![]()
Mesej dari
Ketua Projek
Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP),
Pusat Pengajian
Sains Kemasyarakatan,
Universiti
Sains Malaysia;
merangkap
Pengerusi
Jawatankuasa Penganjur,
Seminar
Pengurusan Pembangunan Islam.
Setinggi-tinggi syukur kepada Allah SWT kerana dengan izin dan restunya telah terbuka hasrat Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang menganjurkan Seminar Pengurusan Pembangunan Islam ini bersama dengan Projek Pengurusan Pembangunan Islam (IDMP). Kesudian bekerjasama ini sesungguhnya merupakan satu penghormatan dan pengiktirafan kepada IDMP, di samping membuka jalan yang lebih luas kepada IDMP meneruskan aktivitinya demi Islam dan ummahnya.
Kerjasama dengan badan-badan luar sebegini, sama ada di peringkat antarabangsa atau kebangsaan, sememangnya telah menjadi amalan IDMP sejak ia ditubuhkan lagi. IDMP telah menganjurkan tiga Persidangan Antarabangsa dan beberapa pertemuan akademik dengan kerjasama badan-badan seperti Bank Pembangunan Islam (Jeddah), Yayasan Jepun, Yayasan Nurul Yaqeen, Utusan Publications and Distributors, Kumpulan Utusan, Persatuan Pegawai-Pegawai Tadbir Negeri Kelantan dan sebagainya. Kesemua ini bertujuan memikir dan menyelesaikan permasalahan pembangunan ummah dari perspektif yang bersepadu, di samping memperkenalkan satu bidang baru yang IDMP namakan pengurusan pembangunan Islam.
Bagi IDMP, pembangunan berteraskan Islam tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan jayanya kecuali pengurusannya juga adalah berteraskan Islam. Untuk ini, IDMP berhasrat melahirkan seramai mungkin pengurus pembangunan berteraskan Islam melalui pelbagai program yang dirancang dan dijalankan IDMP.
Dengan penuh rendah diri, saya berdoa kepada Allah SWT muga-muga
diberikan-Nya bantuan dan kejayaan di dalam penganjuran Seminar Pengurusan
Pembangunan Islam ini khususnya dan usaha-usaha IDMP dan Pejabat Mufti
Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam mendaulatkan Islam dan ummahnya amnya.
Prof Madya Dr Muhammad Syukri Salleh