| PENGURUSAN SUMBER KEKAYAAN,
Tuan Haji Ismail Saad, Pengurus Besar Pusat Urus Zakat, Majlis
Agama Islam Negeri Pulau Pinang, No. 65, Jalan Selat, Taman Selat, 12000
Butterworth. Tel: 04-3313686
PENGENALAN Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang di panjatkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk turut membicarakan satu tajuk yang penting di dalam Seminar Pengurusan Pembangunan Islam. Pengurusan Sumber-Sumber Kekayaan adalah merupakan satu tajuk yang popular di bidang pengurusan dan di bidang motivasi kerana ia menjadi satu matlamat kehidupan pada makhluk yang bernama manusia. Berbagai pendekatan telah dilihat dan dikemukakan. Walau bagaimanapun
atas kesempatan yang diberi kepada saya, saya akan fokuskan kertas ini
kepada sumber kekayaan dan amalan dari perspektif Islam dan melihat pengurusan
sumber zakat secara sepintas lalu melalui pengalaman pengurusan zakat di
Pusat Urus Zakat, Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan mengemukakan
isu dan pandangan untuk membuka minda generasi Islam untuk melihat
ISLAM YANG SYUMUL Islam dimulakan dengan perkara-perkara dasar iaitu Nabi Muhammad saw telah menyeru dan meminta dan menuntut supaya beriman kepada Allah SWT semata-mata. Islam bermula dengan aqidah dan tidak bermula dengan kewajipan. Maka aqidah yang menjadi asas di dalam melaksanakan kewajipan ia juga bermula dengan bathin, hati dan fikiran manusia sebelum benda-benda lain. Dengan aqidah yang bertempat di hati ini mula berlaku perubahan dan pembangunan yang hakiki iaitu pembangunan insan di tengah-tengah alam kebendaan. Sebenarnya inilah dasar atau pokoknya yang membolehkan tindakan positif, mulia dan kesanggupan untuk berkorban segala-galanya termasuk nyawa kerana Allah semata-mata. Kerana iman yang tinggi dan telah faham benar akan erti beriman kepada Allah itu. Inilah juga sebenarnya jalan yang dibentuk oleh Nabi saw iaitu ia memperkenalkan perkara dasar ini dan ianya menguasai hati dan fikiran mereka maka kesannya lahirlah tokoh-tokoh umat yang berorientasikan iman dan maqam golongan ini ialah hanya Allah dan Rasul sahaja. Maka tidak hairanlah jika kita lihat pengorbanan yang dilakukan oleh sahabat agung seperti Saidina Abu Bakar, Umar, Othman, Ali, Umar Abd Aziz adalah merupakan pengorbanan yang luarbiasa, kerana seluruh tindakan mereka berpaksikan iman. Mereka taat dan patuh akan perintah Allah dan Rasul dengan sepenuh hati di dalam seluruh kehidupan mereka tanpa ada batas masa dan tempat dan kemudian mereka pula menjadi penghuni syurga atas redha Allah SWT. Maka di dalam membicarakan pengurusan sumber-sumber kekayaan ini eloklah
kita lihat tugas dan tanggungjawab manusia yang hakiki. "TidakKu
jadikan jin dan manusia semata-mata melainkan untuk beribadat kepadaKu".
Maka segala kerja atau tanggungjawab yang dibuat atas niat kerana Allah
SWT semata-mata. Maka kita akan melihat tugas utama manusia di dalam
mengurus sumber kekayaan ini.
TUGAS UTAMA Bukan urus kekayaan
Apa terjadi kepada pekebun yang kufur ini kerana ia tidak bersyukur
atas nikmat yang dikurniakan dan tidak percaya kepada hari akhirat.
