WOMAN

   

 

 

Taktik Elak Penjahat

 

VM @ GS Tamilan

 

Sememangnya tidak seorang pun di antara kita yang rela menjadi korban penjahat. Tidak kira perogol, pencuri, pemeras ugut, penculik atau sesiapa sahaja. Kemungkinan perkara sebegini mungkin berlaku pada anda. Kami ingin memberi beberapa tips sebagai persediaan kalau-kalau anda berhadapan dengan situasi genting seperti yang disebut.

 

Jangan panik

Sudah berulang kali diingatkan kepada wanita supaya jangan panik jika berlaku satu-satu kejadian yang tidak diingini. Berusahalah supaya tenang kerana bila kita berada di dalam keadaan tenang kita dapat mengatur strategi yang berkesan dalam situasi mendesak.

 

Berteriak dan menjerit sekuat hati

Jika keadaan mengizinkan, menjerit dan berteriaklah sekuat-kuatnya. Penjahat sekuat dan garang mana sekalipun, dia tetap akan tergugat pada keadaan sekeliling.

 

Amati wajahnya

Usahakan agar anda dapat mengamati wajah si penyerang anda. Ini akan memudahkan anda memberi gambaran kepada pihak polis atau mengecam si penjenayah. Jika dia bertopeng, cuba amati bentuk tubuhnya atau sebarang tanda yang mudah mengecam di kemudian hari.

 

Dapatkan bantuan terdekat

Jika anda dikejar atau merasakan diri anda diikuti oleh orang yang tidak dikenali, cubalah pergi ke tempat yang beramai ataupun terus sahaja ke pondok-pondok pengawalan yang terdekat. Jika keadaan terdesak anda juga boleh pergi ke mana-mana pejabat atau bank yang ada pengawal. Cuba dapatkan pertolongan.

 

Cegah dengan bijaksana

Sekiranya anda diserang penyamun atau penjahat di tempat awam seperti di perhentian bas, di pasar atau di pusat membeli belah, anda boleh memberi isyarat kepada orang-orang yang terdekat dengan anda supaya mereka tahu anda berada dalam keadaan bahaya. Lakukan dengan hati-hati dan bijaksana agar anda tidak dikasari oleh si penjenayah.

 

Laporkan kepada polis

Jangan teragak-agak untuk melaporkan kejadian yang menimpa anda kepada pihak berkuasa atau pihak polis. Kesedaran pentingnya melaporkan kejadian yang berlaku sangat membantu pihak berkuasa mengurangkan kadar jenayah.

Launched on June 2004
Last Updated on 15 September 2004

Developed and Maintained by
©
Gunasegaran Kulanthy Velu

Hosted by www.Geocities.ws

1