A. PENGENALAN
Suasana
yang ingin ditimbulkan semasa pelajar melaksanakan tugasan matematik ini
menjurus kepada teknik rhetorik bertemakan ‘cerita penyiasatan.’
Sesebuah cerita lazimnya akan dimulakan dengan adegan atau plot pengenalan
yang berkeupayaan untuk menarik minat pembaca atau penonton. Slot
sedemikian rupa, lazimnya dikenali sebagai ‘Set Induksi’ dalam pedagogi
pendidikan.
Sehubungan
dengan itu, adalah disarankan agar proses pengajaran – pembelajaran bagi
tugasan ini dimulakan dengan set induksi yang bukan bertujuan untuk menarik
minat semata-mata tetapi lebih kepada mengalih perhatian pelajar kepada
kita dan babak pertama proses pengajaran – pembelajaran yang bakal dilaksanakan.
Justeru, bahan yang disampaikan semasa set induksi ini bukanlah fokus utama
kita dalam erti kata proses p – p yang sebenar. Sehubungan dengan
itu, adalah disarankan set induksi ini tidak mengambil masa yang terlalu
lama.
Selari
dengan teknik rhetorik, adalah disarankan agar set induksinya diolah dalam
bentuk cerita. Untuk memudahkan anda mereka cerita tersebut, anda
haruslah terlebih dahulu mengetahui dan memahami setiap plot yang digunakan.
Plot tersebut adalah seperti berikut:
Kisah
sebegini sebenarnya ada berlaku di Malaysia. Kita sering mengaitkan
kaum pendatang haram dengan unsur-unsur jenayah, iaitu kita membuat kesimpulan
tanpa melihat kepada fenomena itu dari skop yang lebih luas. Kenyataannya
adalah bukan semua pendatang haram itu penjenayah, tetapi hanya segelintir
sahaja. Di dunia pendidikan pula, kita sering memberi label kepada
sekolah-sekolah sebagai sekolah budak baik dan sekolah budak jahat.
Adakah ini adil? Di sini, anda sebagai guru akan menerap nilai-nilai
murni dalam pengajaran – pembelajaran matematik.