Kekayaan harta benda dan anak pinak adalah baik tetapi ia cuma perhiasan
dan kesenangan
Di sini jelas panduan Al Quran kepada orang yang beriman bagaimana hendak diguna harta dan jangan melakukan dengan jalan yang salah seperti tipu dan judi dan lain-lain yang dilarang oleh Allah SWT dan disebut pula jalan perniagaan yang lakukan secara suka sama suka iaitu secara jujur dan ikhlas. Di dalam mengurus hasil negara ini, matlamat utamanya ialah supaya negara itu menjadi maju, kuat, aman dan makmur, melalui kestabilan ekonomi negara tersebut. Dengan sebab itu, asas lain yang penting di dalam mengurus sumber kekayaan ini adalah ilmu. Maka di dalam Islam terdapat begitu banyak kitab Fiqah dalam semua mazhab mengemukakan panduan dan amalan kepada para perniagaan organisasi kebajikan, dan sememangnya dilaksanakan sepenuhnya oleh pemerintah Islam sejak zaman Baginda Rasulullah saw sehinggalah kejatuhan negara-negara Islam di tangan penjajah Barat. Masaalah yang terkini yang dihadapi oleh umat Islam dalam konteks pengurusan
sumber kekayaan ini adalah masaalah kita tidak melaksanakan dasar ekonomi
Islam sepenuhnya. Maka dengan gagalnya untuk menjana kekuatan
ummah melalui kemajuan ekonomi. Sememangnya wujud satu kesan yang
amat buruk kepada kemajuan umat Islam jika kita meninggalkan ekonomi perdagangan
Islam. Ianya tidak sahaja menguntungkan orang bukan Islam malahan
ekonomi umat Islam sendiri akan lumpuh dan tidak mampu untuk bersaing dengan
ekonomi yang mempunyai unsur-unsur
Maka tidak dapat perdagangan Islam akan berdepan dengan perkara larangan
ini. Ini memberi kesan yang amat mendalam bagi orang yang beriman
yang ingin menjauhi perkara larangan. Jika mereka mengelak daripada
perdagangan yang menjadi sumber kekayaan mereka akan rugi dan dalam masa
yang sama mereka terpaksa berdepan dengan perintah suruhan berniaga dan
berdagang. Kesannya akan wujud satu situasi di mana perdagangan yang
menjadi sumber penting ekonomi sudah tidak memainkan peranan yang sewajarnya
bagi orang-orang Islam. Perkara
Maka sudah sampai masanya para ulama dan cendikiawan kini mengambil
inisiatif bagi memberi tumpuan kepada bidang-bidang utama yang menjana
sumber kekayaan umat Islam dan tidak sahaja menumpu kepada bidang makan
Dalam hal untuk melaksanakan urusniaga atau muamalat ini, Islam telah
menggariskan dasar-dasarnya dengan menyediakan peraturan tertentu yang
berlandaskan panduan yang nas Al Quran dan Hadith Rasulullah saw supaya
dapat menjadi panduan kepada golongan yang berkecimpung dan ingin mencebur
diri di dalam bidang tersebut. Dan wujud urusniaga seperti :
Maka di dalam konteks ini, sumber hasil pendapatan negeri itu meliputi
perkara berikut :
Maka di dalam konteks menguruskan kekayaan ini muamalat Islam juga memberi
panduan mengenai jualbeli yang ditegah. Di sini jelas bahawa keadilan
Islam ini, menyeluruh dan merata kerana ia memberi perlindungan dan cahaya
kepada umatnya untuk melakukan perkara kebaikan dan melakukan perkara yang
direstui oleh Islam. Yang jelas
Ini kerana pertahanan pemilik perniagaan sebagai hamba Allah dan ia tidak terlepas dari catitan malaikat Allah dan akan disoal kemudiannya di hari akhirat. Maka di dalam kes ini, kita harus faham bagaimana halusnya Islam ini dan ia amat terperinci. Dalam kes jualbeli perkara yang utama ialah sah atau tidak sesuatu Akad jual beli itu. Maka akad yang sah sahaja yang diterima kerana ia pula melibatkan pemindahan hak milik. Di sinilah letaknya kemurnian Islam. Maka faktor utama di dalam menguruskan sumber kekayaan dari segi Islam ini harus dilihat dan awal-awal lagi bermulanya berlaku sesuatu transaksi itu. Ianya dilakukan melalui Akad jual beli yang sempurna rukun dan syaratnya sahaja yang diterima. Jika dilaksanakan dengan tidak sempurna dan tidak direstui oleh syarak,
wujudnya jual beli yang tidak sihat. Maka
Jual beli yang haram dan tidak sah
