> JavaScript Source Code 2002: BG Effects: Star Field

Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM Aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links

Lucu

3. SEBAIK sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumah Nenek Milah, Tok Ajis keluar dari kereta itu.
�Nek Milah, kami jumpa Tok Ajis kat taman bunga tadi. Tok Ajis kata dia lupa jalan balik,� kata seorang anggota polis bernama Yassin.
�Macam mana boleh sesat ni bang? Bukannya tak pernah pergi situ. Sudah 30 tahun berulang alik ke taman tu, takkan hari ni sesat pulak,� bebel Nek Milah.
Nenek Milah memimpin Tok Ajis naik ke rumah selepas mengucapkan terima kasih kepada Yassin.
�Aku bukannya sesat Milah, cuma tak larat berjalan balik,� bisik Tok Ajis ke telinganya.
4. ZABIDI menghadiri temu duga untuk jawatan akauntan di sebuah syarikat binaan.
�Sebagai pengarah urusan, saya bukan setakat mahukan seorang akauntan berijazh, tapi yang lebih utama saya perlukan orang yang boleh memikul kerisauan say a�, kata Tan Sri Amir.
�Apa maksud tan Sri?� tanya Zabidi.
�Banyak perkara yang buat saya risau dalam hidup ini. Salah satu, tentang kewangan sayarikat. Kalau saya ambil awak, boleh pikul tanggungjawab itu?� tanya Tan Sri Amir.
Beres Tan Sri, tapi berape gaji Tan Sri tawarkan kepada saya?� tanye Zabidi.
�Bagaimana kalau untuk permulaan ni, saya bayar awak RM 80,000 sebulan!� kata Tan Sri Amir selamba.
�Laaaapan puluh ribuuu�!� kata Zabidi terkejut. Tan Sri Amir hanya menganggukkan kepala.
�Mampu ke syarikat ni bayar banyak tu?� tanya Zabidi.
�Ah, itulah kebimbangan pertama yang harus awak pikul�, jawab Tan Sri Amir.
5. Malik : Dddddddi mmmmmmana baaaaahagian llllelaki? ( Kerani di kaunter pertanyaan di gedung membeli belah itu hanya memandang malik tanpa brkata-kata.)
Malik : Kkkkkkat mmmmmmana bbbbbbahagiaan lllelaki. Ttttttak ddddddengar kkkeeee? (Naamun masih tiada jawapan. Malik bertambah marah apabila dia tidak dilayan. Dihentaknya kaunter dan terus berlalu. Syakir yang beratur di belakang Malik hairan melihat gelagat kerani tu.)
Syakir : Kenapa encik tak jawab pertanyaan dia, kesianlah sikit.
Kerani : Ssssssaya nnnnak jjjjjjawab mmmmacam manaa? Nnnnnanti dddddiaaaa kkkata sssayaa perli dia!

Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama�sila email ke [email protected]


Hosted by www.Geocities.ws

Hosted by www.Geocities.ws

1