Biografi Ringkas
Allahyarham Y.M. Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah
(1903-1990)

 

TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA : BAPA KEMERDEKAAN MALAYSIA

PENGENALAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (1903-1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama dari tahun 1957 sehingga 1970. Beliau juga turut dikenali dengan panggilan “Tunku” serta digelar dengan gelaran sebagai ”Bapa Kemerdekaan” dan ”Bapa Malaysia”.

KEHIDUPAN PERIBADI

Tunku Abdul Rahman dilahirkan pada 8 Februari 1903 di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin. Tunku Merupakan anak lelaki yang ke tujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menjalara, adalah seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, iaitu anak perempuan Lung Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand.

KRONOLOGI PERKHIDMATAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ

1931 Berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam Kedah
1938 Pegawai daerah Sungai Petani dan kemudiannya di Kulim Kedah
1940 Timbalan Pengarah Pertahanan Awam di Kedah Selatan
1949 Pengerusi UMNO Kedah
1951 Dilantik sebagai Presiden UMNO
1954 Presiden Parti Perikatan
1955 Ahli Majlis Perundangan Persekutuan
1955 Ketua Menteri Tanah Melayu dan memegang portfolio Menteri Dalam Negeri
1955 Mengetuai delegasi kemerdekaan ke London
1956 Memegang portfolio tambahan sebagai Menteri Pertahanan dan Keselamatan Dalam Negeri
1957 Ketua Menteri Tanah Melayu dan juga Menteri Hubungan Luar
1959 Ahli Parlimen Kuala Kedah, Kedah
1959 Ketua Menteri Tanah Melayu (selepas pilihanraya)
1963 Perdana Menteri Malaysia
1964 Selain dari tugas sebagai Perdana Menteri Malaysia, Tunku juga merupakan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan .