"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

HERBA SEJUK

Herba sejuk menolong mengaktifkan mekanisma penyejukan di dalam badan yang berada di otak manusia. Di samping herba ini, haba tersebut juga akan mengembangkan saluran darah di bawah kulit. Kelenjar-kelenjar peluh dirangsangkan untuk mengeluarkan peluh ke permukaan kulit dan suhu badan dapat distabilkan.

Herba ini diberikan kepada pesakit yang mengalami masalah suhu badan yang tinggi seperti demam panas, sawan tarik, darah tinggi, pening, kanser, migrain dan lain-lain lagi. Kebanyakan herba sejuk mempunyai sifat diuretik (melawaskan pembuangan air kencing) dan setiap herba diuretik adalah bersifat anti hipertensi. Para herbalis percaya bahawa kepanasan badan dikeluarkan melalui urin dan perpeluhan. Contoh-contoh herba sejuk adalah seperti akar lalang, ekor kucing, akar buluh, bayam duri dan lain-lain lagi. Jika dilihat secara mikroskopik tumbuhan-tumbuhan ini sebahagiannya mempunyai urat daun selari, berduri, mempunyai rasa manis pada air rebusannya.

Makanan laut yang sejuk pula ialah seperti remis, ketam, tiram dan sotong akan memberi kesan negatif terhadap keupayaan sek lelaki jika terlalu kerap pengambilannya. Sebaliknya udang kecil termasuk kategori panas dan mudah menaikkan syahwat lelaki.

        
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1