Portal Score A Programme
Satu-satunya produk webucation
Score A Programme™ ini direka khusus untuk
pelajar Tahun satu hingga tingkatan Tiga dan mendapat sokongan pihak
PIBG Kebangsaan serta jabatan pelajaran negeri dan daerah.
Program ini juga telah mendapat pengiktirafan Kementerian Pendidikan dan baru sahaja dilancarkan pada 1 April 2006 yang lalu oleh YB Menteri Pelajaran Dato’ Hishamuddin bin Tun Husin

Score A Programme™ adalah satu kaedah pembelajaran output yang interaktif berpandukan sukatan pelajaran kerajaan yang mana telah terbukti berkesan untuk membantu pelajar bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A.
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari.
Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input –
membaca, belajar, menghafal dan mendengar . Inilah sebabnya ramai pelajar yang
mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, pelajar memerlukan pembelajaran output.
Pihak syarikat Kenshido telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah
pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka
mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Score A Programme™ akan membantu dan
membimbing pelajar supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai
kecemerlangan A.
Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya
adalah penting , tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila
tiba hari peperiksaan pelajar akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan
mencapai kecemerlangan A.
Ciri-ciri
Unik Score A Programme™
eReport Card™
eReport Card™ adalah SATU CIRI YANG PERLU
ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan
kesemua sesi pembelajaran output pelajar, samada dari e-assesment mahupun
e-Trial exam. Malah, ibubapa juga boleh mendapat e-report card melalui SMS!!
Ciri ini membolehkan ibubapa mengetahui secara
terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak
mereka. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang
dibuat pada bulan tersebut. Ibubapa juga boleh membuat perbandingan dengan
keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.
Lagipun, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan
terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan ibubapa memantau dan
mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka
menduduki peperiksan yang sebenar.
Objektif utama:-
1. Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak.
2. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.
3. Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga.
Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan
adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilaian ini adalah sangat bernilai
untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A.
eTopic - Soalan-soalan
berpandukan topik
eTopic adalah satu modul latihan yang
membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan
pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap
topik yang diajar disekolah.
Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah
diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada
mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari.
Ibu bapa pula dapat mengetahui perkembangan akademik anak-anak. Melalui eTopic mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak-anak mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik, penandaan dibuat serta merta untuk
membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan
percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah
akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut.
Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat
percubaan yang ke2 , ke3 , atau ke4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan
memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
eProgress
eProgress adalah carta perantauan yang
membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini
adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan
bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic
anak-anak mereka.
Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan
percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu
menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa
mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan
mengikut subjek.
ePast Year Exam
ePast Year Exam membolehkan para pelajar
yang bakal menduduki peperiksaan utama ialah UPSR , PMR berlatih menggunakan
kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian
Pendidikan
Malaysia. Syarikat
Kenshido menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , telah diberikan
hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan
soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama
seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh
memilih soalan samada menurut “Tahun” ataupun secara”Rawak” dan haruslah
melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan.
Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan
pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk
bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan
yang sebenar.
eTrial Exam™
Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia
untuk menghadapi peperiksaan, Modul eTrial Exam™ direkabentuk
sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR.
Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri
dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi.
eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar
dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah. Pemarkahannya
adalah serta merta.
Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.
eAssessment™-
Soalan-soalan Umum
eAssessment™ telah direkabentuk untuk
membolehkan pelajar membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan
pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman
mereka didalam subjek yang diajar disekolah.
Pelajar boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila
masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang
diajar.
Ibu bapa dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak
mereka supaya mereka dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk
memperbetulkan keadaan sebelum anak-anak mereka menduduki peperiksaan yang
sebenar.
Apabila seorang pelajar membuat latihan melalui
eAssessment™ , penandaan akan dibuat serta merta untuk membolehkan
pelajar belajar dari kesilapan.
Setiap soalan membenarkan pelajar mencuba sebanyak 4 kali untuk mendapatkan jawapan yang betul. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan pelajar akan diberitahu secara terus.
Kaedah ini akan mendidik pelajar untuk membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan ke-2 , ke-3 dan ke-4.
Ini akan menanam sikap untuk membaca dan memahami soalan
dengan teliti sebelum memberi sebarang jawapan.
Objektif utama
eAssessment™:-
1. Menyediakan pembelajaran output secara terus.
2. Meningkatkan keupayaan menghadapi peperiksaaan dengan membenarkan pelajar membuat latih tubi tanpa had.
3. Membantu menjawab soalan dengan betul setiap kali dalam percubaan yang pertama.
4.
Menanam sikap untuk
membaca dan memahami soalan sebelum menjawab.
Senarai Penganugerahan 100 Pelajar Cemerlang Seluruh Malaysia
Senarai Penganugerahan 100 pelajar cemerlang seluruh
Malaysia Score A
Programme™, telah direka untuk memberitahu ibu bapa tahap anak-anak
mereka berbanding dengan anak-anak murid setaraf di seluruh negara.
Hanya 100 pelajar cemerlang dari setiap subjek dan tahap
akan dipamerkan. Ini menggalakkan pelajar berusaha dengan lebih gigih supaya
nama mereka dipamerkan didalam senarai penganugerahan ini.
Ciri-ciri
Lain
(a) Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
Bersesuaian perlaksanaan polisi kerajaan untuk mengajar
Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris , ScoreA Programme telah menyediakan
versi Bahasa Inggeris bagi Matematik dan Sains untuk membolehkan pelajar
menyedia dan menyesuaikan diri dalam cabaran yang baru ini.
Keistimewaan ini juga membolehkan pelajar membuat
rujukan dalam Bahasa
Malaysia pada bila-bila
masa untuk memahami soalan dalam Bahasa Inggeris lebih mendalam.
(b) eDictionary
Untuk membantu pelajar memahami soalan dalam Bahasa
Inggeris , portal score A menyediakan eDictionary untuk menjelaskan makna
perkataan dalam soalan. Ini akan membantu pelajar belajar Bahasa Inggeris sambil
bersiap sedia untuk peperiksaan
Subjek2 yang terdapat dalam Score A Programme
Sekolah Rendah (Tahun 1-6)
1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3.Matematik (Tahun 1-3 dalam Bahasa Inggeris)
4.Sains (Tahun 1-3 dalam Bahasa Inggeris)
5.Bahasa Cina
Sekolah Menengah
(Tingkatan 1-3)
1.Bahasa Melayu
2.Bahasa Inggeris
3.Matematik (Bahasa Inggeris)
4.Sains (Bahasa Inggeris)
5.Bahasa Cina
6.Sejarah
7.Geografi