Ringkasan modul:
'NUMBER SENSE'
 

Dari:
EN.RAZIHAWARI BIN CHE WAN

        Number Sense bolehlah ditafsirkan sebagai satu kefahaman yang mendalam dan secara keseluruhan tentang nombor dan operasi bernombor.Kefahaman yang menyeluruh ini melibatkan pengenalan diri terhadap perhubungan ruang dan masa, nombor dan operasi. Number Sense juga ialah kebolehan dan kesanggupan mengguna kefahaman ini dalam cara yang fleksibel untuk membentuk penilaian matematik dan membina strategi yang berkesan untuk menguruskan situasi berbentuk numerical.

    Enam komponen umum number sense ataupun celik nombor ialah:
1.Kefahaman makna dan saiz nombor.
2.Kefahakan dan kebolehan mengguna perwakilan nombor yang setara.
3.Kefahaman makna dan kesannya operasi keatas nombor.
4.Kefahaman dan kebolehan mengguna ungkapan yang setara.
5.Mengguna perhitungan dan strategui membilang yang fleksibel dalam perlaksanaan perhitungan mental, perhitungan bertulis dan penggunaan kalkulator.
6.Mengguna benchmarking dalam ukuran dan sukatan.

    Terdapat beberapa unsur-unsur pengajaran di dalam bilik darjah yang menitik beratkan unsur-unsur celik nombor. Ia begitu popular untuk memberi pengenalan nombor kepada murid dan menjadikan seseorang murid itu seseorang yang bijak nombor.

a.Menekankan makna dalam segala aspek pengajaran dan pembelajaran matematik.
b.Mewujudkan suasana bilik darjah yang menggalakkan "sense making"
c.Menafsir matematik sebagai pembelajaran berkongsi sesuatu amalan intelek
d.Mewujudkan pembelajaran matematik yang lebih bermakna berbanding dengan cara tradisional.kanak-kanak akan manjadi lebih seronok dan bersedia untuk belajar serta meningkatkan interaksi dengan rakan , guru yang dapat merarangsangkan dan meningkatkan aras kefahaman.

Asas Pembinaan Celik Nombor.

    Asas pembinaan yang utama didalam celik nombor ialah kefahaman yang kukuh berkenaan nombor. Murid mestilah dapat menggunakan nombor dalam situasi konkrit mendahului pengenalan simbol bagi nombor.Unsur dalam konsep nombor bagi perkembangannya ialah saiz nombor dan nilai tempat.Kebolehan menilai tempat perpuluhan  adalah asas kebolehan mencerakinkan dan mengumpul semula nombor.Murid boleh menghitung secara mental dan membuat anggaran.Kelemahan dalam konsep nilai tempat juga mempengaruhi penguasaan konsep pecahan dan perpuluhan.

Bagaimana kita dapat menggalakkan Perkembangan Number Sense:

Kita boleh membuat rancangan Mengajar berpandukan asas yang berikut iaitu:

#Kurangkan penekanan kepada algoritma
#Menggalakkan penggunaan strategi cipta sendiri
#Galakan penggunaan perhitungan secara mental
#Menggalakkan penggunaan anggaran
#Menggalakkan penyelesaian masaalah yang melibatkan situasi bernombor.

    Perhitungan secara mental akan menggalakkan murid mereka cipta strategi mereka sendiri.Murid juga digalakkan membuat anggaran dan menggunakan penanda aras seperti yang disyorkan oleh pendidik matematik. Guru yang mengajar Matematik sekolah rendah perlu mengurangkan fokus mereka terhadap galakkan penyelesaian soalan matematik semata-mata untuk mendapat jawapan betul sahaja, pembelajaran secara hafalan dan penggunaan algoritma yang terlalu rigid.

    Kesimpulan dari itu penguasaan celik nombor di negara ini adalah tidak memuaskan  dan seharusnya ia diserapkan dari awal kanak-kanak mengenal nombor.
 

Hosted by www.Geocities.ws

1