"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

MENGKUDU

(Morinda citrifolia)

MANAFAAT KESIHATAN BUAH MENGKUDU

Penyelidik menunjukkan bahawa buah mengkudu merangsang sistem imun, mengatur fungsi sel dan pemuliharaan sel yang rosak.

Secara ringkasnya fungsi buah mengkudu adalah:

Merendahkan tekanan darah tinggi
Memainkan peranan bersama-sama melatonin dan serotonin bagi membetulkan aturan perjalanan masa tidur, suhu dan putaran mood.
Menambah tenaga badan
Bertindak sebagai anti-peradangan
Bahan anti-histamin (alergi)
Melegakan kesakitan
Mempunyai kuasa anti-bakteria yang boleh melindungi daripada kerosakan sistem penghadaman dan hati
Merencat fungsi pra-kanser dan pertumbuhan kanser

Mengkudu boleh di ambil bersama dengan ubatan lain, tiada interaksi negatif, malah terdapat keadaan mengkudu memberikan kesan yang lebih efektif bagi ubat-ubatan.

Laporan kesan sampingan sangat sedikit. Kurang daripada 5% dengan pedih-pedih ringan atau alergik kepada mengkudu. Ianya hilang bila dos mengkudu dikurangkan. Mengkudu dilapurkan selamat untuk ibu yang mengandung dan ibu sedang menyusu.

Carta di bawah mengandungi analisa data statistik yang diperolehi dari 40 doktor dan profesional kesihatan yang telah memberikan mengkudu kepada lebih 8,000 pesakit.

KONDISI

BIL. MENGAMBIL MENGKUDU

% YANG DIBANTU

Kanser 847 67%
Penyakit Jantung 1058 80%
Stroke 983 58%
Kencing Manis tahap 1 & 2 2434 83%
Lemah Tenaga 7931 91%
Lemah Tenaga Seksual 1545 88%
Membina Otot Badan 709 71%
Kegemukan 2638 72%
Tekanan Darah Tinggi 721 87%
Merokok 447 58%
Arthritis 673 80%
Kesakitan (Pain) 3785 87%
Murung (Depression) 781 77%
Alergi 851 85%
Masalah Penghadaman 1509 72%
Masalah Pernafasan 2727 78%
Masalah Tidur 1148 72%
Kecelaruan Fikiran 301 89%
Pertambahan Rasa Sihat 3716 79%
Peningkatan Rasa Awas 2538 73%
Masalah Ginjal 2127 66%
Tekanan Perasaan 3273 71%
     

Nota: Mereka yang tidak berjaya ditolong kerana mengambil mengkudu pada dos yang rendah dari yang dicadangkan.

APLIKASI UMUM PRIMARI MENGKUDU

Mengkudu bertindak secara sinergi dengan suplimen makanan atau ubat-ubatan lain.
Mengkudu berkemungkinan menolong dengan pencegahan, dengan optima dengan antioksidan lain.
Mengkudu menolong binatang pulih dengan cepat.

KAJIAN KLINIK DR.SCHECHTER MENUNJUKKAN:

Mengkudu merasang pembentukan sel-T dalam sistem imun.
Mengkudu bertindak merangsang sistem imun melibatkan macro phage dan lymphocyte.
Mengkudu telah menunjukkan tindakkan melawan banyak jenis bakteria.
Mengkudu mempunyai kesan anti-kesakitan yang unik.
Mengkudu merencat fungsi pra-kanser dan pertumbuhan kanser dengan mengembalikan fungsi sel kepada normal/teratur.

TEKANAN DARAH TINGGI

Scopoletin, bahan phytonutrien dalam mengkudu; diisolasikan dari mengkudu pada 1993 oleh pengkaji di Universiti of Hawaii mampu mencairkan darah di pembuluh yang sempit. Ini bermaksud jantung tak perlu bekerja keras untuk mengepam darah. Selain 'mencairkan' darah ia bergabung dengan serotonin.

