PENTAKSIRAN PENGETAHUAN SEDIA ADA DAN MISKONSEPSI MURID

Fasilitator : Dr. Michael Liau Tet Loke

Pengenalan

Dalam tajuk ini fasilitator menerangkan tentang pengetahuan sedia ada murid serta miskonsepsi murid dalam Matematik.

Pengetahuan Sedia Ada

Ramai ahli pendidik dan pengkaji menyatakan bahawa murid tidak datang ke sekolah dengan kepala yang kosong tetapi mereka sudah sedia mempunyai pengetahuan daripada pengalaman mereka berinteraksi dengan persekitaran mereka seperti alam di sekeliling mereka, ibu bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan sesiapa sahaja. Oleh itu guru seharusnya dapat mencungkil pengetahuan sedia ada ini daripada murid sebelum memulakan pengajaran. Ini akan dapat membantu dari segi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. Murid akan lebih memahami konsep dan contoh yang diberikan sekiranya guru dapat mengaitkan dengan pengetahuan yang telah sedia ada dalam pemikiran mereka.

Sekiranya pengetahuan sedia ada mereka bercanggah dengan konsep dan apa yang hendak diajar oleh guru maka jika keadaan ini dibiarkan ia akan menjadi satu masalah besar kepada murid. Wujudlah pula miskonsepsi.

Miskonsepsi Murid

Dalam hal ini pula banyak contoh yang ditunjukkan tentang kesalahan konsep yang diterima oleh murid dalam Matematik. Daripada contoh tersebut dapatlah kita fikir dan buat andaian apa sebenarnya yang yang berlaku dalam pemikiran setiap orang murid. Oleh itu kita dapat merangka satu pengajaran untuk mengatasi masalah miskonsepsi tersebut. Dengan demikian diharapkan murid akan dapat memahami konsep Matematik dan dapat menggunakan Matematik dalam kehidupan seharian mereka bila ia diperlukan nanti. Ramai orang mempelajari Matematik tetapi mereka tidak menggunakannya dalam kehidupan mereka, walhal matematik sangat berguna untuk kehidupan seharian. Oleh kerana konsep tidak diperbetulkan maka ia seolah-olah tidak berguna dan pembelajaran Matematik menjadi satu perkara yang amat membosankan dan menyusahkan serta tidak berguna (membuang masa).

Dalam bab ini juga fasilitator ada menyatakan bagaimana untuk menguji pemahaman murid tentang konsep yang diajar. Guru harus menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu. Beliau juga ada mengutarakan 'satu persepsi tentang diagnosis dan pemulihan dalam pendidikan Matematik dan Sains' yang ditulis oleh Nik Azis Nik Pa (Universiti Malaya).

+ KEMBALI KE LAMAN SINOPSIS

+ KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Hosted by www.Geocities.ws

1