Program Master Sains
(Pengajaran Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pertama)

Tajuk Kajian:

KEUPAYAAN GURU-GURU MENGGUNAKAN INTERNET 
UNTUK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 
BAHASA MELAYU
 
Oleh:
Mohd. Zaki b. Awang Mat
(NO. MATRIK: 45360)

Penyelia Projek:
Prof. Madya Dr. Kamariah bt. Hj. Abu Bakar
Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan
Universiti Putra Malaysia

Salam sejahtera.

  1. Terima kasih kerana anda sudi melawat laman web ini serta bersedia menjadi responden kajian. Saya amat mengharapkan kerjasama anda untuk bersabar mengisi dan melengkapkan borang Soal Selidik ini dengan butiran yang betul dan tepat secara jujur serta ikhlas.

  2. Soal Selidik ini hanya mengambil masa kurang daripada 5 minit untuk dilengkapkan.

  3. Anda diminta mengisinya SEKALI sahaja. 

  4. Semua maklumat yang diberi termasuk maklumat peribadi seperti nama dan emel amat diperlukan tetapi ia akan dirahsiakan dan tidak akan digunakan untuk tujuan lain melainkan kajian ini sahaja.

  5. Objektif utama kajian ini ialah untuk:

    1. Mendapatkan profil guru-guru Bahasa Melayu yang menggunakan internet untuk pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.

    2. Mengetahui sejauh manakah keupayaan guru-guru menggunakan internet dalam P & P BM.

    3. Mencadangkan tahap standard keupayaan menggunakan internet yang harus ada pada guru-guru Bahasa Melayu

  6. Soalan-soalan soal selidik telah disediakan dalam beberapa format mudah yang memerlukan anda klik pada pilihan yang diberi atau memberi jawapan ringkas.

Sekian, terima kasih.


Sila klik di bawah untuk menjawab. 

(Sekiranya ruang jawapan tidak kelihatan, 
sila 'reload' atau 'refresh')

  BORANG SOAL SELIDIK

1
Hosted by www.Geocities.ws