Benda ni senang sahaja.
Ini 7 langkah menyelesaikan 3x3x3 kiub rubik ni. oleh kerana kebanyakkan how to solve rubix
cube youtube kat internet semua in English, aku dgn bangganya nak tulis dlm Bahasa Malaysia.
sebelum kita pegi ke 7 langkah tu, mari kita belajar cara2 memusingkan rubik ni.

(rujuk gambar di atas) rubik ni ade 6 permukaan iaitu Front (F), Back (B), Left (L), Right (R),
Up (U) and Down (D)
(ni sengaja aku tak pakai Kiri Kanan Depan Belakang takut nanti korang
konfius lak) tak kira warna apa pun, janji permukaan yg mengadap kita ialah Front (F) dan seterusnya.
cara nak pusingkan pulak ialah dengan memusingkan 90° permukaan2 di atas mengikut pusingan jam
atau melawan pusingan jam.
cth:
1. Pusing R - pusing permukaan R mengikut pusingan jam (seperti gambar di bawah)

2. Pusing R U - pusing permukaan R mengikut pusingan jam dan permukaan U mengikut
pusingan jam (seperti gambar di bawah)

3. Pusing Ri (ade i maknanya pusing melawan pusingan jam or reverse) - pusing permukaan
R melawan pusingan jam.
paham dak ni? kalo dah paham pi practice dulu ;)

so skrg mari kita cuba 7 langkah menyelesaikan 3x3x3 kiub rubik:
Langkah 1:
Objektif: dapatkan white cross utk permukaan U dan permukaan F R L B
seperti gambar di bawah

Cara: ni tak yah pakai formula la, sonang jor. seriuosly kalo tak dapat buat,
dinasihatkan supaya main benda lain, tic-tac-toe ke ;)
Langkah 2:
Objektif: dapatkan full white utk permukaan U and permukaan F R L B
seperti gambar di bawah

Cara: Pusing Ri Di R D
make sure kedudukan bucu white seperti gambar di bawah baru pusing.

Langkah 3:
Objektif: terbalikkan kiub supaya full white tadi berada di permukaan D. dapatkan
2 layer utk permukaan F R L B seperti gambar di bawah

Cara:
F to R = Pusing U R Ui Ri Ui Fi U F
tgk gambar bawah lagi senang nak ikut ;)

R to F = Pusing Ui Fi U F U R Ui Ri
tgk gambar bawah lagi senang nak ikut ;)

Langkah 4:
Objektif: dapatkan yellow cross utk permukaan U dan permukaan F R L B tidak
berubah seperti gambar di bawah

Cara: Pusing F R U Ri Ui Fi
Nota: jgn sekali2 tukar kedudukan kiub ni
Langkah 5:
Objektif: dapatkan permukaan F R L B seperti gambar di bawah dan
yellow cross tadi tidak berubah

Cara: Pusing R U Ri U R U U Ri (jgn lupa try pusing U to check dah jadik ke belum)
at least mesti ada satu permukaan yg sama macam warna biru or merah tu. kalo ade 1, make
sure permukaan tu berada di B. kalau ade 2 permukaan yg bertentangan, make sure 1 permukaan
kat F, 1 lagi kat B. Kalau ada 2 permukakan yg bersebelahan, make sure 1 permukaan kat R satu
lagi kat B Nota: jgn sekali2 tukar kedudukan kiub ni
Langkah 6:
Objektif: dapatkan ke empat2 bucu permukaan U supaya kedudukannya berada sama dgn
permukaan F R L B seperti gambar di bawah. tak betul pun takper janji kedudukannya betul. cth:
bucu kuning, biru & merah berada di permukaan F (biru), R (merah) dan U (kuning)

Cara: Pusing U R Ui Li U Ri Ui L
mulakan dgn bucu yg betul kedudukannya. kalo tak de, just pusing formula ni
Nota: jgn sekali2 tukar kedudukan kiub ni
Langkah 7:
Objektif: betulkan ke empat2 bucu permukaan U tadi supaya dapat menyelesaikan kiub rubik

Cara: Pusing Ri Di R D (kalau korang perasan, formula ni sama ngan Langkah 2)
jangan risau kalau time pusing ni semua jadik berterabur, at the end semuanya akan jadik betul. just
buat pusingan U supaya bucu yg belum dibetulkan berada kat bulatan O seperti gambar.
|