JAWAPAN

arrows
(Kembali ke Kandungan)

Bahagian 1:  Mengintip Poligon

JADUAL 1

Bil. Sisi
(n)
Sudut 
Bil. Segitiga Nama Poligon Yang Terhasil Rupa Bentuk Jumlah Sudut Pedalaman Sudut Pedalaman
()
Sudut Peluaran
(=180o)
4 90 4 Segi Empat 360 90 90 a
5 72 5 Segi Lima 540 108 72 a
6 60 6 Segi Enam 720 120 60 a
7 51.43 7 Segi Tujuh 900 128.57 51.43 a
8 45 8 Segi Lapan 1080 135 45 a
9 40 9 Segi Sembilan 1260 140 40 a
10 36 10 Segi Sepuluh 1440 144 36 a

 

Bahagian 2:  Gosip Tentang Hubungan Sulit Poligon

Terima konjektur yang dipersetujui oleh kumpulan masing-masing.

Bahagian 3:  Penyiasatan Awal Keesahan Dakwaan Anda

Terima konjektur yang dipersetujui oleh kumpulan masing-masing dengan syarat pengubahsuaian konjektur sudah dibuat ke atas konjektur yang konflik.

Bahagian 4:  Penyiasatan Kedua Keesahan Dakwaan Anda

Terima konjektur yang dipersetujui oleh kumpulan masing-masing dengan syarat pengubahsuaian konjektur sudah dibuat ke atas konjektur yang konflik.

Bahagian 5:  Penyiasatan Terakhir Keesahan Dakwaan Anda

Maksud puak "X" adalah, mereka adalah bulatan.  Mereka disalahtafsirkan sebagai poligon kerana dalam pembinaan poligon, sekiranya bilangan sisi menghampiri infiniti, lama-kelamaan bentuk poligon akan berubah menjadi bulatan.  Dalam erti kata lain, bulatan adalah poligon dengan bilangan sisi menghampiri infiniti.

Bahagian 6:  Kata Putus Para Juri
 

  1. Poligon terbina daripada sekumpulan segitiga kongruen atau sebilangan segitiga dan segiempat.
  2. Sudut pedalaman boleh dikira dengan menggunakan rumus .
  3. Hasil tambah semua sudut peluaran pada suatu poligon adalah 360o.
  4. Sudut pedalaman maksimum adalah 180o iaitu apabila bilangan sisi, n mencapai infiniti.
  5. Jumlah sudut pedalaman pada suatu poligon boleh dikira dengan menggunakan rumus .
  6. Luas poligon adalah hasil tambah luas segitiga atau segitiga dan segiempat yang membentuknya.


Untuk membuktikan rumus  dan ,
(a)  Mengguna segitiga kongruen, untuk segi lima

      Pengetahuan Pra:  Sebuah segitiga mempunyai jumlah sudut pedalaman bersamaan dengan 180o.
                                  Sudut yang dicakupi oleh satu putaran lengkap adalah 360o.

    Daripada rajah tersebut, didapati ada 5 segitiga.  Sebuah segitiga mempunyai jumlah sudut pedalaman bernilai 180o.  Maka 5 segitiga mempunyai jumlah sudut pedalaman 5 x 180o.  Untuk mendapatkan jumlah sudut pedalaman segi lima, kita perlu tolak sudut pada pusat putaran yang bernilai 360o.  Maka,

                                5 x 180o - 360o = 3 x 180o = 540o

Dengan itu, sudut pedalaman bagi satu bucu untuk segilima adalah 540o / 5 = 108o.
 

(b)  Dengan menggunakan segitiga dan segiempat untuk segilapan.

       Pengetahuan Pra:  Sebuah segitiga mempunyai jumlah sudut pedalaman bersamaan dengan 180o
                                   Sebuah segiempat mempunyai jumlah sudut pedalaman bersamaan dengan 360o.
                                   Sudut pada satu garis lurus atau separuh putaran mencakupi 180o.
                                   Sudut yang dicakupi oleh satu putaran bernilai 360o.



    Daripada rajah di atas, terdapat 4 buah segitiga, 3 buah segiempat, dan 4 persilangan ' T ' maka

                        4 buah segitiga ===============> 4 x 180o

                        3 buah segimepat =============> 3 x 360o

                (-)    4 persilangan ' T ' =============> 4 x 180o
            =============================================
                                                                                    3 x 360o = 1080o
            =============================================

    Maka satu sudut pedalaman adalah 1080o / 8 = 135o.
 

Bahagian 7:  Aplikasi Konjektur Anda

Soalan 1:

        Tiada satu jawapan yang tepat kerana ianya bergantung kepada definisi sebuah mata cincin yang berbentuk
        poligon.

Soalan 2:

    1. Benar sekiranya laluan yang diambil ole Pak Achai adalah laluan pintas yang berupa garis lurus menghubungi rumah Pak Haji Jo dengan jalan utama.  Tidak benar sekiranya laluan yang diambil oleh Pak Achai adalah laluan sepanjang lorong poligon.  Maksud Pak Haji Jo apabila dia bercakap tentang jarak rumahnya dari jalan utama adalah laluan pintas.
    2. Jarak sebenar adalah 4.4 m melalui jalan pintas.  (Kalau melalui lorong poligon, jaraknya adalah 26 m.)
    3.  Poligon dengan bilangan sisi yang pelbagai asalkan satu daripada sisinya merupakan sisi yang menghubungkan rumah Pak Haji Jo dengan jalan utama dengan satu garis lurus.


Bahagian 8A:  Refleksi

    Terima semua jawapan.  Jawapan kepada bahagian ini mengukur sejauh mana pelajar telah mempelajari kemahiran dan konsep berkaitan dengan polion.  Ianya juga bertujuan untuk menilai sejauh mana pelajar menggunakan KBKK dalam melaksanakan tugasan serta menilai kesesuaian tugasan ini.

Bahagian 8B:  Mind Teaser
 

    1. Bilangan sisi, n adalah infiniti.
    2. Nilai maksimum bagi sudut pedalaman,  adalah 180o.
    3. Persamaan (1) adalah benar
    4. Sudut di antara 2 sisi bersebelahan poligon akan mencapah dan akhirnya akan menjadi satu garis lurus apabila bilangan sisi poligon bertambah mencapai infiniti.  Sudut pada satu garis lurus atau separuh putaran adalah 180o.  Pembuktian secara mengambil had ditunjukkan di bawah.


Hosted by www.Geocities.ws

1