HUBUNGAN PERIMETER DAN DIAMETER BULATAN
Tajuk : Bulatan
Sub Tajuk : Nilai Pi, Hubungan Perimeter dan Diameter Bulatan
Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar mempunyai pengetahuan asas tentang bulatan iaitu mengetahui tentang pusat bulatan, jejari, diameter dan perimeter bulatan serta tahu melukis dan mencari nilai diameter dan perimeter bulatan melalui GSP.
Aras Kemahiran Menggunakan GSP : Sederhana.
Masa : 80 minit
Jenis Tugasan : Penyiasatan matematik mencari nilai Pi dan hubungkait di antara pi, jejari, diameter dan perimeter bulatan.
Jenis Pendekatan P&P : Pembelajaran Koperatif dan Penerokaan
Alat dan Teknologi
: 1. Perisisn GSP
2. OHP dan kertas Transparensi
3. Lembaran kerja pelajar
Objektif :
Pelajar dapat mencari
i. nilai pi
ii. perhubungan diameter dan jejari bulatan
iii. perhubungan perimeter dengan diameter dan jejari
bulatan.
Panduan Guru
1. Pelajar dibahagi kepada 6 kumpulan yang terdiri daripada 4 atau 5 ahli.
2. Guru memulakan P&P dengan set induksi
iaitu melukis bulatan besar dilantai menggunakan paku, tali yang hujungnya
diikat dengan kapur. Secara lisan mereka diberi soalan-soalan untuk mengimbas
kembali pelajaran lepas tentang pusat bulatan, jejari, diameter dan perimeter
bulatan.
Soalan-soalan :
i. Di mana letaknya pusat bulatan?
ii. Tunjukkan jejari dan diameter
iii. Kirakan perimeter bulatan menggunakan pita ukur.
3. Setiap kumpulan diedarkan lembaran kerja iaitu jadual 1, 2 , 3 dan soalan-soalan pengukuhan yang perlu dilengkapkan.(dilampirkan)
4. Mencadangkan pelajar berbincang sesama kumpulan untuk menghasilkan sepuluh bentuk bulatan yang pelbagai saiz, mencari nilai jejari , nilai diameter dan nilai perimeter bagi setiap bulatan menggunakan GSP.
5. Pelajar diminta menggunakan 'tool calculate' untuk mendapatkan nisbah nilai diameter kepada nilai jejari bulatan dan 'tool tabulate' untuk mendapatkan lain-lain jawapan bagi bulatan yang berlainan saiz dan melengkapkan jadual 1.
6. Pelajar diminta membuat konjektur dan hubungkait antara nilai jejari dan diameter.
7. Dengan cara yang sama seperti (5) pelajar diminta mendapatkan nisbah nilai perimeter bulatan kepada nilai diameter.
8. Membuat rondaan ke setiap kumpulan dan memberi bimbingan kepada kumpulan yang memerlukan bantuan.
9. Pelajar diminta membuat pemerhatian dan menyiasat nombor-nombor yang dihasilkan daripada pembahagian perimeter bulatan kepada diameternya.
10. Mengumpul semua maklumat yang didapati daripada setiap kumpulan dalam satu transparensi supaya semua pelajar dapat melihat nombor yang dihasilkan dari pembahagian perimeter bulatan kepada diameternya. Pelajar diminta pandangan mereka tentang nombor tersebut. Seterusnya guru memberi penegasan tentang nilai Pi yang diketahui iaitu bersamaan 3.1415926535897932384626433832795. Nilai Pi yang digunakan di bilik darjah ialah 3.14 atau 22/7 iaitu kira hampir kepada nilai Pi sebenar.
11. Dari hasil-hasil nilai jejari, diameter , Pi, perimeter yang dapati, pelajar diminta membuat konjektur hubungan di antara perimeter, Pi dan diameter serta jejari.
12. Dengan Pembelajaran Koperatif secara 'round table' (iaitu kaedah mencari jawapan secara bergilir-gilir dalam kumpulan) pelajar diminta melengkapkan jadual 3.
13. Seterusnya guru memberikan beberapa soalan-soalan pengukuhan kepada pelajar.
LEMBARAN KERJA PELAJAR
Nama Kumpulan :
Arahan.
1. Menggunakan GSP, lukiskan 10 buah bulatan pelbagai saiz
2. Menggunakan 'measure' , cari nilai jejari, dan diameter bulatan bagi setiap bulatan tersebut dan lengkapkan dalam jadual 1.
3. Bincang sesama ahli kumpulan dan perhatikan perhubungan antara jejari dan diameter bulatan. Cari nilai diameter / nilai jejari bulatan menggunakan GSP dengan 'tool calculate' dan 'tool tabulate' untuk mendapat banyak nilai bandingan. Buat konjektur dan menjawab soalan berkaitan.
4. Dengan cara yang sama seperti (2 dan 3) cari nilai perimeter / diameter bulatan bagi setiap bulatan tersebut dan lengkapkan dalam jadual 2.
4. Bincang sesama ahli kumpulan dan buat konjektur
:
i. nilai-nilai perimeter/diameter
ii. perhubungan antara nilai (i), perimeter , diameter dan jejari.
5. Dengan Pembelajaran Koperatif secara 'round table' , cari jawapan dan lengkapkan jadual 3.
6. Seterusnya jawab soalan-soalan pengukuhan.
JADUAL 1
Lengkapkan jadual dibawah hasil aktiviti yang telah kamu
jalankan.
|
|
|
|
|
1. Apakah yang kamu perhatikan di antara diameter dan jejari?
2. Buat kesimpulan : diameter = ______ jejari
Lengkapkan jadual dibawah dengan nilai-nilai daripada
GSP dan jawab soalan yang berkaitan:
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
1. Apakah yang kamu perhatikan, hubungan di antara perimeter dan diameter bulatan ?
_____________________________________________________________________________________________
2. Buat konjektur nilai-nilai perimeter/diameter.
______________________________________________________________.
JADUAL 3.
Lengkapkan jadual berikut:
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
Soalan-soalan pengukuhan:
Jawab soalan-soalan pengukuhan berikut dan tunjukkan jalan pengiraan.
1. Perimeter sebuah pinggan ialah berukuran
200 cm .
Cari panjang i. diameter, ii. jejari
pinggan tersebut.
2. Ahmad menggolekkan sebuah tin kosong berbentuk selinder yang perimeternya berukuran 5 cm. Berapa jauhkah tin itu bergolek jika ia berputar sebanyak 10 kali?
3. Cikgu Rahman berbasikal sejauh 220 m. Roda basikalnya telah berputar sebanyak 100 kali. Kirakan panjang jejari roda basikal Cikgu Rahman.