ANGIN AHMAR (STROK)

Pelbagai andaian dibuat mengenai tahap keseriusan penyakit angin ahmar atau strok. Ada yang mengklasifikasikan penyakit itu antara 5 pembunuh paling berbahaya di negeri ini. Sekalipun ada pelbagai pendapat menjelaskan penyakit angin ahmar, yang nyata ia boleh membunuh secara senyap dan tanpa amaran.

Mengenali tanda awal serangan angin ahmar mungkin membantu anda mengatasi akibat buruk yang bakal dialami apabila diserang, terutamanya kecacatan. Angin ahmar boleh berlaku kepada sesiapa saja, terutama lelaki yang kuat merokok.

Kebanyakan pesakit tidak menyedari dan mengambil berat tanda awal itu. Pelbagai kempen dibuat supaya orang ramai peka dan mengambil langkah pencegahan seperti mana dilakukan oleh PERSATUAN NEUROSAINS MALAYSIA dalam risalah terbitan Sanofi bertajuk Memahami Penyakit Angin Ahmar.

Strok terbahagi kepada 2 jenis:

Pendarahan

Strok jenis pendarahan jarang berlaku, tetapi ia lebih berbahaya dan mendedahkan pesakit kepada ajal, manakala peluang pemulihan sepenuhnya sangat tipis. Strok disebabkan pendarahan terdedah kepada golongan muda yang berusia dalam lingkungan 20 dan 30 tahun. Strok jenis ini berlaku apabila wujud pendarahan antara lapisan otak dan di dalam otak sendiri.

 

Salur darah tersumbat.

Strok akibat penyumbatan salur darah lebih kerap berlaku pada individu berusia 60 tahun ke atas. Strok jenis ini wujud apabila saluran darah ke otak mengalami kesumbatan. Aliran darah akan menjadi perlahan dan membentuk gumpalan di dalam saluran darah yang tersumbat dan ini menghalang pengaliran darah ke otak.

Sebab-sebab strok pendarahan

Penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi.
Kelainan kongenital atau semula jadi pada salur darah otak sejak dilahirkan. Keadaan ini juga dikenali sebagai 'aneurisme'.
Salur darah bergumpal. Keadaan ini boleh membawa maut kepada pesakit dan apabila mengalami keadaan ini, pesakit selalunya mengalami sakit kepala teruk, mual, muntah-muntah, sawan dan tidak sedarkan diri.

Sebab-sebab salur darah tersumbat

Penyakit diabetes atau kencing manis.
Kegemukan atau obesiti.
Kandungan kolesterol tinggi dalam darah.
Merokok.
Kurang bersenam.
Pengambilan pil perancang keluarga.
Kandungan asid urik tinggi dalam darah.
Faktor keturunan.

Simptom

Lumpuh sebelah badan, sama ada kanan atau kiri. Jika strok membabitkan otak kiri, pesakit akan lumpuh sebelah kanan dan jika strok berlaku pada otak kanan, pesakit lumpuh di sebelah kiri.
Pesakit mengalami kesukaran bertutur apabila strok membabitkan otak kiri.
Tidak bermaya.
Pandangan atau penglihatan menjadi kabur.
Sakir kepala.
Kebas.
Sukar menelan.

RAWATAN JAWI

Memandangkan penyakit ini tergolong di dalam jenis penyakit yang merbahaya, maka rawatan yang dicadangkan adalah berbentuk rawatan menyeluruh iaitu gabungan rawatan alamiah dan juga rawatan ilahiah.

Rawatan Ilahiah

Sembahyang malam dengan memanjangkan sujud.
Puasa sunat
Membaca Al quran dan doa angin ahmar
Membanyakkan membaca selawat dan Istigfar

Rawatan Alamiah

Dengan mengamalkan set lengkap yang merangkumi set CLEANSING dan set BALANCING:

D Tork
D Karm
D Heat
Spirulina
Omega-3 Kapsul
Health-B
Madu Asli
Kopi Radix
Paramaria Plus (wanita) atau Radix (lelaki)
Minyak But-But

Dos yang perlu diambil adalah mengikut nasihat Herbalis yang memberikan rawatan setelah di diagnos dengan kaedah 'Saraf Tapak Tangan' atau 'Iridologi' atau 'Lidah' atau 'Nadi'.

 

Hadith Abdul Malik ibni Umair radiallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam bersabda,"Di dalam surah FATIHAH terdapat satu ubat untuk segala penyakit."
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1