Home for Elderly

Ongoing Mini Charity Sales

Selamat Sejahtera semua! :)

Pada hari sabtu ini Home of Peace (HOPE) sekali lagi mengadakan "Mini Charity Sales" untuk dana/"fund" rumah ini. pihak kami mengalu-ngalukan kedatangan semua orang, bukan sahaja dari pelusuk Kuching dan Sarawak, malahan kami mengalu-alukan kedatangan dari seluruh pelusuk Malaysia mahupun dunia! :)

Seperti pada hari-hari yang sebelumnya, HOPE mempunyai sudut :

1. Sayuran/Tanaman segar dari ladang, yang mana baru sahaja di petik pada hari jualan. Seperti Cili Padi, Buah Kundur Pandan, Pucuk Ubi dan macam-macam lagi... Datang lah dan Lihat lah sendiri... :)

2. Pakaian terpakai baik pun yang masih baru. Uniknya dan bagusnya, pakaian tersebut semua sudah dicuci dan di seterika khas untuk anda semua! :) yang terbaik semestinya HOPE berikan. Pakaian kanak-kanak, remaja, baikpun pakaian kerja pun ada. Datanglah dan Lihatlah sendiri... :)

3. Religious Articles. Apa yang best, kebanyakan Rosari-rosari yang dibuat adalah hasil tangan Sister di bertugas di sini! :) Malah, sekira nya anda berkenan, anda boleh membuat tempahan juga dari beliau! Rosari kereta? Rosari biasa? Divine Rosari? semua boleh! :) Datang lah dan Lihat lah sendiri... :)

4. Makanan yang dimasak khas! Ya, pada minggu ini HOPE menjanjikan Kari Ayam yang sedap! yang di masak sendiri oleh chef HOPE! Masakan yang harus dirasai! :) Datang lah dan Lihat lah sendiri...

Dan apa yang lebih penting... datang lah dan berkongsilah rezeki dan berkat yang kita ada dengan penghuni2 di HOPE. Di saat dan di kala kita mempunyai rezeki lebih, tidak salah kita berkongsi dengan saudara/i @ datuk/nenek kita yang kurang bernasib baik seperti kita... Datanglah... Kami di Home of Peace mengalu-alukan kedatangan ada...