"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

HERBA TUJU ANGIN

KOD: ZH03  75 Biji  RM20.00

Terdapat beberapa jenis produk HPA yang mengandungi unsur karminatif atau 'penolak angin'. Salah satu produknya ialah Herba Tuju Angin. Herba utama bagi produk ini adalah tumbuhan yang dikenali sebagai Medang Teja (Cinnamomum iners) yang mengandungi minyak meruap (asiri) yang mujarab dan berkesan.

Disamping bersifat sebagai penolak angin, herba ini juga bertindak sebagai pelawas dan memudahkan buang air besar. Amalan herba ini seharusnya diambil bersama air suam 1 gelas selepas memakannya. Herba ini merupakan makanan kesihatan sesuai untuk lelaki dan perempuan dan boleh digunakan pada semua peringkat umur kerana ramuan herba ini bukan yang bersifat panas.

Kesan masalah angin di dalam badan

1. Kembung Perut dan  Segah: Jika angin berkumpul dibahagian kiri abdomen, dada akan sakit dan berdebar seperti sakit jantung. Jika ia berkumpul dibahagian kanan, kesakitan yang dirasai seolah-olah penyakit batu hempedu atau ependisitis.

2. Makan Cepat Kenyang: Sesetengah makanan yang tidak hadam akan bergerak masuk ke usus besar di mana bakteria akan menghancurkan makanan tersebut dan menghasilkan gas seperti hiderogen, karbon dioksida dan gas methane. Perut menjadi sebu dan tidak selesa.

3. Lemah Sendi: Masalah lemah sendi juga sering terjadi terutamanya bagi mereka yang mengalami masalah angin. Perut akan kembung, badan terasa lenguh dan kebas serta mencucuk-cucuk terutama pada sendi-sendi dan juga kerap menghadapi masalah lemah tenaga batin. 

4. Gangguan Emosi: Masalah angin juga menyebabkan gangguan emosi kadang-kadang terasa takut, sedih, marah dan putus asa. Gangguan emosi juga selalunya terkena pada orang-orang perempuan terutama selepas bersalin (meroyan), seluruh badan terasa sakit dan lemah, runsing dan terganggu emosi serta selalu dalam keadaan tidak sihat.

5. Angin Pasang (Burut): Terdapat bengkak di bahagian atas pelipat paha di sebelah ari-ari, pesakit akan menghadapi masalah kerana tidak dapat menjalankan kerja-kerja berat, berasa sakit dan masalah dalam hubungan kelamin, buah zakar besar sebelah.

 

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1