EN. ABEN ANYI    (RAMANUJAN)

TUGASAN   ILMIAH

 

PENGAJARAN  MATEMATIK DI SEKOLAH BESTARI

 

         Penubuhan Sekolah Bestari di Malaysia merupakan satu usaha besar yang dirancang akan berlangsung hingga ke abad akan datang.  Ia melibatkan  pelbagai perubahan pada prasana,latihan guru,kurikulum,organisasibilik darjah  dan peranan ibu bapa serta komuniti berkaitan.  Justeru itu  ia merupakan satu proses yang dikoordinasikan oleh Kementerian Pendidikan dimana iamemerlukan penglibatan sektor swasta , ibu bapa dan komuniti  Sebenarnya penubuhan Sekolah Bestari telah dilaksanakan secaraberansur-ansur pada tahun 1999 dimana sebanyak 90 buah sekolah sebagai percubaan.  Menjelang  tahun 2010  ,Kementerian Pendidikan menjangka bahawa semua sekolah  akan dijadikan Sekolah Bestari.  Oleh itu,  matlamat kesemuanya bergantung kepada strategi yang disepadukan berdasarkan perkara berikut:

i.                     Menghasilkan tenaga kerja yang  berpemikiran  dan literasi teknologi.

ii.                   Menyokong pembangunan individu secaramenyeluruh.

iii.                  Menyediakan peluang untuk peningkatan potensi dankebolehan setiap individu.

iv.                 Meningkatkan penglibatan stakeholders.

 v.          Pendidikan yang bersifat demokrasi.

 

Apabila kita berbincang tentang pengajaran Matematik di Sekolah Bestari,maka ia membabitkan pelbagai aspek terutamanya yang berlaku di dalam sesebuah sekolah..Ia termasuk seperti perisian yang terdapat dalam pelbagai program.

 

            Dalam Geometer  Skatchpad, pelajar boleh mempelajari pelbagai bentuk seperti segiempat , segi tiga dan sebagainya.  Di samping itu, pelajar dapat melihat perkaitan antara satu bentuk  dengan bentuk yang lain.  Di sinilah mereka  boleh meneroka  serta menyiasat sendiri. Apabila mereka berjaya mencapai  satu penemuan , sudah pasti,mereka  berasa puas kerana atas usaha mereka sendiri. Justeru itu, aktiviti pengajaran  pembelajaran menjadi    lebih menarik serta bermakna kerana dalam menghasilkansesuatu kesimpulan,ia melibatkan proses-proses tertentu sehinggalah mencapai satu kesimpulan. Dalam pengajaran-pembelajaran bestari seperti ini ,guru berperanan sebagai fasilitator manakala murid-murid pula berperanan secara aktif  dan efektif.

         Di samping itu pengajaran pembelajaran Matematik jugamudah dilaksanakan bagi guru.Ia berkaitan dengan cara guru-guru menyediakan bahan pengajaran-pembelajaran kepada pelajar. Dengan menggunakan kecanggihan komputer pada masa kini, guru-guru boleh menghasilkan pelbagai aktiviti berdasarkan daripada sejenis tugasan sahaja.  Oleh itu, ia mempermudahkan cara serta boleh dirancangkan berpandukan kebolehan pelajar itu. Pelajar pula membuat tugasan yang diberikan dengan perasaan seronok. Pengajaran-pembelajaran yang sedemikian boleh digunakan melalui Excel. Dalam program ini, pelajar dapat meneyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan dengan mudah yang berkaitan dengan pembinaan graf dan sebagainya.  

 

            Dalam pengajaran-pembelajaran yang menggunakan Excel, pelajar dapat juga menghasilkan maklumat yang dikehendaki. Sebagai contoh, dalam Magic Square. Untuk mencari nombor-nombor yang mempunyai jumlah yang sama apabila ditambahkan dari semua segi, pelajar hanya harus memahami cara untuk mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Dengan kemudahan yang disediakan dalam Excel, semuanya dapat tercapai dengan jayanya. Oleh itu objektif pengajaran-pembelajaran  yang ditetapkan sebelum sesi pengajaran-pembelajaran dijalankan pada hari itu dapat tercapai dengan jayanya. Di sini, guru berperanan sebagai fasilitator danbolehlah dirumuskan sebagai Student Centered Learning. Dengan hal demikian, pelajar terlibat dalam aktiviti yang dijalankan dengan aktif dengan kemudahan yang disediakan.

 

            Seterusnya pengajaran Matematik di Sekolah Bestari juga harus disampaikan melalui pelbagai pendekatan. Satu daripadanya ialah melalui Problem Solving. Dalam pendekatan ini, seseorang guru akan menetapkan beberapa masalah yang akan diselesaikan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, dalam menyediakan bahan berkenaan,ia mestimengandungi beberapa aspek seperti berikut;

 

.           Masalah yang diberikan  haruslah mempunyai jawapan  yang berkaitan dengan konsep  Matematik serta penggunaan kemahiran Matematik.

.           Jawapan kepada masalah itu haruslah menuju kepada satu kesimpulan.

.           Masalah itu juga seboleh-bolehnya mempunyai kesimpulan yang terbuka dan boleh dilanjutkan kepada aktiviti yang seterusnya.

.           Masalah itu mesti mempunyai pelbagai cara untuk diselesaikan. 

.           Masalah yang dikemuklakan mestilah menarik serta mencabar kepada murid-murid.

