karibnya Bun mengenai kebodohan opis boynya itu...apabila mendengar keluhan daripada rakannya maka Bun pun memberitahu kepada Mus bahawa opis boy nya pun 2 x 5 bodoh dengan pekerja Mus, malah melampaui segala-gala kebodohan di dunia ini.
Apabila mendengar jawapan daripada Bun maka Mus pun merasa marah dan tidak puas hati kerana Bun mempunyai seorang opis boy yang bodoh gila daripada opis boynya..jadi berlakulah pertengkaran di antara kedua sahabat karib ni.
Mus pun mendapat satu idea bagaimana menentukan opis boy siapa yang paling bodoh ...
"apa kata kita bertanding"kata Mus.
"emm...amacam" kata Bun.
"kita tengok opis boy siapa yang paling bodoh kau punya opis boykah atau aku punya opis boy amacam setuju"kata Mus.
setelah mencapai kata sepakat tibalah hari yang ditunggu-tunggu.....maka kedua sahabat karib telah memanggil kedua-dua opis boy mereka.
"shah....nah ambik seringgit ni pegi belikan aku kereta cepat...."kata Mus.
maka bergegaslah opis boy Mus keluar dan menurut segala perintah bosnya.
"hahaha...lihatlah kawan ku betapa bodohnya opis boy ku itu..."kata Mus kepada Bun "mizi....kemari ko mizi..pegi tengok sama ada aku ada dirumah kah atau tiada...pegi cepat...!!!!..."dengan bangganya Bun menunjukkan kepada rakannya bahawa opis boynya lagi bodoh hingga mencapai tahap "bonggok".
setelah sejam shah (opis boy Mus)marayau-rayau sehingga segala tulang-belulangnya terasa hendak patah maka berehatlah dia di sebuah perhentian bas...
tersebutlah pula kisah mizi (opis boy Bun)setelah sejam dia merayau-rayau disekeliling rumah..diruang tamu..di dapur..dan di segenap pelusuk rumah bosnya hingga terasa kakinya seperti dipukul oleh jin buragas maka pulanglah dia...
Dalam perjalanan pulang maka terjumpalah akan mizi kepada shah..
"dari mana ni shah"tegur mizi
"nie...apalah bos aku tu...dia suruh aku pegi beli kereta...kan hari ni hari minggu mana ada kedai buka..bodoh betul la bos aku tu!!!.."kata shah
"hah...hins..kau tau shah bos aku tu lagi bodoh dah mencapai tahap kebodohan tenuk dah...adakah patut.. kan di opis dia ada telepon, lain lagi telepon bimbitnya, hah...dirumah ada 3 telepon adakah patut dia suruh aku ke rumahnya, tengok sama ada dia ada di rumah atau tidak,bukan kah bodoh namanya tu
..telepon jak la tanya sama ada dia ada di rumah atau tiada."kata mizi dengan geramnya. "tak sangka ya..nama ja boss..tapi bodoh, bukan jak bodoh bonggok pulak tu...ha..ha..ha..ha..."kata shah .
Maka terdengar gelak ketawa kedua opis boy yang bodoh tu....

Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama�sila email ke [email protected]


Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1