Kajian ke atas binatang menunjukkan scopoletin yang diisolasikan boleh merendahkan tekanan darah sehingga di bawah tekanan darah normal tetapi berbeza dengan scopoletin yang bertindak secara sinergi dengan nutriseutikal lain dalam mengkudu, ia sekadar merendahkan ke tahap tekanan darah normal dan tidak lebih rendah dari itu (peringkat hipotensi).

Kebelakangan ini banyak kajian ke atas mengkudu dilakukan di Amerika Syarikat seperti di Stanford University, University of California, UCLA Los Angeles, University of Hawaii, Union College of London, England dan University of Meets, France. Penyelidik-penyelidik bersetuju bahawa mengkudu mampu memainkan peranan dalam merendahkan tekanan darah tinggi.

Seorang doktor di New York, Scott Gerson M.D., yang telah menjalankan kajian klinikal atas kawalan placebo, menunjukkan penurunan purata 7.5% (systolic) dan 4% (diastolic) bagi pesakit lelaki.

Dr. Monica Harrison, pengamal perubatan dari Maryland juga melaporkan penurunan tekanan darah seorang wanita dari 170/100 kepada 130/80 apabila dia mengambil mengkudu.

KITARAN MOOD DAN TENAGA BADAN

Dr. Harrison percaya, perhubungan antara scopoletin dan serotonin dalam mengkudu dapat meningkatkan aktiviti pineal gland yang terletak pada bahagian dalaman otak. Kelenjar ini ialah antara bahagian yang menghasilkan serotonin dan kemudiannya digunakan untuk menghasilkan hormon melatonin. Serotonin dan melatonin membantu mengatur tidur, suhu, mood, baligh dan kitaran haid.

Dr. Ralph Heinicke, seorang pengkaji sistem xeronine (40 tahun pengkajian) yang diiktiraf oleh dunia, percaya cecair mengkudu membantu badan memulihkan diri sendiri dengan membekalkan sejumlah proxeronine, yang kemudiannya boleh menghasilkan alkaloid xeronine. Alkaloid xeronine membawa kepada 'perasaan ceria' setelah melalui satu siri tindakbalas hormon yang kompleks.

ANTI-INFLAMMATORY DAN ANTI-HISTERMIC

Ia juga berkesan sebagai anti peradangan dan anti-alahan. Kajian perubatan banyak melaporkan kejayaan rawatan serotonin ke atas arthritis, bursitis dan carpel tunnel syndrome dan alergi. Ini ditunjukkan oleh Dr. Bloss, pakar bedah orthopedic dari Indiana.

KESAKITAN

Telah diterima bahawa kebaikan utama mengkudu ialah melegakan kesakitan. Dilaporkan xeronine, bahan 'kunci' mengkudu, mempunyai keupayaan memulihkan protein yang abnormal dan mengawal-atur fungsi sel, termasuk fungsi otak, di mana kesakitan bermula.

Makmal pharmacosny, University of Meets, Perancis telah menjumpai mengkudu mempunyai kesan central analgenic, yakni mengkudu memberi kesan ke atas otak bagi melegakan kesakitan di seluruh badan. Keberkesanan melegakan kesakitan oleh mengkudu adalah 75% dari kandungan morphine di dalamnya, cuma mengkudu tiada kesan ketagihan dan tiada kesan toksik.

KEROSAKAN SISTEM PENGHADAMAN DAN JANTUNG

Laporan saintifik 1950 dan dalam Pacific Science Journal menunjukkan mengkudu mempunyai ciri-ciri antibacterial yang boleh melindungi dari kerosakkan sistem penghadaman dan jantung. Dr. Gerson telah menyatakan anthraquinones yang dijumpai dalam mengkudu telah digunakan dengan cukup berkesan melawan jangkitan jantung oleh stplylococcus dan shigella bakteria usus.

Anthraquinones dalam mengkudu merangsang aktiviti keseluruhan proses penghadaman, menambah perembesan enzim-enzim dan pengaliran hempedu. Anthraquinones juga berkesan melegakan kesakitan dan suplimen dalam rawatan kanser.

