PENGENALAN DIRI
PENDIDIKKAN
KERJAYA

HOBI

                                                                                 
Kerjaya Impian saya ialah ..
                            
                                                                                                         

Seseorang manusia yang lemah dan tidak berdaya untuk mempertahankan dirinya memerlukan seorang pembela atau wakil bagi menegakkan keadilan di pihaknya. Seseorang peguam mempunyai obligasi untuk membantu seseorang yang memerlukan bantuan ini dan akan memberikan khidmat guaman kepada pelanggannya untuk memenuhi harapan dan permintaannya mereka. Anak guam biasanya mengharapkan perkhidmatan sepenuhnya daripada peguam agar dia boleh memenangani kes atau jika disabitkan kesalahan, hukuman diringankan melalui proses rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi. Peguam juga berperanan membantu hakim untuk menyelesaikan sesuatu kes berlandaskan kepada prinsip keadilan.

Maka itu, sewajarnya seseorang peguam itu mempunyai kelayakan yang membolehkannya dilantik menjadi seorang peguam untuk mewakili anak guamnya di dalam mahkamah. Seseorang peguam ditugaskan untuk membela anak guamnya di mana-mana mahkamah dalam kes yang mana mahkamah tersebut mempunyai bidang kuasa terhadap kes yang akan dibicarakan. Peguam Syarie akan beramal di Mahkamah Syariah manakala peguam sivil pula akan Mahkamah Syariah memandangkan pentadbiran Mahkamah Syariah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri di Malaysia.



Untuk melayakkan diri dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to bar), calon tersebut mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya tujuh tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara praktikal yang tidak diajar di universiti. Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan Bahasa Melayu peringkat SPM. Bahasa Malaysia Qualifying Examination di bawah seksyen 5(f) dan 11(2). Peperiksaan ini mengandungi satu ujian lisan untuk menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia sebelum dibenarkan menyertai kerjaya ini.