TEH ASIATICA PLUS

Teh ini menggunakan tumbuhan yang dikenali sebagai Centella Asiatica dan Hydrocotyle Sibthorpiodes. Kedua-dua herba ini dari keluarga PEGAGA.

Keistimewaan

1.   Pencuci – mengelakkan sembelit serta membuang bahan toksid di dalam badan.

2.   Menurunkan paras kolestrol dalam badan – sesuai untuk memecahkan lemak badan (melangsingkan badan) dan untuk pesakit darah tinggi.

3.   Boleh membantu memecahkan batu karang jika diminum bersama Madu Asli dan Malac.

4.   Untuk mengempiskan perut dan mengelakkan dari otot perut melendur, disyorkan supaya minum Teh Asiatica Plus tiga (3) kali sehari [dua (2) uncang direndam dalam satu (1) cawan] dan sapukan Minyak But-But di bahagian perut dan dibarut.

Nota Penting

1.   Hampas Teh Herba dan Teh Asiatica Plus boleh digunakan untuk penyakit kulit seperti ruam, kudis, makan air, luka disebabkan kencing manis iaitu dengan cara ditempelkan hampas itu pada tempat yang sakit.

2.  Bayi yang sering kembung perut dan sukar untuk membuang air  besar digalakkan meminum Teh Herba atau Teh Asiatica Plus  sebagai minuman harian dan dicampur dengan Madu Asli serta  sapukan Minyak But-But diperut untuk membuang angin dan  melawaskan buang air besar.

Hosted by www.Geocities.ws

1