Dari:
En. Razihawari bin Che Wan
Bagaimana kanak-kanak berfikir?Apakah yang mereka fahami?Apakah Pengetahuan Sedia ada mereka? Soalan-soalan begini seringkali diajukan di dalam memahami konsep pendidikan untuk kanak-kanak.Pembentukkan kurikulum di negara ini telah mengambil tahu kefahaman tentang konsep Pengetahuan Sedia Ada pada diri kanak-kanak.Oleh itu terdapat idea-idea baru dan pendekatan-pendekatan baru untuk pertumbuhan kognitif dan pembelajaran iaitu pendekatan konstruktivisme.
Teori konstruktivisme telah digunakan berabad-abad dahulu dan ia juga digunapakai oleh Aristotle(telah memperkenalkan imperikal sains). Melalui kaedahnya yang berjaya iaitu kaedah pembelajaran bertanya, idea-idea dapat dikembangkan sendiri oleh murid-muridnya.Pembinaan pengetahuan secara aktif dan meluas adalah salah-satu hujah yang dipegang dalam teori Konstruktivisme.Saranan Konstruktivisme bahawa kanak-kanak tidak semata-mata menerima idea dari guru mereka telah menyumbangkan idea-idea yang baru menggunakan penstrukturan Pengetahuan Sedia Ada dan kefahaman mereka sendiri melalui pengubahsuaian pemahamana berdasarkan data-data yang diberikan.Oleh itu idea yang terhasil adalah lebih bernas dan sekiranya dibimbing dengan betul, murid dapat menyelesaikan sesuatu masaalah dengan menggunakan idea-idea mereka sendiri.Cara penggunaan teori konstruktivisme adalah bergantung kepada sejauhmana pemahaman guru terhadap pemikiran kanak-kanak itu sendiri.
Pendekatan Konsturktivisme menyatakan unsur-unsur permainan dan eksperimen adalah asas pembinaan konsep yang utama.Permainan melibatkan pertimbangan ke atas kombinasi idea-idea baru dan hasil-hasil hipotetikal mengenai keadaan-keadaan dan kejadian-kejadian yang dibayangkan.Permainan juga dapat menjadikan seseorang kanan-kanak meneroka mental dan ini membolehkan mereka mencipta, merenung dan menghayati pemahaman mereka.
Apabila seseorang kanak-kanak membuat eksperimen, satu maklum balas secara konkrit akan memberikan ketepatan idea, apabila mereka mencuba untuk mengemukakan idea-idea yang baru.Dengan permainan dan penerokaan, proses pembelajaran kendiri ini berupaya menggalakkan murid tersebut membuat renungan terhadap idea-idea mereka yang mungkin berlainan dengan kurikulum sekolah.Dengan ini ia merupakan faktor terpenting dalam perkembangan minda individu. Terdapat juga idea bahawa pembelajaran kooperatif telah membantu dalam pembelajaran kanak-kanak(Johnson,Mamyana,Johnson,Nelson & Shan.1981).Apabila mereka berkerjasama, mereka sebenarnya sedang membina idea-idea baru dan pengetahuan secara kendiri. Oleh yang demikian, pengajaran secara Konstruktivisme telah dapat menggalakkan keupayaan kognitif. Tujuan tersebut dapat dimurnikan dengan bantuan persekitaran yang baik dan kerjasama kumpulan yang teratur.
Guru-guru perlu memahami dan mengingati kata-kata Ausubel(1968) iaitu bahawa "Satu-satunya faktor paling penting dalam mempengaruhi pembelajaran ialad apa yang sudah sedia diketahui oleh kanak-kanak.Hal ini hendaklah dikenal pasti dan diberi pengajaran sewajarnya".Ausubel telah disebut seringkali untuk menyokong konsep-konsep konstruktivisme sejak 15 tahun kebelakangan ini.
Terdapat beberapa teori dari ahli psikologi tentang pendedahan pendekatan konstruktivisme terhadap kanak-kanak .Kanak-kanak akan mempelajari sesuatu perkara berdasarkan peringkat-peringkat pemikiran yang berbeza-beza mengikut tahap kognitifnya.
Jean Piaget telaj mengemukakan empat peringkat asas iaitu Motor sensori(0-2 tahun), Pra Olahan (2-7 tahun), Olahan Konkrit(7-11 tahun dan Olahan formal (11 tahun hingga dewasa).Teori Piaget mempunyai implikasi yang sangat penting kepada guru.Guru seharusnya menyedari bahawa kanak-kanak mempunyai kebolehan yang berbeza dan tahap pemahaman yang berbeza inilah yang memungkinkan guru mengajar perkara yang berbeza terhadap kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti fizikal haruslah dirancang dengan sempurna dan konsep-konsep baru seharusnya diamalkan dengan memanipulasikan objek.Beliau juga menegaskan bahawa interaksi didalam kumpulan iaitu kooperatif learning penting untuk perkembangan mental sebaiknya.
Piaget telah memperkenalkan Teknik Temuduga Klinikal piaget iaitu ianya digunakan untuk mengumpul data bagi membina skim tindakan dan skim operasi murid.Teknik ini paling sesuai kerana ia membolehkan guru merumus dan menguji hipotesis semasa menjalankan temuduga.
3 prinsip umum temuduga klinikal yang dicadangkan ialah:
Prinsip 1:Pemisahan antara aktiviti diagnosis dan aktiviti pemulihan.
Prinsip 2: Bersikap menerima
Prinsip 3:Data yang lengkap
Dalam mentafsirkan pendekatan konstruktivisme dalam
pendidikan matematik baru,para guru perlu memahami aspek-aspek asas,
konsep dan perpaduan dalam matapelajaran ini.Oleh sebab itu, set, pertalian,
aksium dan logik dipilih untuk membina rangka untuk Matematik sekolah.Maka
'Matematik Baru' menghasilkan satu falsafah pendidikan: iaitu matematik
masa kini adalah perkumpulan pengetahuan yang koheren, diolah secara logik
dan konsisten.