SEMINAR INI
SEMINAR PENGURUSAN PEMBANGUNAN ISLAM
21 SEPTEMBER 2000





Sejak kebelakangan ini usaha melaksanakan pembangunan berteraskan Islam kian banyak. Dari negara-negara seperti Malaysia, Pakistan, Iran dan Sudan hinggalah kepada negeri-negeri seperti Kelantan dan Terengganu, semuanya cuba melaksanakannya. Namun begitu, mereka menghadapi paling tidak dua masalah besar. Pertama, pelaksanaan pembangunan berteraskan Islam terpaksa dilakukan tanpa dapat melepaskan diri sebebasnya dari sistem pembangunan bukan-Islam yang dominan. Dan kedua, walaupun pembangunan yang dilaksanakan itu dikatakan berteraskan Islam, para pengurusnya jarang-jarang menggunakan perkaedahan pengurusan Islam dalam menguruskan pembangunan berkenaan. Masalah pertama berkait rapat dengan suasana global manakala masalah kedua berkait rapat dengan masalah kepakaran umat Islam sendiri.

Seminar Pengurusan Pembangunan Islam ini secara khususnya bertujuan menumpukan kepada permasalahan kedua di atas. Secara teoretikal, ia cuba mencari kaedah pengurusan lima aspek pembangunan terpilih, yakni pengurusan sumber manusia, pengurusan kemiskinan, pengurusan sumber asli, pengurusan pembiayaan awam dan pengurusan perniagaan dan perindustrian. Semua ini akan dilakukan dari perspektif Islam.

Adalah diharapkan agar dari Seminar ini akan tumbuhlah minat di kalangan para peserta dan pihak-pihak bersangkutan untuk mendalami sistem pengurusan Islam dalam bidang dan aspek masing-masing, sama ada melalui penyelidikan, pertemuan-pertemuan akademik, pembentukan program-program pengajian berijazah, penerbitan, dan seumpamanya. Dengan ini InsyaAllah diharap akan mula lahirlah para pengurus pembangunan berteraskan Islam yang berpaksikan kepada perkaedahan pengurusan Islam.
 
 

1

Hosted by www.Geocities.ws

1