Pulau Perhentian terletak dibahagian Utara bagi keseluruhan pulau-pulau yang terletak di Semenanjung Malaysia. Mengandungi 2 buah pulau iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil dimana kedua-duanya mempunyai ruang masuk bagi bot-bot laju dan bot kayu dari tanah besar iaitu Kampung Kuala Besut. Kesemua resort-resort dan chalet-chalet disini mempunyai persisiran pantai yang cantik-cantik dan menarik. Bagi mereka yang ingin bersendirian atau bersantai ditepi pantai terdapat juga pantai-pantai yang belum didiami penghuni dan boleh kesana dengan menaiki bot-bot laju sahaja.
Keunikan Perhentian merupakan syurga bagi sesiapa yang meminati sukan menyelam (Scuba Diving) dan "Snorkeling". Terdapat 'soft coral' atau 'hard coral' yang besar-besar dan menarik hampir mencapai lebih dari 1 meter. Pembentukan batu-batu semulajadi didalam laut juga menjadi daya penarik bagi penyelam-penyelam dari dalam dan luar negeri.
Pulau yang mengunjur ke Utara ini adalah Pulau Perhentian yang terletak 11 NM dari perkampungan nelayan iaitu Kampung Kuala Besut. Keselatan dari Kota Bahru akan membawa kita ke Kampung Kuala Besut iaitu tempat berlepasnya bot-bot laju dan bot kayu ke Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Kawasan perkampungan terletak di Pulau Perhentian Kecil dan terdapat beraneka jenis chalet-chalet dikedua-dua pulau ini untuk didiami. Pengangkutan penumpang berulang-alik tidak begitu bermasaalah iaitu terdapat perkhidmatan bot-bot laju yang sentiasa memberi perkhidmatan.
Kesemua resort-resort dan chalet-chalet mempunyai persisiran pantai yang menarik dan bersih. Banyak juga pantai-pantai yang belum tercemar dan semulajadi.
Oleh sebab ianya terletak berjauhan dari tanah besar maka kehidupan laut disini sangat menarik dan tiada pencemaran, sebaliknya semuanya berkeadaan semulajadi yang tidak terusik dan air laut yang jernih.
Lebih kurang 5 NM ke baratdaya dari situ terdapat banyak pulau-pulau kecil yang tiada berpenghuni dan sangat sesuai untuk dilawati. Terdapat banyak pembentukan batu-batu laut dan darat, teluk-teluk yang banyak dengan batu karang dan tumbuh-tumbuhan semulajadi. Antaranya adalah Pulau Susu Dara dan dikelilingi oleh Pulau Tokong, Kemudi Barat, Pulau Rawa, Pulau Burong dan 1.5 NM keselatan pula terdapat Pulau Serenggeh. Kecuali Pulau Susu Dara, pulau-pulau yang selebihnya mempunyai tumbuh-tumbuhan semulajadi dan burung-burung liar atau burung laut. Pulau Susu Dara juga mempunyai persisiran pantai yang tidak tercemar yang perlu dilawati.
Pembentukan batu karang yang menarik diteluk-teluk dalam yang hampir menjangkau 30 meter kedalam laut berhadapan dengan Laut Cina Selatan. Pembentukan batu karang ini menjadikan tempat bagi ikan-ikan laut berkumpul dam mencari makan. Dan terdapat juga jenis kehidupan laut yang jarang ditemui berada disini.
Dari Kuala Lumpur, penerbangan disediakan tiap-tiap hari ke Kota Bahru (Kelantan). Dari Lapangan Terbang Kota Bahru terdapat beberapa jenis pengangkutan ke Kuala Besut iaitu bas atau teksi yang memerlukan 45 minit untuk sampai kesana.
Terdapat juga penerbangan ke Kuala Trengganu dari Kuala Lumpur yang memerlukan hampir 2 jam untuk sampai ke Kuala Besut dengan teksi.
" Rangkaian Mewah atau Mewah Ekspress " adalah rangkaian bas yang berjadual, bertolak dari  Hentian Putra (Kuala Lumpur) ke Kuala Besut dan perjalanannya mengambil selama 9 jam.
Setibanya di Jetty Kuala Besut, anda boleh mendapatkan tempahan resort-resort dan chalet-chalet di Site Office dan mereka akan mengaturkan perjalanan ke Pulau Perhentian dengan menaiki bot-bot laju atau bot kayu. Perjalanan ke Pulau Perhentian memerlukan kurang dari 1 jam.
PULAU PERHENTIAN
Copyright       by Ocean Blue 2000 Chalet Webmaster October 2000
Hosted by www.Geocities.ws

1