ASAS-ASAS HTML:
Pengenalan kepada HTML:
Hypertext markup Language adalah bahasa yang digunakan untuk membina dokumen berasaskan web.
Dicipta oleh Tim Berners-Lee seorang ahli fizik di CERN, Geneva.
Bahasa ini difahami oleh semua sistem komputer yang memounyai sistem pengoperasian yang berbeza seperti windows, Mac, Unix, Linux, FREEBsD dsb..........
HTML boleh ditaip di Notepad (Microsoft), BBedit di Mac, dan vi di Unix.
Fail HTML diakhiri dengan [</html>].
HTML bergantung kepada tag bertanda (markup tags) untuk mengenal pasti blok perkataan.
Dibawah ini adalah contoh penggunaan kod HTML didalam pembangunan laman web.....
|
<html> <head> <title>ASAS-ASAS HTML</title></body> <body> <b><i><u> Selamat Datang ke Laman Web HTML </u></i></b> Anda ingin berkongsi kisah atau cara membangunkan laman web bersama saya? Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut atau inginkan nasihat tentang pembangunan laman web sila emailkan saya di:< <a href="mailto:[email protected]"[email protected]</a></font></p>> </body> </html> |
Didalam paparan internet adalah seperti ini:

KOD-KOD HTML:
Dokumen HTML merupakan fail teks biasa yang mempunyai kod-kod tertentu yang
dinamakan HTML yang boleh diterjemahkan oleh pelayar web.........
Tag HTML......
Tag menentukan paparan sesuatu teks format perenggan, perletakan sesuatu imej dan bagaimana untuk mmbuat pautan.
Asas kod HTML....
Setiap dokumen HTML mesti mengandungi :
head.....
Mengandungi tajuk dan keterangan lanjut dokumen tersebut.
Terletak diantara tag<HEAD>dan</HEAD>
body.....
Mengandungi teks, senarai, jadual, imej, tag penanda, dan elemen-elemen lain
Terletak diantara tag <BODY>dan</BODY>
Tag-tag asas yang diperlukan oleh pelayar web ialah <HTML><HEAD><TITLE><BODY>
Maklumat dalam elemen HTML....
|
TAG PEMBUKA |
TAG PENUTUP |
PENERANGAN |
|
<TITLE> |
</TITLE> |
Menakrifkan Tajuk Dokumen. |
|
<BASE> |
</BASE> |
Menakrifkan asas URL bagi semua navigasi dalam halaman. |
|
<LINK> |
</LINK> |
Menakrifkan sumber rujukan. |
|
<STYLE> |
</STYLE> |
Menakrifkan Definisi Style |
|
<SCRIPT> |
</SCRIPT> |
Menakrifkan skrip |
|
<META> |
</META> |
Menakrifkanmaklumat Meta |
Format Teks HTML.................
Terdapat dua jenis stail teks HTML iaitu:
Stail Fizikal: Digunakan untuk menakrif atribut seperti menebalkan(bold), mencondongkan(italic) dan bergairs(underline).
Stail Logikal: Digunakan untuk menunjukkan atribut yang digunakan untuk didalam badan(body) dokumen seperti heading, justifikasi perenggan, dan penggunaan pra-format.
Penggunaan Tag B I U
Tag Italic digunakan untuk menjadikan tulisan itu berdiri dalam bentuk condong.
Tag Bold digunakan untuk menjadikan tulisan kelihatan lebih tebal
Penggunaan Tag SUP
Teks akan menjadi superscript iaitu saiz teks lebih kecil dan kedudukannya lebih tinggi dari baris teks biasa.
Sering digunakan bagi persamaan matematik atau kejuruteraan.
Kod HTML: Taip teks diantara tag <SUP>dan </SUP>
Dibawah ini adalah contoh aturcara SUP.....
|
<HTML><HEAD> <TITLE>CUBAAN SUP</TITLE> </HEAD> <BODY> Suhu Maksima yang dicatatkan di Kuala Pilah melebihi 35<sup>O</sup>C </BODY> </HTML> |
Penggunaan Tag SUB, H, P, Align..........
TAG SUB
Teks akan diformat sebagai subscript dimana tulisan akan menjadi lebih kecil dan kedudukannya makin rendah.
Sering digunakan dalam formula saintifik.
TAG H
Digunakan untuk membuat tajuk utama.
Tajuk Utama mengandungi peringkat 1 hingga 6.
Panjang Tajuk Utama tiada had yang ditetapkan.