KANSER

Adalah dipercayai sinergi pelbagai phytonutrien dalam mengkudu bertindak sebagai adaptogen, bahan/zat pemakanan yang membantu mengembalikan sel abnormal kepada normal. Pembentangan kertas kerja oleh penyelidik-penyelidik dari Dept. of Pathology & Pharmacology di John Burns of Medicine, Honolulu Hawaii, di Persidangan ke-83 di San Diego, California dalam tahun 1992, ianya diringkaskan  dalam Proceeding of the American Association for Cancer Research bertajuk "Anti-tumor activity of Morinda citrifolia on intrapeitoneally implanted Lewis lung carcioma in mice" mendapati tikus yang diberi makan mengkudu 105 ~ 123% hidup lebih lama daripada tikus yang tidak diberikan mengkudu. Terdapat pertambahan peratusan jangka hayat yang besar apabila mengkudu diberikan bersama ubat anti-kanser seperti adriamycin, 5-fluoroucil (5FU) atau vincrintine.

Dalam tahun 1994, A. Hirazumi dan rakan-rakan melaporkan dalam Pharmacological Society Journal "Anti-cancer activity of Morida citrifolia in mice with lung cancer'. Setahun sebelumnya Tomonori Hiramatsu dan 3 rakannya telah melaporkan dalam Cancer Letters, setelah menganalisa lebih 500 pelbagai ekstrak tumbuhan, phytonutrient damnacantal yang dijumpai dalam mengkudu adalah perencat baru terhadap sesetengah sel yang berkecenderungan menjadi kanser.

Mekanisme yang sama ditunjukkan oleh minyak hati ikan jerung, salah satu dari komponennya, squalamine, telah menunjukkan keupayaan mengawal pertumbuhan tumor otak, diterbitkan oleh Dr. Henry Brem, professor of neurosurgery di John Hopkins Medical Institutions.

BAHAN AKTIF MENGKUDU

Dr. Heinicke mempercayai mengkudu membantu mengembalikan paras normal sel-sel yang abnormal dengan membekalkan badan komponen proxeronine yang penting yang kemudiannya sel membentukkannya menjadi alkaloid xeronine. Xeronine merencat kesan positif pada sel menyebabkan perasaan ceria. Buah mengkudu merupakan sumber xeronine yang terbaik. Xeronine boleh juga didapati dalam nenas.

Bahan utama yang terdapat dalam mengkudu ialah proxeronine, yang boleh ditukarkan kepada xeronine oleh badan. Xeronine bebas yang dihasilkan oleh sel, mencegah peptida penyebab inflamasi daripada menyerap ke atas protein tertentu. Ini mengurangkan jumlah inflamasi.

Dalam badan, entiti utama yang terlibat dalam biosentisis xeronine ialah proxeronine. Proxerinine ialah enzim yang diperlukan untuk biosentisis xeronine dan serotonin. Proxeronine kerap dalam kekurangan bekalan. Di sinilah Dr. Heinicke percaya bagaimana biosentisis xeronine berjalan.

Organ hati juga menyimpan proxeronine. Lebih kurang setiap 2 jam, otak menghantar kepada hati isyrat untuk merembeskan proxeronine. Pelbagai organ dalam badan akan menyerap proxeronine secukupnya bagi membentuk xeronine yang diperlukan masing-masing. Biasanya sel mempunyai jumlah bahan biokimia lain untuk membentuk xeronine, cuma proxeronine yang tidak cukup.

Dalam kes tertentu seperti stress, sel abnormal prakanser, emosi, jangkitan dan toksin boleh membawa kepada ketidakcukupan ini. Kekuatan lain kuasa pemulih mengkudu ialah terdapat pada hubungan dengan serotonin.

Dr. Heinicke melaporkan ramai orang yang mengalami tekanan perasaan menjadi lega apabila mengambil mengkudu.  Juga mengkudu dapat menolong mereka yang menghadapi masalah ketagihan seperti arak, cocaine, marijuana dan heroin dalam sesi psychotherapy mereka.

 

"Perbezaan antara kita orang-orang Islam dengan orang-orang Musyrikin ialah sembahyang. Maka barangsiapa yang meninggalkan sembahyang sesungguhnya ia telah menjadi Kafir" - maksud hadis
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1