"Ke Arah Merealisasikan Pengubatan JAWI"

OMEGA-3

KOD:ZH22  35BIJI  RM20.00 (SOFTGEL)

Digunakan secara tradisional sebagai nutrien tambahan untuk pemeliharaan kesihatan, melancarkan perjalanan darah, pemeliharaan kulit, penglihatan, kesihatan ibu selepas bersalin, melegakan sakit kepala, sakit otot dan sendi.

O-MEGA-3 ialah nutrien tambahan yang mengandungi asid lemak Omega-3, komplek asid amino, vitamin dan mineral. O-MEGA-3 dibuat menggunakan ikan dari Laut Artik. Semua nutrien yang terdapat di dalam nutrien tambahan ini adalah dalam bentuk semula jadi. Kapsul yang digunakan mendapat tanda halal dari JPM.

Nutrien Tambahan

Konsep nutrien tambahan adalah berasaskan kepada pencegahan penyakit dan tujuan nutrien tambahan ialah untuk membekalkan nutrien-nutrien yang tidak dapat dibekalkan dengan secukupnya oleh diet. Kekurangan nutrien akan menyebabkan pelbagai penyakit. Terdapat berbagai-bagai sebab diet hari ini tidak dapat membekalkan cukup nutrien antaranya ialah teknologi pengendalian, pemerosesan, penyedian bahan makanan dan keadaan fisiologi seseorang.

Kajian saintifik telah lama menunjukkan berlakunya keadaan kekurangan nutrien tertentu dalam diet tetapi orang ramai mulai sedar tentang masaalah tersebut hanya kebelakangan ini, itupun setelah penyakit-penyakit berkaitan dengan diet telah mengancam nyawa.

Di negara maju, mengambil nutrien tambahan merupakan satu amalan biasa kerana kesedaran yang tinggi di kalangan penduduknya tentang hubungan antara kesihatan dan diet. 38% daripada penduduk di negara tersebut mengambil nutrien tambahan setiap hari. Kini permintaan untuk nutrien tambahan di Amerika Syarikat adalah bernilai US$250 billion, di Eropah adalah US$500 billion dan di Jepun adalah US$ 4 billion. Di Malaysia angka sebenar tidak diperolehi tetapi dipercayai berjuta ringgit dan menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Asid Lemak Omega-3 (EPA dan DHA)

Fungsi darah ialah membekalkan oksigen, mengangkut nutrien dan hormon, menstabilkan suhu badan dan membantu melupuskan sisa-sisa toksid dari badan. Fungsi-fungsi ini akan terganggu apabila saluran darah tersumbat. Terlalu banyak bahaya kepada kesihatan apabila fungsi darah terganggu. Antara bahaya yang paling serius ialah penyakit-penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Penyakit jantung merupakan penyebab utama kematian di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Sebab utama saluran darah tersumbat adalah darah membeku dalam arteri (thrombosis) dan terjadi mendapan lemak pada dinding dalam arteri (atherosclerosis). Darah membeku terjadi apabila kandungan asid lemak Omega-3 berkurangan dan kandungan asid lemak Omega-6 berlebihan. Ini kerana fungsi asid lemak Omega-3 mencairkan darah manakala fungsi asid lemak Omega-6 pula adalah membekukan darah. Malangnya diet hari ini mengandungi terlalu banyaj asid lemak Omega-6 dan kurang asid lemak Omega-3.

Mendapan lemak pada dinding dalam arteri pula terjadi apabila kandungan lipoprotein ketumpatan tinggi (kolesterol baik) berkurangan dan kandungan lipoprotein ketumpatan rendah (kolesterol buruk) berlebihan. Asid lemak Omega-3 meningkatkan kandungan kolesterol baik dan mengurangkan kandungan kolesterol buruk.

Asid lemak Omega-3 merupakan komponen yang membina struktur otak, mata, sperma dan lain-lain organ utama. Kekurangan asid lemak Omega-3 menyebabkan organ-organ ini tidak dapat berfungsi dengan sempurna seperti keupayaan belajar merosot, penglihatan kabur dan bilangan sperma berkurangan. Adalah sangat penting bagi menentukan kandungan asid lemak Omega-3 sentiasa cukup untuk perkembangan yang sempurna. Bagi anak dalam kandungan dan kanak-kanak dalam penyusuan sangat penting untuk mendapatkan cukup asid lemak Omega-3 untuk menentukan otak, mata dan lain-lain organ berkembang dengan sempurna. Asid lemak Omega-3 terdapat dalam susuan ibu dan yang penting ibu-ibu tentukan mereka mendapat cukup asid lemak Omega-3.

Kajian saintifik telah membuktikan asid lemak Omega-3 juga dapat membantu mencegah penyakit kulit, migrane, darah tinggi, kebas atau sejuk tangan dan kaki, radang sendi , barah payu dara, kolon, pankreas dan prostat. Buat masa ini banyak kajian sedang giat dijalankan untuk mengenalpasti penyakit-penyakit lain yang mempunyai hubung kait dengan kekurangan asid lemak Omega-3.

Sebenarnya badan manusia mampu menghasilkan asid lemak Omega-3 tetapi jumlah yang dihasilkan adalah sedikit dan banyak pula faktor yang menganggu penghasilan tersebut seperti cara pemakanan, obesiti, gaya hidup, keturunan, usia dan penyakit-penyakit tertentu.

Kerana pentingnya asid lemak Omega-3 kepada kesihatan berbagai usaha dibuat untuk menentukan badan mendapat cukup bekalan asid lemak Omega-3 dengan pengambilan makanan seperti susu, majerin, keju, yogurt, minuman, biskut dan lain-lain. Cara yang paling mudah dan berkesan ialah melalui nutrien tambahan.

Penggunaan asid lemak Omega-3 dalam bentuk nutrien tambahan untuk tujuan kesihatan telah diperakui oleh perubatan moden dan telah lama diamalkan di seluruh dunia. Penerimaan ini adalah hasil pengalaman kajian saintifik dan ujian-ujian perubatan.

Komplek Asid Amino, Vitamin dan Mineral

Komplek asid amino, vitamin dan mineral merupakan nutrien penting untuk fisiologi badan berfungsi dengan normal. Bukti saintifik menunjukkan terdapat kekurangan nutrien-nutrien ini dalam diet. Kombinasi nutrien-nutrien ini akan dapat meningkatkan tahap nutrien-nutrien penting dengan mudah dan mampu membaik pulih sel-sel yang rosak atau menggantikan sel-sel yang mati.

Sebagai contoh sel-sel kulit perlu kepada baikpulih dan penggantian berterusan untuk kulit kelihatan segar dan sihat kerana sel-sel kulit sentiasa terdedah kepada faktor-faktor yang merosakkan.

Ikan Laut Artik

Terdapat beberapa kelebihan ikan Laut Artik yang menyebabkan ikan-ikan tersebut telah digunakan dalam penyedian kebanyakan produk asid lemak Omega-3. Ikan dari Laut Artik didapati mengandungi asid lemak Omega-3 yang tinggi. Ikan-ikan yang akan digunakan untuk penyedian nutrien tambahan akan ditangkap pada musim sejuk. Pada masa ini ikan-ikan Laut Artik mempunyai kualiti yang unik dan sangat sesuai untuk tujuan-tujuan perubatan.

Kelebihan O-MEGA-3

Mengandungi gabungan asid lemak Omega-3, komplek asid amino, vitamin dan mineral.

Nutrien yang dibekalkan adalah dalam bentuk semula jadi.

Tidak memberi kesan sampingan.

Bertindak selari dengan fisiologi badan.

Kapsul yang digunakan adalah halal.

LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1