"Ke Arah Merealisasikan Perubatan JAWI"

ALERGI

Alergi adalah keadaan di mana seseorang menjadi sangat sensitif terhadap bahan atau unsur penyebab alergi (alergen) yang belum tentu menimbulkan gangguan kepada orang lain. Keadaan ini biasanya dipengaruhi oleh faktor keturunan. Reaksi alergi timbul setelah beberapa kali terdedah dengan alergen samada alergen tersebut dihisap, dimakan, disentuh atau disuntik oleh pesakit. Mekanisma pertahanan tubuh bertindak secara berlebihan dan mengeluarkan histamin, suatu unsur kimia yang menyebabkan timbulnya gejala.

Jenis alergen yang sering menimbulkan reaksi ialah

Terdapat sebahagian pesakit yang sembuh setelah beberapa tahun. Ada juga yang mungkin mengidapinya seumur hidup.

Vitamin C merupakan antidot alergi yang sangat kuat. Dr. Jacqueline Krohn, penulis The Whole Way To Allergy Relief And Preventation menjelaskan bahawa Vitamin C melepaskan toksin daripada alergen. Rawatan megados Vitamin C cukup baik kerana tubuh akan mengeluarkan lebihannya dan dapat dilihat pada urin yang berubah menjadi kekuningan.

Tanda-tanda awal

Bergantung kepada bahagian tubuh yang diserang penyakit ini seperti:

Tanda-tanda teruk

Renjatan anafilaktik adalah reaksi alergi yang serius yang menyebabkan sistem peredaran gagal berfungsi sehingga menimbulkan gejala kejutan dan kematian.

PERAWATAN JAWI

Menggunakan tumbuh-tumbuhan yang bertindak sebagai anti histamin. Dengan penggunaan tersebut ianya juga bertindak sebagai anti asma melalui perencatan pembebasan histamin. Terdapat 9 famili yang disenaraikan mempunyai kesan ini. Tumbuh-tumbuhannya adalah seperti berikut:

  FAMILI SPESIES NAMA TEMPATAN BAHAGIAN
1 AMARANTHACEAE Amaranthus spinosus Bayam duri Batang & akar
2 APOCYNACEAE Catharanthus roseus Kemunting cina Akar
3 CARICACEAE Carica papaya Betik Daun
4 CONVOLVULACEAE Ipomoea batatas Ubi keledek Daun
5 GRAMINEAE Cymbopogon citrates

Cymbopogon nardus

Imperata cylindical

Serai makan

Serai wangi

Lalang

Bahagian ubi

Daun

Akar

6 NEPENTHACEAE Nepenthes mirabilis Periuk kera Akar & batang
7 OLEACEAE Jasminum sambac Melur, Melati Akar, bunga &daun
8 PIPERACEAE Piper betle

Piper sarmentosum

Sirih melayu

Kaduk

Daun

Seluruh pokok

9 RANUNCULACEAE Nigella sativa Jintan hitam Biji

 

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"
LAMAN UTAMA
Hosted by www.Geocities.ws

1