|
Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
berita IM
aktiviti
Tahukah Anda
Berita Dunia
Links
|
|
Lucu
| 1. |
Hakim mengingatkan saksi yang berdiri didepannya dalam satu perbicaraan di bilik mahkamah
HAKIM : Kamu tahukan disini kamu kena bercakap benar.
SAKSI : Ya saya tahu,tuan hakim.
HAKIM : Kamu tahu apa yang akan berlaku apabila kamu kata tidak benar ?
SAKSI : Ya, pasti saya akan menang…..hehehehe
|
| 2. |
Fauzi dan isterinya,Maria pergi ke pesta Pulau Pinang setiap tahun. Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang berlegar- legar diudara, Fauzi akan termenung…..
FAUZI : Maria, abang teringin nak naik pesawat tu
MARIA : tak payahlah bang, RM50 untuk sekali naik, oii…mahal tu, membazir aje. Duit sebanyak itu boleh beli banyak benda lain
….setiap tahun Maria akan berkata demikian…setelah Fauzi berumur 65 tahun mereka datang ke pesta itu lagi dan …..
FAUZI : Maria, abang dah berumur 65 tahun sekarang, kalau abang tak naik hari ini, mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya
MARIA : Abang, RM50 tu mahal membazir aje
Sedang mereka berbual tiba tiba juruterbang kapal itu datang dan mempelawa kedua-dua menaiki pesawat itu dengan percuma, tapi dengan satu syarat…..
JURUTERBANG : Mak cik dan Pak cik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa diudara.Tapi kalau pakcik atau makcik menjerit, saya akan kenakan bayaran RM50, macam mana setuju
FAUZI & MARIA : Setuju…(sambil tersenyum kambing)
Sewaktu diudara, juruterbang melakukan berbagai aksi menjunam, tunggang terbalik dan berpusing-pusing tapi tidak ada sepatah perkataan pun keluar dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan aksi- aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit….lalu kapal itu pun mendarat
JURUTERBANG : Wah hebatnya….saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuat pakcik dan makcik menjerit tapi tak berjaya (sambil melihat mana makcik yang tidak kelihatan)
FAUZI : Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa isteri saya terjatuh dari pesawat tapi RM50 tu besar nilainya, membazir aje…..haaaaaaaaaaaaaa
|
Sesiapa yang mempunyai cerita-cerita lucu yang hendak di kongsi bersama…sila email ke [email protected]
|