Mencari isipadu balik ke menu...

Tujuan Tugasan:Menyiasat hubungan panjang,lebar dan tinggi dalam mencari isipadu sesuatu objek.

Tajuk: Isipadu objek

Tahun:6

Pengetahuan berkaitan: Murid telah mempunyai pengetahuan sedia ada mengukurpanjang, tinggi dan lebar sesuatu objek.

Pengetahuan sedia ada:Isikandungan sesuatu objek denganmelihat tanda ukuran yang diberikan oleh syarikat pengeluar barangan minuman atau makanan.

Masa: 1 jam

Jenis tugasan : Penyiasatan

PANDUAN GURU.

1.Guru meminta murid menyadiakan jadual seperti di jadual 1.Murid diminta untuk mencari panjang, lebar dan ketinggian sesuatu objek dan menganggar isi kandungan objek tersebut.

2.Diantara objek yang dicadangkan oleh guru ialah seperti batang pokok, bola, buku, kotak, almari, bata, dan lain-lain yang difikirkan sesuai dan murid haruslah keluar kelas dengan berkumpulan untuk mengukur objek tersebut.

3.Murid juga dikehendaki menyediakan satu soalan tentang isi kandungan objek tersebut dan satu pernyataan bagaimana anggaran dilakukan.


 
Objek
Panjang
Tinggi
Lebar
Anggaran isi padu

Jadual 1

4 Setelah selesai, murid dikehendaki mengemukakan hasil kerja masing-masing mengikut kumpulan dan menyatakan bagaimanakah anggaran tersebut dilakukan.

Aktiviti 2:

A: Isi pasir dalam dua bekas berlainan saiz, kemudian banding dan beza kandungan diantara dua bekas tadi.

b. Isi air dalam dua bekas berlainan saiz , kemudian sukat kandungan air tadi dengan satu alat yang tetap(silinder penyukat/bekas yang tetap)

c.Murid buat pemerhatian dan membezakannya.

Gelas2

d.Isi kiub-kiub kecil yang sama saiz (1 cm x 1 cm) ke dalam kubus/ kuboid yang lohong.

e.Mencari isipadu kubus /kuboid tanpa bantuan kiub-kiub kecil (1 cm)

AKTIVITI PENGUKUHAN.

.Guru mengedarkan botol oren yang mengandungi cop berat isipadu kandungan air tersebut. Guru bertanyakan beberapa soalan.

a.Bagaimanakah syarikat pembuat minuman tersebut mengetahui isi kandungan botol tersebut dengan tepat?

(murid berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing)

b.Apakah barangan lain yang mempunyai isipadu yang kamu ketahui?

(murid berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing)

c.Apakah yang kamu faham mengenai isi padu?

(murid berbincang dan menyatakan pendapat masing-masing)

Berdasarkan ukuran panjang, tinggi dan lebar yang diperolehi ,murid dikehendaki mencari isipadu objek yang tercatat didalam jadual.

Guru menyatakan bagaimanakah ukuran isipadu pepejal dan isipadu air diambil.

Guru memberikan lembaran kerja kepada murid mengikut kumpulan dan membuat latihan yang sesuai.

Lembaran kerja 1:

  1. Kirakan isipadu kotak berikut:
L;3 meter

P: 5 meter

Isipadu kotak tersebut:

2.Kirakan isipadu kotak tersebut:

Isipadu kotak tersebut:
T:4 meter
L: 3 meter
P: 4 meter

Isipadu kotak tersebut:

Lembaran kerja 2:Cari isipadu air dan kotak di bawah:

Isipadu air tersebut ialah:

Isipadu kotak tersebut ialah:

Lembaran kerja 3:

Hosted by www.Geocities.ws

1