Berhubung dengan rezeki, ia juga merupakan salah satu dari sumber kekayaan. Allah menegaskan bahawa Ia melebihkan rezeki sebahagian manusia dari yang lainnya. Tetapi sesetengah orang yang diberikan rezeki berlebihan itu tidak pula hendak mengagihkan rezeki itu kepada yang sepatutnya. Manakala sesetengah mereka yang dikurniakan rezeki pula memarahi orang yang diberikan rezeki lebih, pada hal pada hakikatnya mereka sebenarnya sama. Apakah mereka hendak menyangkal nikmat Allah? Allah juga memberi panduan bahawa pemilikan peribadi terhadap harta
tidak menghalangi keharusan memanfaatkannya untuk kepentingan umum iaitu
tidak merintangi hak orang memerlukannya yang kerana satu dan lain sebab
tidak memilikinya hak mana harus diberikan, suka ataupun tidak firmanNya
:
Maka sebagai panduan untuk menguruskan kekayaan ini jelas bahawa harta
merupakan bagian yang manfaatnya berserikat antara pemiliknya dengan
orang yang memerlukannya. FirmanNya :
Maka bagi yang tidak memiliki harta ia diberi hak untuk memanfaatkan harta orang yang berpunya dan di larang dari berlaku boros iaitu jangan berlebihan harta bagi orang-orang yang memerlukannya di sinilah letaknya hikmah sosial. Islam juga sebenarnya melarang eksploitasi dan pemerasan kaum kapitalis dan sikap tidak bertanggungjawab di dalam pemilikan bersama atau milik negara. Maka di dalam memiliki harta ini, wujudlah perintah ibadahnya iaitu wujud konsep penghambaan diri kepad Allah dengan jalan berzakat dengan kadar 1/40 atau 2.5 % atas harta yang boleh alih, hasil pertanian – pertanian, perdagangan, perindustrian, harta simpanan wang, emas/perak, ternakan dan bahan galian dan yang lain-lain yang cukup syaratnya. Maka orang Islam yang beriman diperuntukkan dengan kewajipan berzakat
kerana melaksanakannya merupakan suatu keperluan penting bagi berdiri dan
bersatu padunya umat Islam. Sementara pihak yang menerima zakat pula
ditentukan oleh Allah melalui
Maka di sini kita lihat, terdapatnya tuntutan berbuat kebajikan yang
merupakan prinsip umum terhadap harta akan juga lahir dari sifat kasih
sayang dan peri kemanusiaan sesama manusia dan ada sifat ihsan
Maka wujud usaha yang dilakukan di dalam menguruskan sumber kekayaan
ini mesti adil dalam ertikata menunaikan hak-hak yang terdapat di dalam
harta kekayaan itu. Dalam ertikata yang lain jika tidak dilaksanakan
ini kita berlaku zalim, dan menyekat hak milik kepada orang yagn sepatutnya
menerimanya. Maka hasil dari melakukan kebajikan dan keadilan di
dalam pengurusan harta kekayaan ini wujudlah :
Al Quran tentang sifat orang-orang kafir dan penyangkal atas harta ini ialah mereka yang bersifat bakhil, suka menahan harta, sedangkan orang-orang yang beriman sebagai orang yang mengakui bahawa di dalam harta kekayaannya ada hak orang lain yakni orang tidak berpunya dan terdesak dan memerlukannya kemudian terdapat pula orang bertaqwa yang sifat utamanya mereka mengakui hak orang lain dari golongan yang meminta dan yang tidak berpunya pada harta mereka. Dan tidak jadi kebajikan jika mereka anggap apa yang mereka berikan sebagai sesuatu beban atau keharusan tetapi hendaklah hal itu menyenangkan hati dan menjadi kegembiraannya. Allah kiaskan dengan orang Arab dusun yang menganggap apa yang dinafkahkan sebagai paksaan dan mereka menunggu giliran bencana menimpa mereka dan mereka akan mendapat ganjaran yang buruk. Sebaliknya orang Arab dusun yang beriman kepada Allah dan hari akhirat memandang apa yang dinafkahkan sebagai pendekatan dirinya kepada Allah dan doa Rasul. Mereka benar-benar mendekati diri mereka, maka Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmatNya kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Maka di sini kita lihat kewajipan atas harta ialah zakat sedangkan sunatnya ialah ihsan. Islam menuntut hal yang tidak boleh tidak atau wajib iaitu zakat yakni setelah itu ia menuntut lagi hal-hal tambahan dari yang wajib yang hanya timbul dari kemahuan manusia semata-mata iaitu ihsan, begitu di dalam shalat itu wajib dan yang sunnah dan puasa ibadat haji dan seterusnya berjihad yang wajib dan yang sunnah. Dan penilaian terhadap sunnah ini tidak kurang penghargaannya terhadap yang wajib, bahkan kewajipannya lebih berlipat ganda daripada terhadap ganjaran wajib. Siapa yang bersedia memberikan pinjaman kepada Allah berupa pinjaman yang baik nanti akan diberinya ganjaran secara berlipat ganda. Dan Allah membatasi dan melapangkan rezeki dan kepadanya manusia nanti akan kembali. Barangsiapa membawa kebaikan iaitu kelebihan dari barang wajib dan fardhu
