Balik ke menu......

TUGASAN BERNAS

TAJUK: Petak Ajaib

MASA: 30 minit. (cadangan)

TAHUN: 7 Tahun – 10 Tahun.

KEMAHIRAN: Penambahan dan Penolakan.

PENGETAHUAN SEDIA ADA: Sudah Menguasai Kemahiran Tambah dan Tolak.

PANDUAN GURU

1.Secara berpasangan murid diberikan petak ajaib 3 x 3 yang disediakan oleh guru dalam MS-Excel. Mereka diminta masukkan nilai di dalam petak yang disediakan.

 

-Mereka boleh cuba apa-apa nombor dalam petak biru dan memastikan jawapannya sama dalam semua petak hijau. Untuk makluman guru petak yang berwarna kuning telah disetkan agar murid tidak dapat mengubah nilai yang telah ada di situ. (5 minit)

2.Setelah beberapa kumpulan berjaya menyelesaikannya guru bertanya mereka bagaimana mereka menemui jawapan tersebut. Guru mendengar penerangan murid dan cuba memahaminya, kemudian minta kumpulan lain pula sekiranya cara mereka berbeza. Selepas itu minta mereka membimbing kumpulan-kumpulan lain yang masih belum mendapatkannya. (4 minit)

3.Guru memberikan pula petak ajaib 4 x 4 dan 5 x 5 kepada setiap kumpulan dan minta mereka meneroka untuk mendapatkan jawapan yang sesuai. (15 minit)

Petak 4 x 4

 
34
34
34
34
34
34
jawapan
34
1
14
4
34
1
15
14
4
34
12
34
12
6
7
9
34
8
10
34
8
10
11
5
34
13
3
34
13
3
2
16
34
34
34
34
34
34

Petak 5 x 5

 
jawapan

Petak 5 x 5

 
jawapan

4.Setelah guru bertanya kepada murid bagaimana mereka memperolehi jawapan. Minta mereka ceritakan kepada kelas. Kemudian, minta kumpulan lain pula memberikan penerangan. (4 minit)

5.Sebagai aktiviti di rumah mereka diminta mengunjungi laman web yang disediakan oleh guru untuk aktiviti yang lebih mencabar tentang petak ajaib. Guru mestilah bersedia menyediakan laman web tersebut terlebih dahulu. (2minit)

Sekian, selamat mencuba!!!

Nota: Masa dalam kurungan merupakan masa cadangan sahaja dan ia bergantung kepada keadaan semasa.

Hosted by www.Geocities.ws

1