PERKONGSIAN BIJAK KALI KE-3

 

PUTRA PALACE, KANGAR: HPA Industries Sdn Bhd telah berjaya sekali lagi mengadakan satu program penjanaan pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan iaitu Program Perkongsian Bijak 2006 atau nama singkatannya ‘Program PB’. Program PB ini telah berlangsung pada hari Jumaat sehingga Ahad bersamaan 24 hingga 26 Febuari 2006 di Hotel Putra Palace, Kangar dengan penyertaan lebih daripada 200 peserta di kalangan ahli pengedar HPA. Program ini mendapat perhatian ahli pengedar HPA dari serata negeri di Malaysia, Brunei dan juga Thailand.

Program yang berlangsung selama 3 hari ini bertujuan untuk memimpin ahli pengedar biasa HPA supaya menyusun stategi pemasaran dan perniagaan Multilevel Marketing atau MLM berasaskan produk herba keluaran HPA dengan berkesan. Pengisian secara bengkel ini disampaikan oleh Pengurus Pemasaran HPA sendiri iaitu En Mohammad Faisol bin Abdul Rahman, Pengarah Jati Setia (PJS) Murad bin Abu Bakar dan juga PJS Azizan bin Ahmad sebagai pendekatan memupuk semangat usahawan muslim dalam diri para peserta.

 

Program PB ini sentiasa diisikan dengan modul-modul efektif sebagai pelengkap diri untuk menjalani perniagaan herba HPA secara teori dan praktikal. Perjalanan bengkel ini dikawalselia oleh para pemimpin HPA antaranya ialah PJS Khalid bin Iskri, PJS Aseri bin Hanapiah, PJS Siti Zawiyah @ Noor Zakiah binti Abdul Rahman, PJS Hafidzan Faudzi dan ramai lagi. Antara modul yang diberikan adalah ‘Marketing Plan berasaskan Perkongsian Bijak’, ‘Siri Kejayaanku’, ‘Management By Objectives (MBO)’, ‘Demo Perkongsian Bijak’ dan banyak lagi. Program ini memberi pengkhususan kepada Kopi Pra-Campuran Radix HPA sebagai ‘killer product’ dalam menjayakan objektif perniagaan HPA dalam masa 5 bulan.

 

Selain daripada pengisian dari segi pemasaran, program ini turut diisi dengan modul ceramah yang disampaikan khas oleh Ustaz Halim bin Nasir dalam modulnya yang bertajuk ‘Perkongsian Bijak Mengikut Sunnah Rasul S.A.W’. Untuk melengkapkan diri sebagai usahawan muslim yang berjaya, pendekatan secara rohani islamiyah haruslah dipupuk sejak awal pembabitan perniagaan dan inilah satu keistimewaan yang sering dibawa oleh Program PB kepada usahawannya.

Untuk memenuhi intipati Program PB, satu modul khas berkenaan dengan produk Kopi Pra-Campuran Radix telah disampaikan oleh Pengarah Urusan I HPA Industries Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad. Dalam modul ini, para peserta didedahkan dengan rahsia keistimewaan herba-herba pilihan yang terkandung di dalam Kopi Pra-Campuran Radix sebagai bekalan ilmu dan persiapan diri kepada usahawan HPA untuk menguasai pasaran tempatan justeru menguasai pasaran global.
Hosted by www.Geocities.ws

1