Visi saya adalah melihat filem saya dijual di pasar malam
bersama beratus-ratus lagi filem cetak rompak lain. Jika anda pembikin filem
pendek yang mempunyai visi yang sama, sila hubungi saya untuk penghasilan
satu VCD kompilasi filem pendek yang bakal disedekahkan kepada lanun cetak
rompak:- [email protected]
qMuzik
Video Gathering GJ (Jan. 2004)
Semakin lama semakin rimbun Geng Jurnal
ini. Bajanya bukan titik air liur tapi titik peluh sukarelawan yang berada di
dalamnya. Untuk majlis perhimpunan Geng Jurnal, aku cuma ada senyuman. Jika
kalian ada server, sila host video ini dalam server kalian. Mutu video dikompromi
kerana bandwidth terhad. Muat turun
segera: Video
3578 Kb
qBengkel
Rajan (Nov. 2003)
Aku telah dibawa melawat Rajan di Bukit
Katil, Melaka bagi mendapat petua penjagaan kereta. Rajan fikir dia ketuk aku
RM350 untuk khidmatnya di hari minggu. Aku pula memikirkan duit yang dibayar
pada Rajan adalah upah lakonannya dalam sebuah iklan kemasyarakatan Muat
turun segera: Video 1826
Kb
qMesin
Canggih (Okt. 2003)
Sebuah filem yang mengisahkan pengendali supercomputer
yang riak dengan peralatan canggihnya. Dia lupa segala yang ada dalam dunia
ini hanya pinjaman. Hanya orang bodoh sahaja yang ujub dengan apa yang bukan
miliknya. Muat turun segera: Video 945 Kb
qRevenge
in a Bottle (Sept. 2003)
The arts of playing a prank in front of an audience can always
be taken to another level. Download Now: Video 955kb
qTakut
(Ogos 2003)
Sebuah kelakar seram yang enak ditonton selepas 12
tengahmalam. Video ini mendefinisikan perkataan ‘takut’ yang sebenar. Muat
turun segera: Video
966kb
qSulaiman
Chang (Ogos 2003)
Kalian pasti menyangka hidayah tidak mungkin hadir di sini
tetapi itu bukan kerja kalian. Chang sekarang bukan Chang dulu lagi. Kini
namanya adalah Sulaiman Chang. Muat turun segera: Video
966kb
qAkan Datang: Dokumentari 4 Geng Jurnal
Spyz, Jigo, Mat Jan, Toksik dan Tokrimau minum teh di Shah
Alam dan berbual secara intelek tentang masa depan Geng Jurnal.
qGeng
Jurnal Ronggeng Bowling (Ogos 2003)
Rakaman sekitar perhimpunan sosial Geng Jurnal di Kelab
GolfBukit Jalil. Tidak, mereka tidak
main golf tetapi mereka bermain bowling. Muat Turun Segera: Video 2000 Kb
qArnab
vs Kura-kura oleh Tokrimau (Ogos 2003)
Dendam kesumat membara membawa kepada siri kejar mengejar
secara solo.
Semua filem boleh dimuat turun dengan cara menekan butang
kanan tetikus dan klik Save Target As…
Penonton tidak perlu membayar. Cukuplah sekadar meninggalkan
ulasan atau komen dalam Ulasan Filem
atau hantar komen SMS ke 012-7652115 .
Perisian yang diperlukan: Zip, Window Media Player 9
Series ke atas. Boleh dimuatturun secara percuma. Dapatkan software yang
diperlukan di Windows Media
Download Center.