dalam ibadah atau muamalah atau di dalam perilaku atau tindakan maka ia
akan beroleh sepuluh kali lipat, sedangkan barangsiapa yang membawa
Maka selepas dari bayaran zakat yang wajib itu masih ada lagi ihsan kerana ini merupakan lebihan kepada manfaat umum. Menyentuh tentang zakat sebagai alat penghubung di antara golongan yang berada/kaya dengan asnaf yang lapan yang memerlukannya. Maka di dalam konteks ini ketika pengurusan sumber kekayaan ini boleh
dilihat di dalam 2 peringkat iaitu :
Sementara peringkat kedua ialah pengurusan untuk pengagihan wang zakat kepada asnaf yang layak sebagaimana yang diperintahkan oleh syarak. Wang zakat adalah tabung khas untuk kumpulan 8 asnaf yang telah ditetapkan
matlamat asal adalah untuk membantu fakir dan miskin untuk supaya keluar
dari zon kemiskinan mereka. Dapat membangun mereka dan dapat membantu
mereka dari segi :
Sejak PUZ ditubuhkan dari 1994 dan bermula operasi Januari 1995 sehingga
sekarang hampir RM 50 juta wang zakat telah berjaya dipungut dan wang zakat
telah digunakan untuk pelbagai perancangan dengan memberi keutamaan
Usaha yang dibuat sekarang untuk memantapkan pengurusan yang bertindak
sebagai amil pengurusan zakat dengan memastikan bahawa kutipan dapat ditingkatkan
dan agihan dapat dibuat dengan secekap yang mungkin. Pengalaman
Setakat ini PUZ bertindak sebagai orang tengah di antara yang kaya kepada
orang yang memerlukannya dan tanpa mengenakan sebarang bentuk pinjaman
atau hutang kerana ia merupakan hak kumpulan yang memerlukannya.
Sebenarnya inilah ruh pengurusan Islam yang sebenarnya melalui perintah
atau pun satu fardhu maka sistem seperti ini dapat dilaksanakan dengan
cekap dan amanah dan tertunailah satu tanggungjawab yang besar untuk mencari
ISU Cabaran yang paling besar ialah bagaimana kisahnya orang Islam yang menjalankan urusan yang mengamalkan sistem kapitalis sedangkan dia beragama Islam. Penglibatannya dengan bank-bank, konvensional dengan amal ribanya, tidak menunaikan kewajipan berzakat dan macam lagi yang terlarang. Maka adalah menjadi tanggungjawab semua orang Islam dari berbagai peringkat untuk membetulkan keadaan dan menyediakan sistem melalui dakwah bil hal bagi menyelamatkan umat Islam dari terjebak di dalam perkara yang menjadi larangan Allah SWT. Ia menjadi satu kewajipan bagi kita semua, ia bukan hanya satu kajian atau satu teori, malahan fardhu kifayah dan fardhu ain untuk kita mengembalikan kekuatan ekonomi melalui sumber kekayaan penduduk Islam dan dimanfaatkan untuk rumah juga. Perancangan dan tindakan yang baik, di samping pula penyandang
dan penjawat dan pelaksana yang berakhlak mulia dan sayangkan Islam InsyaAllah
kita akan kembali cemerlang. Maka sudah tiba masanya kita bersatu
tenaga sepakat untuk menentang kemaraan sistem kapitalis ini dan yang sedihnya
di kalangan orang Melayu yang beragama Islam jua sudah menjadi kapitalis
dengan fahaman sekularisme telah menyebar masuk dan mempengaruhi
pemikiran pembuat-pembuat dasar. Maka seharusnya dicari jalan yang
satu untuk menuju kebahagiaan dunia dan akhirat dan bukan jalan yang terpisah.
Melalui jalan inilah kita akan sampai di akhirat di atas yang sama di dunia
ini dengan alafnya melalui kekayaan umat Islam yang kita miliki.
PENUTUP Di atas kesempatan yang diberi, dan diucapkan terima kasih di atas perkongsian semangat untuk membangunkan ekonomi umat Islam dan dapat diketengahkan peranan Institusi zakat yang menjadi rukun Islam yang keempat ini. Malahan ia merupakan penyambung utama kepada kesejahteraan ummah. Akhirnya dipohonkan perlindungan dan dikurniakan kehebatan intelek yang
tidak bisa padam selagi kita berpegang kepada kalimahNya dan Al Qur’an
yang maha agung itu sebagai tanda sayang dan taat kepada perintah Allah
dan Rasul. Sumbangan penulisan dan penyusunan kertas kerja ini tidak
lari dari kesalahan dan kesilapan hanya kepada Allah saya pohonkan keampunan.
RUJUKAN UTAMA Al Quranul Karim |