"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

FUNGSI HERBA

1. Penggunaan Herba Sebagai Pemakanan Kesihatan

Ianya perlu diamalkan dalam jangka masa tertentu untuk memastikan kemujarabannya kerana mengandungi bahan aktif yang terlalu rendah dan bertindak secara perlahan dan berterusan.

Bahan-bahan di dalam herba seperti vitamin, galian, protein, serat, karbohidrat, beta karoten, dan bahan-bahan aktif adalah diperlukan secara berterusan oleh badan untuk membaiki sistem ketahanan badan untuk rawatan melawan penyakit yang ada.

Zat pemakanan herba bukan bertindak kepada tempat dan penyakit tertentu sahaja tetapi untuk kesihatan seluruh badan.

2. Penggunaan Herba Untuk Perawatan

Dirangkumi oleh 2 unsur iaitu perawatan ilahiah dan alamiah:

Perawatan ilahiah bersumberkan ayat-ayat suci Al-Quran dan hadis-hadis nabi dan ianya perlu diyakini walaupun tidak dapat dibuktikan dengan kajian saintifik.

Keberkesanan perawatan alamiah diakui pengguna berdasarkan apa yang mereka lihat.

        
" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1