BIODATA
PENDIDIKAN
KERJAYA
HOBI








"KNOWLEDGE IS POWER" Yep. It's definitely true. Sebab dengan ilmu. Kita mampu ubah dunia.
Dunia siapa? Dunia kita sendiri.
XD

" Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka."
[13:11]


Then, based on firman Allah itu tadi. Itu memang jelas dah membuktikan bahawa kita ni kena menuntut ilmu. Jadi sis nak share
sikit masa mula-mula sis dapat pendidikan. =)
Sebagai manusia biasa, of course apa-apa perkara yang kita mahir. Kita bermula dari bawah. Macam mana Sis kenal ABC?
Macam mana sis tahu Aliff Ba Ta? Tahu mengira? Haaa ni meh sis habaq saaaat ! XD


1. AN NAJIHAH KINDERGARTEN



Haa! u guys boleh cam ke sis yang mana satu? 12 tahun dah berlalu tapi muka sis tetap maintain baby face camtu kan iolls? XP Ops! terperasan pulak. Hehe. Okay-okay sebelum sis melalut lebih jauh so better sis cepat2 berlari ke main topic kita.

Gambar ni diambil pada tahun 2005. Masa ni sis berumur 6 tahun. Sebenarnya, dulu sis selalu pindah-pindah tadika. Sis pindah-pindah ni sejak dari umur 5 tahun. Huhu biasalakan baru mula-mula nak belajar, so sis agak lambat untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Jadi, dipendekkan cerita An Najihah Kindergarten ni lah tempat sis mendapat pendidikan pertama.






Sejak kecik lagi sis agak aktif sebab sis selalu je join-join aktiviti-aktiviti kebudayaan. Contohnya, menari, nyanyian dan deklamasi sajak.
Apa? Tak percaya?!
 Haaa u guys jangan pandang rendah kat sis taw! Huhu memang sejak kecik lagi sis berani berhadapan dengan orang ramai. Nak kata attention seeker tu tak la kot. Hihu. Tapi sis suka untuk join. Tambah pengalaman la katakan keh keh.

2. SK BUKIT SENTOSA / SRA BUKIT SENTOSA FASA 1

Selepas je tamat pendidikan Sis di tadika. Sis sambung pula pendidikan ke Sekolah Rendah. Kali ni memang takde pindah-pindah dah. Huhu sebab sis memang dah bersekolah kat situ sejak tahun 2006 sehingga 2011.  Selain menuntut pengajian di sekolah kebangsaan, sis turut bersekolah di Sekolah Rendah Agama.


 Sis juga sangat aktif masa sekolah rendah dulu. Sis join kumpulan nasyid. Pernah juga join aktiviti-aktiviti kokurikulum yang lain. Contoh macam Choral Speaking, Choir dan boria.

   

Alhamdulillah Sis berjaya menamatkan pendidikan rendah dengan mendapat 3A 2B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah dan mendapat Jayyid Jiddan dalam Peperiksaan Sekolah Rendah Agama.

3. SMK BUKIT SENTOSA 2

Disebabkan result UPSR dan PSRA Sis biasa-biasa je. Hihi , Sis pun mendaftarkan diri ke Sekolah Menengah harian biasa yang jaraknya tak jauh pun dari rumah Sis.



Tadaa ! Inilah SMK BUKIT SENTOSA 2! Berilmu.Berdisiplin.Beriman ! Huhu begitulah moto bagi sekolah sis dulu. Kih Kih sis ingat sebab ada part nama "Iman" kat belakang tu je. Hehe..

Sis bersekolah di SMKBS2 sejak tahun 2012 sehingga 2016. Sis memang tak berpindah kemana-mana. Walaupun masa PT3 result sis agak baik dan boleh melayakkan sis pergi ke sekolah berasrama penuh. Namun, Sis tak berpindah ke sana. Setia lah katakan ~ Aiceyhh! puihhh! XP Haha. Sebenarnya mak Sis yang tak bagi sis pindah. Huhu adalah kot sebabnya. Tapi takpelah perkara dah lepas. Huhu.

  





Mungkin memang betul berhikmah kenapa mak Sis tak bagi sis pindah ke sekolah berasrama. Alhamdulillah sepanjang sis bersekolah di SMKBS2 sis berjaya mendapat pencapaian terbaik dalam setiap aktiviti yang sis ceburi. Contohnya pertandingan pidato, bahas, syair, pantun,choral speaking dan pelbagai lagi aktiviti kokurikulum. Sis juga turut aktif dalam berpengakapan tapi itu sis akan ceritakan di ruangan hobi! stay tuned! XD

4. KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN



Haa dan yang terakhir ..
Eh? taknak la ini yang terakhir sebab sis nak sambung belajar lagi nanti. Huhu .
Haa yang terkini .. baru betul . Huhu. Sekarang sis menuntut di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan sebagai pelajar Program Satu Tahun (PST) Sesi 2017/2018 dalam Modul II.

Apa tu modul II?

Modul II adalah salah satu kos daripada kos Sains dengan merangkumi 4 subjek iaitu Kimia, Matematik, Fizik dan Sains Komputer. Jadi sememangnya kami budak-budak modul II perlu skor dalam subjek Fizik dan Sains Komputer sebab itulah subjek major kami. Eh tapi 2 subjek lagi tu kena skor jugak la. Cuma Fizik dan Sains Komputer kena lagi skor la sebab apa lah makna ambik kos modul II which is Fizik adalah subjek pilihan, tapi tak skor. Betul tak? Huhu, so memang kena struggle lah.





Sekejap je masa berlalu, huhu rasanya baru mendaftar semalam. Aiceyh tu menipu. XP Lagi beberapa hari nak PSPM. Semoga semua berjaya dengan Cemerlang! Aamiin !