"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

HERBA PANAS

Sesetengah jenis herba akan menghasilkan haba panas apabila diambil. Herba ini akan bertindak merangsangkan tenaga badan melalui keupayaan mengekal dan memulihkan haba badan. Penyakit yang selalu terjadi apabila kekurangan metabolisma (haba semulajadi) adalah seperti masalah angin, ketidakseimbangan hormon, meroyan dan lain-lain lagi. Herba-herba yang akan memberikan kesan panas adalah seperti pokok halban, pokok lemuni, mengkudu dan lain-lain lagi.

Diantara sebab perempuan sukar mengandung ialah rahimnya terlalu panas. Sekiranya rahim terlalu panas, makan makanan yang sejuk dan elakkan daripada makanan berempah, dipanggang dan digoreng. Amalkan makanan yang sejuk seperti pisang, tembikai, kacang soya, peria, oren, labu, bunga matahari dan tomato. Jika rahim sejuk amalkan makanan yang merangsangkan seperti daging kambing, lembu, ayam, kurma dan kacang merah.

        
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1