My
Logo
Apa komen tuan-puan mengenai beberapa aspek teknikalnya
Sistem Pengoperasian
Sistem pengoperasian yang digunakan untuk mengendalikan komputer di rumah ini adalah Windows® 98 dan Linux. Tren sistem pengendalian komputer yang di pasang adalah kepada persekitaran mesra pengguna dan berorientasikan antaramuka grafik (GUI Graphical User Interface) seperti ikon, kotak dialog dan menu. Perisiannya ialah BeOS, Macintosh dan Windows. Rangkaian PC adalah rangkaian yang digunakan untuk penyambungan rangkaian di rumah ini khususnya untuk capaian internet. Ianya berasaskan kepada teknologi LAN Ethernet. Ianya menggunakan topologi bas dengan sebuah hub Ethernet dan toplogi suis dengan sebuah suis Ethernet 10BaseT. LAN Ethernet menggunakan protocol Ethernet IEEE802.3. Komputer dihubungkan dengan menggunakan wayar UTP ( Unshield Twisted Pair), kabel sepaksi atau gentian optik.
Topologi bus terdiri daripada beberapa komputer yang disambungkan kepada satu kabel utama dengan menggunakan terminator. Kabel yang digunakan adalah kabel sepaksi, (coaxial kabel 50 ohm) dan penyambung RG58. Jarak maksimum kabel adalah 185 meter.Perlu pengulang (repeater) jika jarak LAN juah. Perisian tambahan diperlukan untuk mengelakkan perlanggaran (collision) data
Peralatan yang digunakan
Jenis NIC Ethernet Card, LocalTalk
Kabel Coaxial, Twisted Paid, Fiber Optic
Connector BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector
Terminator Terminater 50 ohm
Protokol Ethernet, LocalTalkKomunikasi Komputer
Protokol dan Senibina
Rangkaian rakan-ke-rakan (pier-to-pier) juga rangkaian pelanggan /pelayan digunakan bagi penyambungan yang menyokong tiga buah komputer di dalam rumah tersebut dengan menggunakan wayar UTP ( Unshield Twisted Pair atau kabel sepaksi.
Setiap PC yang yang disambungkan mempunyai kad antaramuka rangkaian (NIC). PC pelayan menggunakan sistem pengendalian rangkaian (NIOS) atau sistem pengendalian pelayan (SOS). NIC diperlukan untuk mengendalikan semua komunikasi rangkaian pada pelapisan fizikal dan pautan data. PC perlu melaksanakan lapisan internet, pengangkutan, dan aplikasi dalam perisian.
Model Lapisan OSI
- - SNA (Systems Network Architecture Senibina Rangkaian Sistem) IBM juga 7 lapisan
- - TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol Protokol Kawalan Hantaran/Protokol Internet) berbentuk berhierarki lebih drp berlapisan; kepentingan diberikan dalam menangani sambungan antarangkaian (yg mungkin berbeza); perkhidmatan tanpa sambungan (datagram dihantar tanpa sambungan dipersetujui); pendekatan kepada fungsi pengurusan sebagai protokol tinggi
OSI SNA Set Protokol TCP/IP
7 Aplikasi 7 Khidmatan Transaksi 7 Proses/aplikasi
6 Persembahan 6 Khidmatan Persembahan 6
5 Sesi 5 Kawalan Aliran Data 5
Hos-ke-hos(TCP)
4 Pengangkutan 4 Kawalan Hantaran 4
3 Rangkaian 3 Kawalan Jejak 3 Internet (IP)
Capaian rangkaian
2 Hubungan Data 2 Kawalan Hubungan Data 2
1 Fizikal 1 Kawalan Fizikal 1Antarangkaian
Protokol IP digunakan
Protokol dan Khidmat Sesi
Perkhidmatan sambungan berorientasikan pengguna:
· Penubuhan dan penyenggaraan sesi
Satu sesi boleh didokongi satu sambungan pengangkutan, juga beberapa sesi boleh dimultiplekskan ke atas satu sambungan pengangkutan, atau satu sesi boleh dibelah di antara beberapa sambungan pengangkutan
· Pengurusan dialog
3 mod dialog: dwihala serentak, dwihala bergilir dan sehala
· Pemulihan
mis. pulih data yg hilang menerusi sandar oleh unit pemulihanSenibina TCP/IP tiada lapisan khas sesi sebahagian tugas sesi dikendalikan TCP
Kemudahan Persembahan
§ berkenaan data dialihkan di antara aplikasi dlm sistem berlainan (perwakilan utk maklumat, mekanisme penterjemahan) mis. penyulitan, pemampatan
§ berkenaan struktur data yg dirujuk aplikasi dlm komunikasinya mis. maklumat pengurusan bagi pengurusan rangkaian[Aplikasi pengguna: TCP/IP aplikasi tertentu mis. SNMP, FTP, SMTP, TELNET OSI lapisan persembahan dan unsur-unsur perkhidmatan dalam lapisan aplikasi] suatu bahasa semesta utk mendefinisikan perwakilan: ASN.1 (Abstract Syntax Notation One) berlandaskan modul yg mengandungi senarai umpukan jenis, nilai dan definisi makro.
