Indian Muslim Corner


Home
Agenda
I.M.I.M
OP List
Gallery
Comments
Mengenai Islam
Lucu
Debat
Ucapan
Ajaib
aktiviti
berita IM Tahukah anda Ahli
Chat
Berita Dunia
Links

AJAIB



.KALIMAH NAN SUCI DI TELUR Kerani temui telur ayam tertera kalimah Allah AZMAN menunjukkan permukaan luar telur ayam yang dibelinya di kedai runcit di Taman Semenyih Indah, tertera kalimah Allah. - Gambar ihsan Syamsi Suhaimi KAJANG: Seorang kerani tidak menyangka satu daripada 10 biji telur ayam yang dibeli di kedai runcit berhampiran rumahnya di Taman Semenyih Indah, dekat sini Jumaat lalu, tertera perkataan kalimah Allah. Azman Mohd Nor, 33, berkata perkataan kalimah Allah yang begitu jelas pada permukaan kulit telur itu hanya disedari selepas diberitahu isterinya, Noriza Bungal, 32, ketika menyediakan makan malam untuk mereka sekeluarga. Beliau berkata, permukaan kulit telur ayam itu turut berbeza dengan telur yang lain, kerana lebih kasar dan menggerutu. "Pada mulanya saya juga hairan dengan permukaan kasar pada kulit telur ayam ini, tetapi selepas diamati tertera dengan jelas kalimah Allah. "Saya turut menunjukkan petanda kebesaran tuhan ini kepada rakan-rakan bagi meminta kepastian lanjut," katanya ketika mengunjungi Balai Berita, di sini, semalam. Beliau yang bercadang untuk menyimpan saja telur itu akan menghubungi Jabatan Muzium dan Antikuiti untuk meminta pandangan bagi proses mengawet telur itu. "Sebelum ini, saya hanya melihat kalimah Allah tertera pada makhluk lain seperti pada ikan dan kucing, tetapi tidak menyangka saya juga berpeluang mempunyai satu daripada keajaiban tuhan. "Kalimah ini sungguh menginsafkan dan membuktikan kekuasaan Yang Maha Esa," katanya. ..


Hosted by www.Geocities.ws

1