 

Dalam usaha mencari sesuatu masalah yang boleh membantu keberkesanan pengajaran-pembelajaran, guru-guru juga  memberi panduan serta bimbingan bagaimana hendak menyelesaikan sesuatu masalah yang dikemukakan melalui beberapa cara. Justeru itu, pelajar diminta memahami masalah yang dikemukakan. Seterusnya, pelajar seboleh-bolehnya mengatur langkah atau strategi yang boleh membantu ke arah penyelesaian masalah. Ia termasuk rapat dengan strategi membina jadual dan sebagainya.Selepas itu, mereka diminta cuba melaksanakan strategi itu dalam usaha menyelesaikan masalah  yang berkenaan. Seterusnya, mereka diminta mengkaji masalah asal untukmembuat perbandingan dengan jawapan yang telah dihasilkan. Murid-murid boleh juga berbincang diantara kumpulan untuk mencari keberangkalian ada cara lain yang boleh menyelesaikan masalah yang sama.

 

            Dengan menyampaikan pengajaran-pembelajaran dalam bentuk Penyelesaian Masalah,ia dapat menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif  dan kreatis. Justeru itu, ia menggalakkan pelajar untuk menjana idea yang baru serta dapat menggapplikasikan kemahiran matematik dalam usaha untuk menyelesaikan masalah yang bermakna.   

 

            Pengajaran Matematik di Sekolah Bestari juga boleh disampaikan melalui Pembelajaran Koperatif. Dalam pendekatan ini, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan, terdiri daripada murid-murid yang mempunyai kebolehan yang berbeza-beza dan ia bergantung kepada jenis aktiviti yang akan dilaksanakan.. Satu  daripada aktiviti yang dijalankan ialah Group Maths Tournament.

Dalam aktiviti ini,guru menyediakan soalan-soalan dalam sampul. Pada setiap soalan pula diberikan jawapan.Semasa aktiviti ini dijalankan, terdapat beberapa peraturan.Dalam kumpulan ini, seorang murid akan membaca soalan kepada ahli yang lain dalamkumpulan yang sama.Ahli yang lain akan menjawab soalan dengan cara menulis jawapan kemudian diberikan kepada pembaca soalan. Pembaca soalan akan menyemak jawapan,. Bagi setiaporang yang memberi jawapan yang cepat dan tepat akan dihadiahkan 2 markah,manakala yang   lain hanya 1 markah jika jawapannya betul.

 

            Selepas itu  pelajar akan bergilir-gilir membaca soalan yang diberikan sehinggalah semua soalan habis dijawab. Di akhir pengajaran ini, markah akan dikumpul secara individu. Selepas itu, pelajar akan kembali ke kumpulan asal di mana markah akan dikumpulkan semula secara berkumpulan. Di sinilah semangat berkumpulan timbul dan ia boleh menggalakkan persaingan yang positif. Oleh yang demikian, ia boleh menghasilkan kualiti pengajaran yang baik. 

 

            Di samping itu strategi yang lain juga boleh dilaksanakan melalui aktiviti yang berbeza. Dalam penggunaan Tangram,pelbagai aktiviti boleh dijalankan secara berkumpulan. Soalan-soalan mestilah disediakan terlebih dahulu . Setiap kumpulan diminta menyelesaikan masalah yang dikehendaki dalam kumpulan sendiri. Sebenarnya soalan yang dikemukakan kepada kumpulan bolehlah berbeza ataupun sebaliknya. Sekiranya soalan berbeza, setiap ahli mestilah memahami cara untuk menyelesaikan masalah itu. Selepas itu ,ahli-ahli akan bertukar ke dalam kumpulan yang lain. Setiap ahli akan menyelesaikan masalah itu terlebih dahulu. Selepas itu, barulah  ahli yang dianggap pakar menjelaskan cara-cara menyelesaikan masalah yang dikemukakan. Dalam aktiviti ini , pelajar berpeluang mempelajari sesuatu yang baru  daripada ahli kumpulan yang lain dan seterusnya menggalakkan  pembelajaran secara koperatif. Dalam pembelajaran koperatif bahan pengajaran –pembelajaran  boleh dihasilkan dengan teknologi yang ada.

 

            Dengan adanya pelbagai strategi yang talah diadakan seperti yang telah dijelaskan di atas sudah pasti pengajaran pembelajaran Matematik di Sekolah Bestari  mampu mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan. Ianya juga dapat tercapai sekiranya semua kemudahan yang diperlukan di sesebuah sekolah seperti komputer, Internet dan sebagainya disediakan. Tanpa teknologi berkenaan, matlamat Kementerian Pendidikan untuk menjadikan semua sekolah sebagai Sekolah Bestari menjelang 2010 tidak akan tercapai. Ini adalah kerana  banyak lagi sekolah pada masa ini belum mempunyai bekalan elektrik dan apatah lagi apabila  rata-rata orang menghubungkaitan Sekolah Bestari dengan ICT .

 

 

Rujukan:

 

O’ Brien,F(200). Using Spreadsheets in Teaching Mathematics.

 

Grandgenett, Neal(1987).Magic Squares.Micromath,(Construction and Solution of Magic Squares on a Spreadsheet)

 

Dolan,D.T.&Williamson,J.(1983): Teaching Problem Solving Strategies.

USA: Adison.Wesley Publishing Company.

 

Shlomo Sharon(1980). Cooperative Learning:Theory and Research.

Prager Publisher, New York..

                                     

David. W. Johson & Rogen T. Johnson (1991). Learning Together and Alone:

Cooperative, Competitive and Individualistic Learning. Allyn Bacon, London.

 

Hosted by www.Geocities.ws

1