Soseh-Soseh: Bat Latiff dalam kenangan Poster "Nujum Pa' Blalang"
[email protected]


“HAI manusia, aku anak jin, aku mahu makan darah,” itulah antara dialog yang cukup mencuit hati SS setiap kali menonton filem Nujum Pak Belalang arahan pengarah lagenda Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
Dialog yang dilontarkan kanak-kanak berusia lingkungan tujuh tahun itu bukan saja kukuh melekat di hati peminat filem hitam putih malah turut memperkenalkan nama Bat Latiff dalam dunia lakonan.

Bagaimanapun, Selasa lalu warga seni dikejutkan dengan pemergian beliau yang mati mengejut kerana mengidap penyakit lemah jantung, lelah, darah tinggi dan kencing manis.

SS difahamkan, arwah sendirian di rumahnya di Desa Hillview, Hulu Klang ketika menghembuskan nafas terakhir dan hanya disedari meninggal dunia oleh adik angkatnya, Mohd Affandi Ghazali, 23, kira-kira jam 7.15 malam.

Berdasarkan laporan dari Klinik Izham, Taman Melawati, arwah dipercayai meninggal dunia kira-kira jam 3.15 petang. Rakan SS sempat yang bertemu Affandi, bertanya mengenai perkara itu.

Kata Affandi, mereka sepatutnya makan tengah hari bersama tapi sebaik saja dia sampai di rumah arwah kira-kira jam 11.45 pagi, arwah tidak membuka pintu atau menjawab telefon.

“Saya tertidur di luar rumah selama tiga jam. Tapi awal pagi itu dia menghubungi saya berulang kali. Waktu itu saya dah rasa lain sangat kerana kebetulan pagi sebelumnya arwah ke pejabat kira-kira jam 6.30 pagi.

“Arwah mengalami kekejangan tapi dia beritahu saya usah risau kerana keadaannya ok. Jadi bila dia tidak jawab panggilan saya petang itu, saya rasa tak sedap hati lalu terus menghubungi ketua penari di RTM memandangkan abang Bat sepatutnya menghadiri latihan. Saya juga cuba memecahkan pintu rumah,” katanya.

Sehari sebelum arwah meninggal, Affandi sempat pergi makan malam bersamanya dan arwah kelihatan cukup gembira kemudian menemaninya di rumah selepas arwah mengadu semput.

Selain Affandi, kata kawan SS kebanyakan tetamu yang berkumpul di rumah ibu saudara arwah, Allahyarham Datin Saadiah Baharom di Taman Melawati, terkilan kerana tidak pernah tahu arwah mengidap pelbagai penyakit sebelum ini.

Kembali ke muka depan




Hosted by www.Geocities.ws

1