Aplikasi Rangkaian
Menduduki lapisan aplikasi & didokongi oleh lapisan persembahan secara terus dlm model OSI (dlm TCP/IP, aplikasi bergantung kpd TCP atau UDP)
mis. SNMPv2 (versi 2) (boleh operasi atas TCP/IP ataupun OSI) FTAM (File Transfer, Access, and Management pemindahan, capaian dan pengurusan fail) (piawaian OSI) X.400 (piawaian mel elektronik oleh CCITT)ISDN
integrated services digital network - rangkaian digitan perkhidmatan bersepadu (suara, data, multimedia,..)
- piawaian antaramuka pengguna
- implentasi sbg set suis-suis dan jejak-jejak digitan (dgn pemultipleksan pembahagian masa) (bukan pensuisan pembahagian ruang analog menggunakan frekuensi)
- menyokong pelbagai jenis lalulintas
- senibina, protokolISDN jalur lebar (B-ISDN) senibina dan protokol utk ISDN dgn kadar hantaran data lebih besar drp kadar utama ISDN
Gegantian bingkai spt pensuisan bingkisan tetapi tanpa kawalan ralat (tidak diperlukan lagi dgn rangkaian moden yg cekap) boleh sehingga 2 Mbps berbanding 64 kbps utk pensuisan bingkisan.
Kawalan aliran dan ralat kalau ada hanya hujung-ke-hujung dan bukan lompatan-ke-lompatan.Gegantian sel (ATM asynchronous transfer mode mod pemindahan taksegerak) - spt gegantian bingkai tetapi dgn bingkisan dgn panjang tetap (sel) (53 oktet: 5 oktet kepala, 48 oktet data) (kurangkan keperluan pemprosesan) boleh sehingga 100-1000an Mbps; kadar data setiap saluran juga boleh didefinisikan secara dinamik
Setiap komputer dalam dalam rangkaian ini boleh berkongsi perkakasan seperti pencetak, pengimbas, kamera digital, data, maklumat dalam dua buah komputer yang di letakkan di dua buah bilik berkenaan. Dan lebih unggul lagi sebuah penyambung D-Type 25 Pin Male, buffer, relay dan pendawaian yang mudah, mampu mengantaramuka komputer kita untuk menghubungkan ia kepada kepada peranti elektronik seperti sistem pemanas, penghawa dingin, telefon dan sistem keselamatan.
Kemudahan rangkaian PC dan internet seperti yang dimiliki oleh rumah terebut merupakan satu ciri-ciri bertepatan yang mesra pengguna. Penghuni-penghuni bangunan atau rumah tersebut seperti pelajara, kanak-kanak, penghuni hilang upaya dan sebagainya dapat menggunakan kelengkapan yang disediakan.
Untuk mewujudkan sebuah rumah idaman yang mempunyai ciri-ciri terkini berasaskan teknologi maklumat iaitu rumah yang disambungkan dengan LAN seperti tersebut di atas sebenarnya tidak serumit mana jika dilihat dari aspek penyambungan yang mudah. Kita sendiri boleh membeli memasang peralatan Home Connect Ethernet Kit yang terdapat di pasaran seperti produk NetGears , Phoneline10X PCI Adapter, Diamond Multimedia, Accton, Ambit, D-Link, Delta, Gemtek, W-Link dan Z-Com (untuk LAN tanpa wayar), LANEscape XV-5800 kadar 72Mbps (at turbo mode) dan lain-lain
My Logo Kembali Ngandak-Ngandak