|
Bat Latiff atau nama penuhnya M.H. Ali bin H.A. Latiff (1951 - ) merupakan pelakon kanak-kanak Melayu pertama yang telah menerima anugerah Pelakon Kanak-kanak Lelaki Terbaik di Pesta Filem Asia di Tokyo menerusi Filem 'Batu Belah Batu Bertangkup'. Filem ini adalah filem pertama arahan Jamil Sulong yang telah ditayangkan pada tahun 1958 oleh Shaw Brothers. Selain Bat Latiff, barisan pelakon filem ini ialah Aziz Jaafar, Zaiton, Neng Yatimah, Salleh Kamil. |
Selain
filem ini, Bat Latiff juga telah berlakon dalam filem-filem lain seperti
‘Lela Manja’ (1960), ‘Nujum Pak Belalang’ (1960), ‘Singapura
Dilanggar Todak’ (1961), ‘Sri Tanjong’ (1961), ‘Si Tanggang’
(1962), ‘Gerhana’ (1962) dan ‘Mambang Moden’ (1963). Bakat beliau
dalam bidang lakonan begitu menyerlah dan berkesan. Ibunya dan seniwati
Saadiah (ibu saudara) banyak memberi dorongan kepada beliau dalam bidang
lakonan. |
![]() |
Kembali ke muka depan |