"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

INSOMNIA

Kita semua pernah mengalami insomnia atau sukar tidur, tetapi biasanya bersifat sementara. Gangguan ini menjadi masalah besar bila terjadi setiap malam. Setiap orang mempunyai keperluan waktu tidur yang berbeza. Sebahagian orang cukup dengan hanya tidur selama 4 ~ 5 jam setiap malam sedangkan yang lain perlu paling tidak 8 jam. Masalah insomnia bukan bererti kurangnya masa waktu tidur sahaja tetapi yang lebih penting adalah kualiti tidur yang kita lalui dan sejauh mana dapat beristirehat dari tidur tersebut.

TANDA-TANDA TIDUR YANG TIDAK BERKUALITI

Sukar untuk mulai tidur dan lama tidak boleh memejamkan mata.

Mudah tertidur tetapi selalu bangun terlalu awal dan tidak boleh tidur lagi.

Sering terjaga di malam hari dan menjadi mengantuk di siang hari.

PUNCA-PUNCA

Tekanan di rumah atau di tempat kerja.

Perubahan pola hidup seperti pindah rumah

Lingkungan yang ramai dan tidak nyaman untuk tidur.

Penyakit yang menyebabkan sesak nafas atau sering buang air kecil.

Pertambahan usia.

Cemas dan murung (depresion)

KOMPLIKASI

Gangguan kepada kestabilan sistem hormon, sistem saraf dan sistem imuniti.

Sakit kaki, sakit sendi dan sakit pinggang.

CARA MENGATASI

Satu pengkaedahan yang penting untuk mengatasi masalah ini ialah dengan mendapatkan tidur yang berkualiti kerana sistem saraf dan pembaikan sel-sel berlaku ketika waktu tidur. Tidur ini dipengaruhi oleh hormon melatonin yang dirembeskan oleh kelenjar pituitari yang terdapat di otak. Untuk mengatasi masalah ini hendaklah diberikan herba-herba yang mampu bertindak terus ke otak khususnya kepada sistem endokrin itu sendiri di mana punca masalah ini bermula. Keberkesanan perembesan hormon banyak bergantung kepada kehadiran vitamin C (asid askobik) di dalam tubuh, Produk-produk alami yang dicadangkan adalah seperti di bawah ini:

Madu Asli

Roselle

Mengkudu

O-mega 3

Malac

Amarantus

"Hanya dengan mengingati Allah sahaja, hati akan menjadi tenang"- maksud Al Quran
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1