Ingat!!! JIka anda terlupa menaip tag penutup, teks yang ditaip akan menjadi sebahagian daripada kepala (header)
Penggunaan Tag P
Digunakan untuk membuat perenggan.
Tanpa tag <P> semua teks akan menjadi satu perenggan sahaja.
Ia memberitahu pengguna internet untuk selang sebaris dan mulakan dengan perenggan baru.
Contoh: <body> anda telah ditakdirkan untuk mempelajari ini sama ada anda suka atau tidak </body><p>
Penggunaan Tag Align
Digunakan untuk menukar justifikasi perenggan atau teks.
Taip ALIGN diikuti dengan justifikasi
Memformat perenggan menjadi justifikasi-kanan:
Taip <p align=right>
Memformat perenggan menjadi justifikasi kiri:
Taip <p align=left>
Memformat perenggan menjadi justifikasi-tengah:
Taip <p align=center>
Memformat perengggan agar selari:
taip <p align=justify>
Penggunaan Tag BR
Digunakan untuk mencipta baris henti yang akan menghasilkan baris kosong dimana sahaja ia berada.
Teks seterusnya akan muncul di margin sebelah kiri baris selepasnya...
Tiada baris kosong akan ditambah sepertimana anda menggunakan tag perenggan <P>
<BR> boleh diletakkan dimana-mana tag seperti tajuk utama.
Tag tiada henti (no brake) akan menghalang baris dipisahkan oleh pelayar.
Contoh:<nobr> SELAMAT DATANG KE LAB4</nobr>
KOd HTML: Taip Teks diantara tag <BR> dan </BR>.
Penggunaan Tag PRE
Gunakan teks pra-format sekiranya anda mahu susunan teks didalam pelayar.
Semua tag yang terletak diantara tag <PRE> dan </PRE> akan muncul sama seperti di Netscape Navigator dan Onternet Explorer.
Tajuk Utama dan perenggan tidak beroperasi didalam tag pra-format.
Senarai Tersusun dan Tak Tersusun
Terdapat dua senarai yang sering digunakan iaitu :
>> Tag Tersusun: tag yang melebel beberapa jenis isi kandungan, pelayar atau stail lampiran. Ia mengawal bagaimana ia akan kelihatan di tetingkap pelayar.
>> Tag yang terlibat ialah:
<DL>- Membuka senarai definisi
<DT>- Membuka setiap definisi istilah
<DD>- Membuka definisi bagi setiap istilah
</DL>- Menutup senarai definisi
>> Tag Tidak Tersusun: Diguna untuk papar item dalam bentuk nota, disamping memasukkan bullet berbentuk grafik di hadapan setiap item.
Jika ingin membangunkan tajuk utama, taip.....
<HL>00000000000000000000000</HL>
Tag pembuka ialah:<UL> dan diakhiri dengan </UL>
Tukar Stail Font dan Warna Teks
Untuk menukar stail teks adalah seperti berikut:
<font face="Comic Sans Ms"> dan diakhiri dengan </font>
Untuk menukar wrana teks adalah
seperti dibawah:
<font color="#FFFF00"> atau <font color="Yellow"> dan diakhiri dengan </font>
Untuk Latar belakang pula taip:
<body bgcolor="#COCOCO"> atau <body bgcolor="gray">
Untuk menukar saiz tulisan taip:
<font size=n> atau ditukar dengan nombor <font size=12>
Untuk mewujudkan garisan lintang gunakan contoh seperti dibawah iaitu Horizontal Rule:
|
<html><head> <title>Peribahasa</title> <body> <b>"Peha Kiri Tercubit Peha Kanan Terasa"</b> <HR> <i>Peribahasa Melayu</i> </body></html>
|

Menukar Warna Hyperteks
|
<html><head> <title>Hypertext Color</title> </head> <body> <body bgcolor=”#000000” text=”#fofofo” link”#ffffoo” Vlink=”22AA22” ALINK=”#0077FF> The text will display with gray color background. To try it please <a gref=”nowhere.html”>Click Here</a></p> </body></html> |

Penggunaan TAG META
Hanya sah dalam seksyen <HEAD> yang mengisytiharkan nama atau meta atau nilai pasangan bagi HTTP yang bergabung dengan dokumen HTML.
Fungsinya adalah untuk menambah maklumat di kepala HTTP dalam server HTTP.
Tamat.....
Hak Cipta Terpelihara
Hafizi bin Mohd Zin
Johor Bahru
<3>